Sumber : Google |
Kekangan tanggungjawab sebagai seorang pelajar begitu menyulitkan saya untuk menulis sesuatu di blog kesayangan saya ini. Isu banyak - panas panas pula tetapi tugas tugas yang sedia banyak itu menyulitkan saya untuk mengemaskini blog ini dan mengulas isu isu panas itu. Isu isu yang berlaku itu perlu diulas, diberi pengertian semula agar kebenaran dapat ditabalkan sebaik mungkin.
Kehangatan AJL masih lagi terasa. Ramai orang masih bercakap tentang anugerah berprestij itu sama ada melalui lisan ataupun melalui media media sosial. Pelbagai kejutan yang berlaku dalam anugerah yang berlangsung pada Ahad lepas. Sebagai peminat seni, saya turut tidak melepaskan peluang untuk menonton anugerah tersebut.
Bukan niat saya untuk mempertikaikan keputusan juri pertandingan, tidak sama sekali tetapi pada saya lagu Apa Khabar dendangan Sona One dan Joe Flizzow agak tidak layak untuk berada di tempat pertama. Ini kerana saya seperti dengar tidak dengar sahaja suara Sona One pada malam itu. Jika diukur dari sudut vokal, di mana 'kecantikkan' vokal Sona One memandangkan suaranya pun sekadar dengar tidak dengar sahaja. Jika diukur dari sudut persembahan, ternyata persembahan Hazama lebih kreatif dan menarik.
Apa pun, keputusan sudah pun diumumkan. Pemenang sudah pun diketahui. Jadi, saya sebagai seorang peminat seni perlu berlapang dada dan pemikiran untuk menerima keputusan juri itu dengan hati yang terbuka.
Ramai orang mencemuh produk Qu Puteh banyak kali ditayangkan semasa AJL berlangsung. Mereka berasa meluat dan terganggu dengan kemunculan iklan produk Qu Puteh yang diasaskan oleh Datuk Vida itu. Pada saya, kita perlu berlapang dada dalam soal ini. Walaupun kita rasa terganggu, kita perlu menerimanya kerana Datuk Vida telah membayar jutaan ringgit untuk menaja AJL pada malam itu. Itu adalah salah satu strategi pemasaran. Jika kita berada di tempat beliau, saya yakin kita turut melakukan perkara yang sama. Apa guna beliau menaja berjuta ringgit sekiranya produk beliau tidak mampu dipasarkan dengan menggunakan televisyen.
Isu Shila Amzah yang diboikot oleh wartawan hiburan juga jelas kelihatan di laman laman sosial. Ini berikutan kontroversi yang dilakukan oleh Shila dan wartawan tidak lama dahulu. Saya tidak mahu mengulas kontroversi itu namun pada saya tindakan wartawan yang memboikot Shila amat tidak wajar sama sekali. Mengapa wartawan mesti memboikot lama anak kepada ND Lala itu? Mengapa tidak kita ambil yang jernih dan buang yang keruh? Mengapa kita mesti memanjangkan sengketa tersebut? Inilah dunia kita. Lebih suka bersengketa dan berpecah belah daripada berbaik baik dan bersatu padu.
Nasihat saya, Shila tidak perlu ambil hati dengan sikap wartawan hiburan itu. Wartawan hiburan jangan terlalu angkuh sangat. Sekarang orang lebih suka membaca surat khabar dan majalah atas talian. Surat khabar dan majalah cetak sudah dikesampingkan sekarang. Pengaruh media sosial lebih besar daripada pengaruh surat khabar. Pengaruh media cetak tidak lagi besar seperti dahulu. Shila hanya perlu menggunakan khidmat blogger sahaja untuk menaikkan popularitinya. Shila tidak perlu lagi mengharapkan bantuan wartawan hiburan di media cetak lagi untuk menaikkan popularitinya.
Kesimpulannya, sebagai seorang pemerhati seni, saya berpuas hati dengan perjalanan AJL kali ini. Saya berharap agar AJL akan datang lebih hebat daripada AJL kali ini. AJL kali ini bukan tidak hebat tetapi kita mahu kehebatan itu dipertingkatkan. Semoga dunia hiburan kita akan bertambah maju pada masa akan datang.
memang bangga jika peniaga melayu dan terutamanya seorang wanita mampu untuk sponsor jutaan ringgit untuk majlis se gah tu. jujurnya saya bangga. tetapi pihak stesen TV juga kena main peranan dari segi kreativiti nak tonjolkan pengsponsor ni. Saya percaya, tv3 ada pengalaman banyak dalam mempromosi dan mengiklan. Mereka mesti ada pakar untuk dirujuk. Mereka seharusnya buat research macam mana nak buat iklan sponsor tanpa overshadow majlis tu. Mereka juga mesti tegas dan tak terima bulat2 syarat sponsor. kena ada win win situation. jadi kita tak boleh salahkan Dato Vida bulat2... TV3 dan penganjur AJL juga harus mengakui kelemahan pengurusan mereka. Walaupun apa pun sekarang semua orang kenal produk Qu Putih walaupun kena troll hehehe..
BalasPadamBanyak yang diulas that's why Ajik perlukan masa kerana nak make sure hasil penulisan yang teliti & tanpa menimbulkan kontroversi pula kan?
BalasPadamSaya memang x tengok AJL baru ni sebab saya memang jenis tak tengok tv sangat.
BalasPadamDah bedengko pun masa AJL belum start ritu.
Itu rupenye isu Qu Putih.
BalasPadamAda lah dengar staff klinik dok sebut Qu Putih.. Qu Putih..
Takpe lah kan, Dato kan dah belanja banyak duit untuk promosi.
Tak boleh salahkan dia saja sebab pihak penyiaran juga terlibat meluluskan iklan tersebut.
saya tak mengambil kira pencapaian ku puteh dalam bisnes tapi yg dikomentarkan ialah ke'plastik'an skrip pada malam AJL yg mengulang2 tanpa henti perkataan putih tu sehingga memualkan... yg mengkritik sampai ke soal2 peribadi tu kita faham lah kemunafikkan mereka... yg menjadikan nya panas hanya isu tu... terlampau banyak diulang sehingga nampak canggung... digi dan celcom pun pernah juga menaja tapi tak degar pun mengacara mengulang ulang sampikan dari 10 perkataan hampir 6 darinya perkataan putih... pendapat masing2
BalasPadamamboi dalam bz study study sempat lagi ye layan AJL :)
BalasPadamapapun buang yg keruh ambek yg jernih ye.
erm..kawan-kawan sekampung akak ramai gak yang tak bersetuju dengan juara AJL tu.tapi keputusan dah pun dibuat.terima aje la..
BalasPadamSemoga AJL yang saban tahun diadakan mampu menjulang industri muzik tanahair yang seolah ditenggelami muzik dari seberang sejak sekian lama..
BalasPadamsy tak berkesempatan utk tgk AJL..hanya mampu tgk org len komen pasal qu puteh jer...cuma bila sebut AJL akan igt qu puteh...hehehheheeh
BalasPadam