Banner Group Blogger Area |
Saya mula menulis blog pada tahun
2012 tetapi aktif di awal tahun 2014. Ketika awal awal menulis blog dulu saya
langsung tidak kisah akan traffik di blog ini. Waktu itu saya hanya mengulas
tentang buku buku dan novel novel yang saya baca sahaja. Saya belum sedar lagi
keseronokkan menjadi seorang blogger,
Di awal tahun 2014, barulah saya mula
menyedari tentang kepentingan traffik untuk sesebuah blog. Saya mula mencari
cara bagaimana untuk meningkatkan traffik blog saya. Sumber utama saya pada
waktu itu adalah Google. Salah satu cara untuk saya meningkatkan traffik blog
adalah ping entri saya di kumpulan kumpulan blogger yang ada di Facebook.
Kumpulan blogger yang awal saya temui
adalah Kelab Blogger Ben Ashaari, Kelab Blogger Belia dan sudah semestinya Group Blogger Area (saya tidak tahu
mengapa pengasas group blogger ini tidak membenarkan saya menggunakan
perkataan ‘Kelab’ Blogger Area). Saya mula ping entri saya di sana dan
Alhamdulillah…traffik blog saya mula melihat peningkatan yang agak ketara.
Dari situ, saya mula berkenalan
dengan pengasas Group Blogger Area iaitu Tuan Blogger Area di Facebook. Dia ada
sisi yang agak ‘unik’ bagi saya sebagai seorang blogger baru. Pertama, dia agak
peramah dengan rakan rakan blogger. Kedua, dia akan add orang yang
bernaung di bawah group bloggernya di Facebook. Ketiga, dia suka menulis
tidak kurang dari lima post sehari di Facebook dan keempat dia
mengucapkan Selamat Hari Raya kepada saya secara personal message di
Facebook. Bagi saya, belum pernah lagi ada pengasas group blogger yang
bersikap seperti itu.
Dari situ, saya mula memberi komen di
kebanyakkan postnya yang memenuhi garis masa (timeline) saya di
Facebook kerana sikap ‘uniknya’ itu. Entah bagaimana kami mula menjadi kawan
dan akhirnya dia menawarkan saya menjadi salah seorang pentadbir (admin)
di Group Blogger Area.
Apa yang menjadi tarikan Group
Blogger Area ini adalah polisi kebebasan yang diberikan oleh pengasasnya untuk
semua blogger berkarya melalui blog masing masing dan pingkan entri mereka di
Group Blogger Area di Facebook. Slogan ‘Ini Tempat Kita Yang Punya’ memberi
satu gambaran semua blogger bebas berkarya dan bebas meletakkan entri mereka di
dalam group tersebut untuk dibaca dan disebarkan. Inilah satu satunya group
blogger yang memberi kebebasan kepada blogger untuk mengeping entri mereka
tanpa sekatan. Berapa banyak mereka mahu ping satu hari pun tidak ada masalah
sehingga kadang kala iklan 8share pun turut sama dipingkan di Group Blogger
Area.
Tambahan pula, tidak banyak syarat
ketat yang perlu seseorang blogger itu patuhi untuk mengeping entri mereka.
Pinglah apa sahaja entri mereka asalkan tidak mengganggu perjalanan kumpulan
dan tidak mengganggu blogger lain untuk ping entri mereka. Itulah pegangan
Blogger Area Group sehingga sekarang. Apa sahaja niche blog juga
dibenarkan untuk diping di sana termasuk niche politik yang tidak
melampau!
Lebih menarik, pengasas group blogger
ini tidak pernah (setahu saya) memberi amaran kepada mana mana blogger yang
mahu mengeping entri mereka untuk tidak boleh mengeping entri ini atau tidak
boleh mengeping entri itu. Pinglah apa sahaja entri anda. Anggaplah Group
Blogger Area itu sebagai group anda sendiri.
Saya bertuah kerana menjadi salah
seorang ahli dan terpilih sebagai pentadbir di Group Blogger Area. Tidak banyak
sumbangan besar yang boleh saya berikan kepada group blogger itu selain
daripada menulis entri ini untuk menghebahkan tentang Group Blogger Area kepada
mana mana blogger yang belum mengenali group blogger ini.
Saya bukan blogger terkenal atau
blogger yang mempunyai pelbagai jenis kemahiran dalam dunia blog untuk menaikkan
nama group blogger ini. Apa yang saya ada hanyalah minat yang mendalam
terhadap dunia penulisan dan saya menggunakannya untuk menaikkan group
blogger yang telah memilih saya sebagai salah seorang pentadbirnya.
Kesimpulannya, kepada mana mana
blogger yang belum menyertai group blogger itu, silalah menyertainya
untuk memeriahkan lagi group blogger yang sememangnya meriah itu. Jika
tidak keberatan, pasanglah banner rasmi Group Blogger Area (seperti di
atas) di blog anda sebagai sokongan anda kepada Group Blogger Area. Penubuhan group
blogger ini bukan bertujuan untuk mencipta garis sempadan atau berlawan dengan
mana mana kumpulan blogger yang lain sebaliknya untuk memeriahkan lagi dunia
blogger yang sedia meriah ini dengan kemunculan blogger blogger baru. Marilah
kita bekerjasama sebagai blogger untuk menggunakan pena kita yang tajam itu
bagi kemajuan agama, bangsa dan tanah air kita yang tercinta ini.
Nota : Harap maaf! Entri ini agak
bercelaru dari segi penggunaan bahasa, susunan ayat dan kefahaman kerana
beberapa sekatan perlu saya patuhi seperti tatabahasa, nama khas dan penggunaan
Bahasa Inggeris. Harap anda faham apa yang cuba saya sampaikan.
ekin dah join... :) selalu gak post blog... tu la kebanyakan group blogger ada syarat-syarat2nya
BalasPadamOwh... dia add facebook saya... saya igtkan dia siapa hehehe...
BalasPadamWah postingan yang menarik sekali, saya blogger Indonesia gan salam kenal ya.
BalasPadamJika berkenan, sobat dapat mampir ke blog sederhana ini http://puloblog.blogspot.com
Zumal pun ada gak dalam group tu kalau tak silap ^-^
BalasPadamBanyak sebenarnya group di FB sebagai platform untuk ping artikel kita kan. Tahniah buat MNH kerana diberi kepercayaan menjadi salah seorang admin. Cuma, kalau nak alexa rank kita turun dan stabil, jangan pos terlalu banyak artikel di FB. Bounce ratenya terlalu tinggi. Itulah antara rahsia yang enggan dikongsi ramai blogger terkenal. Share di FB harus ada batasnya..:)
BalasPadamOh macam tu ye Bro HP. Saya pun baru tahu ni. Tq atas info ni. :)
Padamoooo...yeke...sy pon baru tauuuu.....neway...thniah MNH kerana dilantik jd admin group...hihihiihi
PadamTeruskan menyokong blogger area
BalasPadam