Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditubuhkan di zaman Tun Abdullah bin Haji Ahmad
Badawi di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berperanan sebagai badan
yang membebaskan negara ini dari masalah rasuah dan mendakwa orang orang yang
terlibat di dalam masalah itu. Peranan badan ini memang diiktiraf dan
berauthoriti untuk menghapuskan rasuah yang boleh merosakkan negara.
Kita semua tahu akan
keburukan rasuah kepada negara. Bukan itu sahaja, salah guna kuasa dan
menggunakan wang negara atas kepentingan peribadi juga merupakan salah satu
kesalahan rasuah sebenarnya. Oleh itu, SPRM yang diberi kuasa untuk menangani
masalah ini perlu bertindak bagi memastikan individu individu terbabit tidak
terus bermaharajalela dan gejala rasuah tidak terus berleluasa.
Walaubagaimanapun, sejak
akhir akhir ini, kreadibiliti yang ada pada SPRM sering dipertikaikan kerana
SPRM hanya menangkap individu yang terlibat di dalam rasuah hanya bertaraf
‘ikan bilis’ sahaja sedangkan individu yang bertaraf ‘jerung’ masih aktif
menjalankan kerja kerja terkutuk itu dan masih bebas di luar sana.
Sebagai badan yang diberi
kuasa untuk menghapuskan rasuah, SPRM tidak boleh memilih bulu dalam
menjalankan tugasnya. SPRM perlu telus dan tulus dalam menjalankan tugas bagi
membanteras rasuah di negara ini. Kita tidak mahu negara ini hancur dan musnah
kerana rasuah yang dilakukan oleh individu individu yang tidak
bertanggungjawab.
SPRM perlu menangkap dan
mendakwa sesiapa sahaja yang terlibat di dalam rasuah tidak kira sama ada dia
penyokong kerajaan mahupun penyokong pembangkang. SPRM tidak boleh membiarkan
manusia manusia yang tidak bertanggungjawab ini bebas liar di luar sana oleh
kerana dia adalah penyokong kerajaan dan rapat dengan kepimpinan tertinggi
negara.
Jika SPRM terlalu memilih
bulu, tidak telus dan tulus tatkala menjalankan tugas, nescaya negara ini akan
sukar untuk bebas dari rasuah. Negara ini juga akan hancur lebur sekiranya
individu yang terlibat di dalam rasuah tidak diambil tindakan ke atas mereka.
Mereka akan terus melakukan rasuah untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Kesimpulannya, SPRM perlu
telus dan tulus ketika menjalankan tugas. Tangkap sahaja mana mana individu
yang terlibat di dalam rasuah tanpa memilih bulu. Mereka yang melakukan kerja
kerja terkutuk ini perlu didakwa sama ada mereka adalah penyokong kerajaan
mahupun penyokong pembangkang.
Malangnya kalau terlalu telus, nanti kena tukar tempat kerja atau 'dibuang' terus..
BalasPadamkadang manusia lebih takutkan manusia yg ada kuasa dan jawatan berbanding dengan Allah...
BalasPadam