Sumber : Google |
Baru baru ini negara dan dunia sekali
lagi dikejutkan dengan tragedi pesawat Air Asia QZ8501 yang terhempas di
perairan Indonesia. Usaha mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan oleh
kerajaan Indonesia untuk mencari penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.
Marilah sama sama kita berdoa agar pencarian tersebut akan menjadi lebih mudah.
Sudah tiga kali sebenarnya tragedi
seperti ini berlaku dan ketiga tiganya berkaitan dengan syarikat penerbangan
Malaysia. Saya tidak mahu mencetuskan spekulasi tetapi terdetik di benak saya ketiga tiga tragedi ini seolah olah berkait
antara satu sama lain dan dilakukan oleh orang yang sama. Orang itu tidak lain
dan tidak bukan adalah orang yang benci kepada negara ini. Setakat mana telahan
saya itu benar, tidak dapat saya pastikan.
Wujud juga pelbagai spekulasi dan
andaian yang keluar ketika tragedi pesawat QZ801 ini berlaku. Saya tidak mahu
mengulas satu demi satu segala andaian tersebut. Saya yakin para pembaca di
luar sana pasti tahu akan hal ini sementelahan maklumat sekarang hanya berada
di hujung jari sahaja. Taip sahaja apa yang anda ingin tahu di enjin carian
Google dan sudah pasti pelbagai maklumat dan andaian berkenaan dengan tragedi
ini akan keluar sama ada sahih atau tidak.
Apa yang ingin saya lontarkan dalam
rencana ini adalah berkenaan dengan mayat mayat yang timbul dalam tragedi
pesawat QZ8501 ini. Pelik bin aneh apabila mayat mayat dari pesawat itu boleh
timbul dan terapung di lautan tetapi mengapa mayat mayat dalam pesawat MH370
tidak timbul di lautan Hindi walaupun sudah lama tragedi itu berlaku dan sudah
banyak juga jentera digunakan untuk mencarinya?
Allah seolah olah mahu memberitahu
kita sesuatu berkenaan dengan tragedi ini. Saya yakin seandainya pesawat MH370
itu berakhir di lautan Hindi, sudah pasti akan timbul mayat, barangan atau
serpihan kapal terbang yang pecah di lautan itu. Tambahan pula, dunia sudah
mempunyai satelit yang canggih untuk mengesan apa sahaja dan siapa sahaja di
dunia ini. Masakan pesawat sebesar MH370 itu tidak dapat dikesan langsung oleh
satelit satelit canggih yang ada pada Amerika Syarikat, Russia, China dan
banyak lagi negara negara maju yang lain?
Bukan itu sahaja, dalang yang
bertanggungjawab terhadap tragedi pesawat MH17 juga masih tidak dijumpai
sehingga sekarang walaupun kotak hitam sudah dipulangkan kita. Seluruh
rakyat Malaysia ingin tahu siapakah yang bertanggungjawab menembak jatuh
pesawat tersebut dan mahukan pesalah itu dibawa ke muka pengadilan untuk
menerima hukuman yang setimpal. Soal saya, sampai bila kita perlu menunggu?
Allah itu Maha Berkuasa. Dia tidak
akan membiarkan manusia kebingungan begitu sahaja. Saya yakin Allah pasti
menghantar sesuatu isyarat di sebalik semua tragedi yang berlaku. Cuma
terpulanglah kepada kita bagaimana untuk kita mentafsir isyarat Allah itu
menggunakan ilmu dan akal yang ada pada kita.
Apa yang penting sekarang kita perlu
merenung hikmah yang mahu Allah tunjukkan disebalik semua kejadian yang
berlaku. Kita sebagai umat Islam tidak boleh memandang enteng akan semua
perkara itu. Marilah sama sama kita berdoa agar kejadian yang seumpama ini
tidak berlaku lagi di negara kita.
Kesimpulannya, soalan yang masih
tidak dapat dijawab secara tepat adalah dimanakah pesawat MH370 itu berada?
Siapakah yang menembak jatuh pesawat MH17? Benarkah ada unsur sabotaj terhadap
pesawat QZ8501 itu seperti yang didakwa oleh seorang blogger China? Semua
misteri ini perlu dirungkai satu demi satu oleh kita semua atau biarkan sahaja
sejarah menjadi hakimnya…
Still tertunggu-tunggu apa kesudahan MH370.
BalasPadammisteri MH370 masih belom terjawab....mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini semua
BalasPadamApa yang lebih memilukan adalah MH370.. lenyap begitu saja. Rahsia Allah yang belum di bongkar
BalasPadamAllah lebih mengetahui hikmah disebalik tragedi ini.
BalasPadamApa yang Ajik fikir tu sama je ngan saya fikir.
BalasPadamSatu sebab, kerana kita ni tak boleh nak lawan kuasa besar. Tulah sebab kita dikambinghitamkan.
Bagi zumal semua macam ada sesuatu...
BalasPadam