Telefon bimbit milik
Bakri berbunyi nyaring. Seluruh ruang tamu rumah teres setingkat itu dapat
mendengar suara telefon bimbit Bakri di pagi ahad itu. Bakri terus mendapatkan
telefon bimbitnya yang berada di atas meja kayu itu. Dia mengambil masa
beberapa minit untuk bercakap dengan si pemanggil. “Siapa tu bang?” soal
Nabila. “Kawan saya. Dia suruh saya datang sekarang.” Jawab Bakri.
“Kenapa?” soal Nabila
lagi. “Ada
perkara yang dia nak bincang dengan saya.” Jawab Bakri sambil terus mendukung
Irfan. “Hari Ahad pun kena jumpa ke?” Soal Nabila lagi yang tidak berpuas hati.
“Manalah saya tahu. Dia nak saya jumpa dia.” Kata Bakri. “Irfan, hari ni Irfan
tinggal dengan mama ye. Papa kena kerja jumpa kawan ni.” Kata Bakri sambil
mencium pipi anaknya.
“Irfan tak nak duduk
dengan mama. Irfan nak ikut papa.” Rayu Irfan. “Tak boleh sayang. Papa pergi
sekejap je. Petang nanti papa balik. Kita boleh main sama sama ye.” Pujuk
Bakri. Nabila memandang dengan perasaan benci. “Asyik asyik anak dia je yang
dia pujuk. Habis aku ni buat apa? Jadi tunggul je kat sini.” Desis hati Nabila.
Bakri terus menuju ke biliknya.
Seusai menukar pakaian
dia terus menghidupkan enjin motosikalnya lalu meninggalkan rumahnya untuk
berjumpa dengan kawannya. Irfan dan Nabila terus ke meja makan untuk
menghabiskan makanan masing masing. Mereka berdua tidak bercakap walaupun
sepatah. Nabila masih marah akan suaminya yang masih bekerja pada hari Ahad.
Jika diikutkan, hari Ahad adalah waktu untuk suaminya meluangkan masa bersama
tetapi suaminya kerap keluar
di hujung minggu.
Irfan pula sedang
dilanda kesedihan. Dia mahukan ibunya pada waktu itu tetapi dia takut untuk
menyatakannya. Dia takut jika mama tirinya akan marah. Setelah menghabiskan
roti canai yang masih bersisa di pinggan, Irfan terus mengangkat pinggannya ke
sinki. Tidak disangka sangka pinggan kaca itu terlepas dari tangannya lalu
bersepai di lantai.
Tindakan Irfan
mengundang rasa marah yang amat sangat di hati Nabila. Dia terus mendapatkan
Irfan lalu memulas telinga anak kecil itu dengan kuat. “Mama, tolong mama.
Sakit mama.” Kata Irfan sambil menangis. Sungguh perit telinganya dipulas
dengan sebegitu rupa. “Kau ingat pinggan ni murah. Aku beli mahal mahal kau
senang senang je nak pecahkan. Banyak duit mak kau nak bayar pinggan aku yang pecah
ni.” Kata Nabila separa menjerit.
Tidak cukup dengan itu Irfan ditampar berkali
kali. Perut anak kecil itu dicubit dan dipulas dengan kuat. Irfan tidak mampu
berbuat apa apa. Dia hanya mampu menangis sambil menyebut nama ibunya. “Ibu!
Ibu! Ibu!” Rayu Irfan memanggil ibunya. “Sekarang kau duduk kat luar. Kau duduk
kat luar ni sampai ibu kau datang. Faham!” jerit Nabila lagi. Dia sengaja
mengunci Irfan di luar rumahnya dan Irfan pula terus menangis menanti kehadiran
ibunya.
Mahani pergi ke warung Wak Kechil yang berada lima kilometer dari RaHa Hotel itu. Jika dia
tidak makan dengan Mahmudah pasti dia akan ke warung itu untuk makan tengah
hari. Nadia juga ada memberi duit kepada Mahani supaya membeli sekali makanan
untuknya kerana dia kurang sihat pada hari itu. Ketika dia sedang membeli makanan, dia disapa
oleh seseorang dari belakang.
“Mahani kan ?” terdengar satu
suara lelaki. Mahani terus menoleh dan melihat Sahiril berada di situ. “Encik
Sahiril. Apa encik buat kat sini?” soal Mahani. Sepatutnya dia tidak perlu
bertanya soalan itu kerana sudah tentulah Sahiril hendak membeli makanan tetapi
tidak mungkin orang seperti Sahiril mahu membeli makanan tengah hari di warung
kecil seperti itu. Lagipun di RaHa Hotel mempunyai tiga buah Coffee House yang
menyajikan makanan yang sepuluh kali lebih sedap dari Warung Wak Kechil ini.
”Saya nak beli lauk kuah lemak masak tempoyak. Sudah lama saya tak makan
masakan tu.” Jawab Sahiril jujur.
“Oh yakah? Saya tak
sangka pula orang kaya macam encik nak makan kat warung yang kecil macam ni.”
Ujar Mahani. “Asyik makan makanan Barat pun muak juga. Sesekali nak juga tukar
selera.” Ujar Sahiril. “Awak makan kat sini ke bungkus?” soal Sahiril. “Saya
nak bungkus. Lagipun kawan saya dah pesan supaya saya beli makanan untuk dia.”
Jawab Mahani. “Kalau awak tak kisah marilah kita makan bersama. Lagipun kita
dah lama tak jumpa. Boleh kita berbual panjang.” Ujar Sahiril. Mahani diam
sejenak. Dia berfikir adakah dia patut menerima perlawaan Sahiril. Memandangkan
masa makan tengah hari masih panjang lalu dia terus bersetuju. “Baiklah.” Jawab
Mahani sambil tersenyum. Mereka berdua mengambil nasi dan lauk ditempat yang
disediakan. Kemudian mereka memesan minuman dan membayar harga makanan mereka
di kaunter. Seterusnya mereka mencari tempat untuk makan.
“Saya dengar kamu dah
berpisah dengan Bakri? Betul ke?” soal Sahiril. “Macam mana Encik Sahiril boleh
tahu berita ni?” soal Mahani pula. “Tak payah berencik encik dengan saya. Panggil Sahiril
je. Lagipun kita ni sebaya dan rakan satu sekolah pula tu. Saya dengar dari
kawan kawan sekampung. Saya terkejut juga sebab awak kahwin lepas SPM kan ? tiba tiba bila
dapat berita awak dah bercerai. Kenapa?” Sahiril menyuapkan nasi ke mulutnya.
“Panjang ceritanya Sahiril. Susah untuk saya
terangkan. Lagipun saya tak pernah cintakan Bakri. Saya mencintai lelaki lain.”
Ujar Mahani sambil menyedut teh ais melalui penyedut minuman. “Kalau awak tak
cintakan dia kenapa awak kahwin dengan dia?” soal Sahiril lagi. “Sebab saya nak
pergi ke Kuala Lumpur .
Ibu saya dah tetapkan syarat, kalau saya nak pergi Kuala Lumpur saya kena berkahwin dulu supaya
ada orang yang jaga saya ketika saya di sini.” Jawab Mahani jujur. Dia tidak
tahu mengapa begitu mudah dia menceritakan kisah hidupnya pada jejaka itu.
Apakah reaksi Sahiril
jika dia memberitahu lelaki itu yang dia amat mencintai lelaki itu sejak dari
sekolah menengah lagi. Pasti
Sahiril akan terkejut dan yang paling penting adakah Sahiril dapat menerima
cintanya pada waktu itu. “Saya menyesal Sahiril. Sepatutnya saya masuk
universiti tetapi semangat saya nak bekerja pada waktu itu terlalu membuak
buak. Kalau saya dapat kembali ke masa lalu, saya pasti akan masuk universiti
dan berjaya seperti orang lain. Sudah tentu nasib saya tidak seperti ini.” Ujar
Mahani. “Sudahlah Mahani. Perkara yang telah berlalu janganlah dikenang lagi. Kita
jangan pandang ke belakang lagi. Kita
perlu pandang ke hadapan dan teruskan kehidupan kita.” Kata Sahiril. “Terima
kasih atas nasihat itu. Bila awak nak kahwin? Takkan jejaka tampan macam awak
tak ada buah hati.” Soal Mahani. “Saya dah ada buah hati. Melisa namanya. Kalau ada
kesempatan saya akan kenalkan dia dengan awak. Kami nak bertunang sekarang ni
tapi bila dua dua asyik sibuk kami terpaksa menangguh pertunangan tu.” Terang
Sahiril. “Oh begitu. Janganlah kahwin lewat sangat. Nanti dapat anak pun
lambat. Dalam umur 20an ni dah sepatutnya kahwin.” Nasihat Mahani. “Insyaallah.
Kalau ada jodoh kami pasti akan berkahwin. Anak awak dah berapa tahun?” soal
Sahiril. “Tujuh. Nama dia Irfan. Nanti kalau ada masa saya bawa awak jumpa
dia.” Jawab Mahani pendek. “Awak tak mahu kahwin lagi? Awak kan masih muda.” Soal Sahiril lagi.
“Entahlah Sahiril. Saya
mencintai seorang lelaki ini tapi saya takut dia tidak mencintai saya.” Jawab
Mahani. “Awak kena berterus teranglah dengan dia. Kalau awak tak cakap perasaan
awak kat dia macam mana dia nak tahu.” Ujar Sahiril. Lagaknya seperti pakar
motivasi. Mahani bungkam seketika. Adakah dia sanggup menceritakan perasaan
cintanya pada Sahiril.
Tentu sekali tidak.
Lebih lebih lagi Sahiril sudah ingin bertunang. Dia tidak sanggup merampas hak
milik orang lain. “Cakap memang mudah tapi nak buat bukan senang Sahiril.
Lagipun saya seorang perempuan.” Jawab Mahani. “Betul juga. Apa apa pun saya
doakan agar awak akan berbahagia dengan lelaki yang awak cintai.” Ujar Sahiril.
“Diam tak diam dah dua jam kita berbual kat sini. Saya minta diri dulu Sahiril.
Nanti takut lambat masuk kerja. Waktu makan tengah hari nak habis dah ni.” Ujar
Mahani.
“Iyalah. Saya pun tak
sedar. Jomlah saya hantar awak sekali.” Pelawa Sahiril. “Tak apalah Sahiril.
Lagipun dekat saja. Nanti macam macam gossip yang keluar.” Ujar Mahani menolak
pelawaan tersebut.. “Baiklah kalau macam tu.” Kata Sahiril.
Sahiril duduk di
beranda pada malam itu sambil membaca buku. Dia gemar membaca buku buku
berbentuk ilmiah. Arwah papanya sering berpesan supaya dia perlu membaca
sekurang kurangnya sebuah buku sebulan. Membaca ini satu hobi yang bagus.
Menurut kata pujangga membaca itu jambatan ilmu. Jika kita banyak membaca maka
kita akan mendapat banyak ilmu.
Sesekali dia meletakkan
buku itu ke bawah untuk menenangkan fikiran di samping menghadamkan apa yang
telah dibacanya. Fikirannya menerawang ke angkasa raya. Dia teringat pada
kenangan 26 tahun dahulu yang kini menerjah kembali ke kotak fikirannya. “Baiklah
pelajar, sekarang saya nak kamu buat satu kumpulan. Satu kumpulan tiga orang.
Dalam masa sepuluh minit saya nak kamu bentuk kumpulan kamu sekarang.” Begitu
lantang suara Cikgu Badariah memberi arahan kepada pelajar Tingkatan Empat
Cempaka.
Semua pelajar yang
menghuni Tingkatan Empat Cempaka berpusu pusu mencari kumpulan masing masing.
Hanya Sahiril seorang sahaja yang tidak bergerak. Dia tidak tahu siapakah yang
mahu memilihnya sebagai ahli kumpulan. Dia belum lagi berkenalan dengan pelajar
pelajar di kelas itu apatah lagi pelajar pelajar yang berada di sekolah itu
kerana baru dua hari dia bersekolah di sini.
Sebelum ini dia
bersekolah di Kuala Lumpur .
Memandangkan arwah papa telah membuka salah satu cawangan RaHa Hotel di Pantai
Dahan itu maka dia perlu mengikut arwah papa berpindah ke tempat itu. “Siapa
lagi yang tidak ada kumpulan atau ada kumpulan yang masih tak cukup ahli lagi?”
soal Cikgu Badariah sambil memandang setiap wajah anak
muridnya.
Sahiril mengangkat
tangan bersama Mahani dan Sofea. Semua mata tertumpu kea rah mereka bertiga.
“Kalau begitu Sahiril masuk kumpulan Mahani dan Sofea.” Kata Guru Bahasa Melayu
itu. Sahiril sekadar mengangguk. Dia terus bergerak ke barisan kedua yang menempatkan
meja Mahani dan Sofea. Cikgu Badariah terus memberi sehelai kertas kepada
setiap kumpulan.
“Sekarang saya nak awak baca intipati kertas
yang saya beri itu. Kemudian saya nak
awak pilih satu tajuk yang dah ada dalam kertas itu. Selepas awak dah pilih
tajuk saya nak awak kemukakan isi isi penting, huraian dan contoh yang sesuai
dengan tajuk karangan yang awak pilih tu. Esok saya nak awak bentang apa yang
awak bincangkan dengan ahli kumpulan awak di hadapan. Ada apa apa soalan?” soal Cikgu Badariah
lagi.
Dia memandang ke
seluruh kelas. “Memandangkan awak semua dah faham maka awak semua boleh mulakan
perbincangan sekarang.” Ujar Cikgu Badariah sambil berjalan ke seluruh kelas
untuk memantau pelajar pelajarnya itu. “Nama awak Sahiril kan ?” soal Sofea memulakan mukadimah
perbualan. Gadis itu tersenyum senyum sahaja. Dia begitu gembira sekali kerana
lelaki sekacak Sahiril boleh menjadi ahli kumpulannya.
Bukan mudah mahu
bercakap dengan jejaka tampan dan pemalu itu. Apabila Cikgu Badariah meletakkan
Sahiril ke dalam kumpulannya dia berasa amat beruntung sekali seperti bulan
jatuh ke riba. “Ya. Sahiril. Awak?” soal Sahiril pula. Dia cuba berbual bual dengan dua orang
gadis tersebut. Dia tidak mahu dikatakan sombong atau tidak tahu bergaul pula. “Saya Sofea. Ni kawan
saya. Nama dia Mahani.” Ujar Sofea yang senyumannya masih tidak lekang di
bibir. “Awak boleh panggil saya Ani.” Ujar Mahani. Sahiril mengangguk sambil
menghadiahkan sebuah senyuman buat mereka berdua. Dia tertarik dengan Mahani.
Gadis itu begitu ayu dengan bertudung. Tutur katanya begitu lembut bak sutera.
Memang seperti gadis Melayu zaman Hang Tuah dahulu.
Mereka bertiga
memulakan perbincangan. Sahiril sudah tidak kekok lagi untuk bercakap dengan
mereka berdua. Kedua dua gadis itu sungguh baik dan peramah. Dia suka melihat
telatah Mahani. Senyuman gadis itu sungguh menawan. Itulah kali pertama dia
berbual dengan Mahani. Sejak hari itu, dia sentiasa memandang Mahani. Pernah
sekali dia mengekori Mahani pulang ke rumah untuk mengetahui di manakah gadis
itu tinggal.
Dari hasil risikannya
Mahani tinggal bersama dengan ibu dan kakaknya. Ibunya, Puan Salmah seorang ibu
tunggal. Bapanya sudah lama meninggal dunia. Kakaknya yang bernama Mahmudah itu
sekarang berada di Politeknik yang sedang belajar di peringkat Diploma
Pengajian Perniagaan. Dia dapat merasakan dia telah jatuh cinta pada gadis itu
namun diganggu gugat apabila dia mengetahui bahawa begitu ramai pelajar lelaki
di sekolah itu yang meminati Mahani. Dari tingkatan tiga sampailah ke tingkatan
lima .
Salah seorangnya ialah
Bakri. Ketua samseng sekolah dan Kampung Pantai Dahan. Sejak mengetahui perkara
itu dia mula menjauhkan diri dari Mahani. Dia tidak mahu bersaing dengan orang
lain untuk mendapatkan Mahani. Baginya jika seseorang perempuan itu ditakdirkan
untuk kita maka kita tidak perlu bersaing untuk mendapatkannya. Hubungannya dengan
Mahani sekadar kawan biasa. Tidak lebih dari itu. Selepas menduduki peperiksaan
SPM, dia telah berjaya mendapat 10A. dia mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi
UIA dan Mahani mendapat tawaran ke UiTM dalam Diploma Kulinari. Dia sangkakan
Mahani akan menyambung pengajian, rupa rupanya tidak.
Selepas dua minggu
keputusan SPM keluar Bakri terus meminang Mahani. Kemudian mereka berkahwin dan
berita itu benar benar memeranjatkan dirinya. Dia tidak menyangka Mahani
berkahwin pada usia semuda itu. Gerak hatinya dapat merasakan bahawa
perkahwinan tersebut tidak akan kekal lama.“Jauh anak mama termenung? Dah
sampai mana? Perancis ke Jerman?” sapa Datuk Hasanah dalam nada sindiran.
“Eh, mana ada mama.
Sahiril tengah membaca la.” Kata Sahiril berbohong. “Membaca? Kamu baca apa
kalau buku kamu tertutup kat atas meja tu.” Ujar Datuk Hasanah. Sahiril
tersengih sengih memandang mamanya. Dirinya terasa amat malu. Lama benar dia
mengelamun sehingga mamanya datang pun dia tidak sedar. “Mama belum tidur
lagi?” soal Sahiril sekadar berbasa basi.
“Belum. Mata ni tak
mengantuk lagi. Mama nak bagitau kamu satu perkara. Klien kita dari Arab Saudi
tu tak jadi datang dalam minggu ni.
Mereka datang lagi tiga minggu.” Ujar Datuk Hasanah. Sahiril mengangguk
tanda faham. Dia melihat mamanya sudah mula menguap. “Mama masuk tidur dululah.
Mata mama dah mengantuk ni. Kamu jangan tidur lewat sangat.” Pesan Datuk
Hasanah. “Baik mama. Bye. Sweet dream.” Kata Sahiril.
.........................................................................................................
Mahani memegang tangan Irfan untuk menuju ke rumah Bakri.
Langkah kakinya dipercepatkan. Hatinya
benar benar marah pada waktu itu. Sampai hati Nabila memukul anaknya dengan rotan
sehingga berbekas belakang anak kecil itu. Perbuatan Nabila tidak boleh dimaafkan.
Perempuan itu benar benar melampau. Dia benar benar tidak percaya yang Bakri
boleh membiarkan anaknya dipukul sebegitu teruk. Dasar bapa durjana.
“Ibu, Irfan tak nak pergi rumah papa lagi. Irfan takut. Nanti mama marah Irfan.
Nanti mama pukul Irfan.” Rengek anak kecil itu. “Irfan jangan takut ye sayang.
Mama takkan bagi Irfan pergi lagi ke rumah durjana tu.” Ujar Mahani. Dia benar
benar menyesal. Dia sangkakan bahawa Irfan menipu yang Nabila sering menderanya
tetapi apabila melihat kesan calar balar di badan anak kecil itu semuanya sudah
terbukti. Irfan memang telah didera oleh Nabila.
“Assalamualaikum.” Ucap
Mahani apabila mereka berdua sampai di pintu pagar rumah Bakri namun tiada
orang yang menjawab. Dia memberi salam buat kali kedua dan kelihatan Bakri
muncul di muka pintu rumah. “Kenapa kau datang rumah aku petang petang macam
ni? Hari ni hari Isnin. Biasanya kau hantar Irfan hari Sabtu.” Soal Bakri. “Aku
datang rumah kau bukan nak hantar Irfan tapi aku nak jumpa bini kau yang kejam
macam Firaun tu. Kau tengok apa dah jadi pada Irfan. Dia pukul anak aku sampai
jadi macam ni. Apa salah Irfan pada dia? Mana bini kau? Aku nak jumpa dia
sekarang?” Mahani sudah mula meninggikan suara.
“Boleh tak kau cakap
perlahan sikit. Tak malu ke orang pandang kita?” Soal Bakri. “Biar semua orang
tahu. Biar jiran jiran kau tahu yang bini kau tu tak berperikemanusiaan. Mana
bini kau? Panggil dia sekarang?” jerit Mahani.
“Apa yang kecoh kecoh ni? Kau tak malu ke buat kecoh
depan rumah orang? Patutlah kau kena cerai dengan Bakri.” ujar Nabila yang baru keluar
dari rumah.
“Memang aku tak malu
lebih lebih lagi dengan manusia macam kau. Hei perempuan! Kenapa kau pukul anak aku sampai macam ni sekali? Apa salah
dia pada kau? Aku pun tak pernah pukul dia sampai teruk macam ni tau.” Ujar
Mahani dalam nada marah. “Memang patut pun dia kena pukul macam tu. Kau tahu
tak anak kau ni degil. Sudah degil nakal pula tu. Habis barang rumah aku pecah.
Sebab tu aku pukul dia.” Ujar Nabila membela diri.
“Kalau ada barang rumah
kau pecah kenapa kau mesti pukul dia? Kenapa kau tak minta ganti rugi dari aku?
Kau tahu kenapa kau mandul? Sebab Allah tak bagi kau anak. Kalau kau ada anak
tentu anak kau mati kena pukul.” Bidas Mahani. “Kurang ajar punya janda. Abang,
cuba
awak tengok janda awak ni. Mulut dia kurang ajar sangat.” Adu Nabila. “Mahani,
kenapa mesti kecoh kecoh? Perkara ni kita boleh bincang secara baik.” Ujar
Bakri pula.
“Cara baik? Kau ingat
benda ni boleh buat main main ke? Apa guna ada bapa kau tak boleh harap.” Ujar
Mahani. Pang! Satu tamparan singgah di pipi Mahani. Nabila tersenyum sinis
melihat Mahani ditampar oleh Bakri. “Padan dengan muka kau. Mulut kurang ajar.
Tak sedar diri.” ujar Nabila. Mahani mengusap pipinya perlahan. Sungguh perit
dirasakan pada pipinya namun dia tidak menangis.
Dia sudah biasa
ditampar oleh Bakri ketika mereka masih berada di alam perkahwinan dahulu.
Irfan sudah mula meraung melihat ibunya ditampar. “Terima kasih Bakri. Terima kasih atas segalanya.
Ingat Bakri, mulai hari ini kau takkan jumpa Irfan lagi. Kalau kau berani datang jumpa dia
aku takkan teragak agak untuk laporkan pada polis. Kau ingatkan yang mahkamah
tak bagi kau jumpa Irfan sebenarnya? Tapi sebab aku tak nak kasih sayang anak
dengan bapa itu putus aku bagi kau jumpa dia tapi ini balasan kau pada aku?
Terima kasih sekali lagi. Jom Irfan kita balik.” Ujar Mahani sambil menarik
tangan anaknya.
Bakri memandang Mahani
dengan pandangan kosong. Dia benar benar menyesal atas apa yang berlaku. “Padan
dengan muka kau. Tak pasal pasal kena makan penampar. Nasib baik tak makan
penyepak. Kalau kena lagi bagus. Kan
bang?” ujar Nabila sambil memaut lengan suaminya. “Sudahlah! Awak pun sama.
Kenapa awak pukul budak tu sampai macam tu sekali. Awak nak makan penampar
juga?” Marah Sahiril. Dia terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Nabila yang
di dalam keadaan terpinga pinga.
Mahani berjalan
perlahan lahan menuju ke tempat perhentian bas bersama Irfan. Hatinya benar
benar sakit mengenangkan sikap Nabila dan Bakri. “Dasar manusia tak pandai
bersyukur.” Getus hatinya. Apabila sampai sahaja di perhentian bas, dia terus
duduk di bangku batu yang disediakan. Dia melihat kenderaan yang lalu lalang
melewati jalan raya itu.
Jam sudah menunjukkan
ke pukul 6.30 petang. Sungguh penat dirasakan pada waktu itu. Selepas pulang
dari bekerja pada pukul lima
petang itu, dia terus mengambil Irfan di sekolah agama. Kemudian dia menaiki
bas ke rumah Bakri. “Mana bas ni? Lambatnya datang.” Omelnya. Irfan masih setia
di sisinya. Anak kecil itu bermain main dengan batu menggunakan kakinya.
Tiba tiba dia terdengar bunyi hon.
Sebuah kereta Persona
hitam berhenti di hadapan perhentian bas itu.
Mahani melihat wajah Ramli sebaik sahaja pemandunya membuka tingkap.
“Apa yang awak kat sini petang petang macam ni? Mari saya hantar awak pulang.”
Ujar Ramli. Mahani sebenarnya mahu menolak perlawaan tersebut namun apabila
mengenangkan waktu Maghrib sudah hampir tiba dan bas yang ditunggu tidak juga
muncul muncul maka Mahani terpaksa bersetuju.
“Apa yang awak buat kat
sini?” soal Ramli memecahkan kesunyian di antara mereka berdua. Irfan sudah
lama terlena. Mungkin kerana terlalu letih. “Tadi saya jumpa dengan bekas suami
saya.” Jawab Mahani. “Mahani, kenapa awak macam baru lepas marah? Muka awak
tegang sangat. Tak pernah saya tengok awak macam ni. Mesti awak bergaduh dengan
bekas suami awak kan ?”
soal Ramli bertalu talu.
“Memang pun. Saya bukan
gaduh dengan dia saja. Saya juga gaduh dengan isteri dia.” Jawab Mahani. Nada
suaranya seperti endah tidak endah. Sakit dihatinya masih belum hilang lagi.
“Apa yang buat awak marah sangat dengan diaorang?” soal Ramli lagi. “Macam mana
saya tak marah. Isteri dia pukul anak saya sampai calar balar dan lebam lebam.
Lepas tu buat muka tak bersalah. Bukannya nak minta maaf. Bekas suami pun buat
tak tahu saja. Dia langsung tak marah isteri dia tu.” Luah Mahani.
Baru lega perasaanya
setelah meluahkan segala galanya pada Ramli. Benarlah kata orang, Jika kita ada
masalah kita perlu luahkan kepada seseorang. Jangan sesekali kita menyimpan
masalah itu. “Isteri bekas suami awak pukul anak awak sampai lebam lebam?” soal Ramli
dalam nada tidak percaya. Mahani sekadar mengangguk. “Habis tu awak tak buat laporan
polis?” soal Ramli lagi.
“Saya malas nak buat. Nanti tak pasal pasal
perempuan tu masuk penjara.” Mahani memberi alasan. “Mahani, dalam negara kita
ada undang undang. Siapa yang melanggar undang undang perlu dihukum. Isteri
bekas suami awak tu dah langgar undang undang. Penderaan adalah satu jenayah. Awak
perlu buat laporan polis.” Terang Ramli. Mahani bungkam. Dia tidak tahu harus
berkata apa apa lagi. “Macam ni, sekarang kita pergi balai polis kita buat
laporan. Lepas tu kita bawa Irfan pergi hospital.” Sambung Ramli lagi. Mahani
sekadar mengangguk setuju.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.