Sudah lama saya mahu menulis entri
penghargaan ini tetapi masa sentiasa mencemburui saya untuk menghasilkannya. Di
kesempatan yang sedikit ini, mahulah saya mencoret tentang 12 orang blogger
paling peramah di Malaysia. Apa maksud peramah di dalam entri ini? Maksudnya
setiap kali saya singgah di blog blog blogger ini, mereka pasti akan singgah
semula di blog saya.
Setiap kali saya tinggalkan komen di
blog mereka, mereka juga tidak akan lupa akan meninggalkan komen di blog saya.
Mereka langsung tidak lokek untuk datang semula singgah di blog saya walaupun
bilangan follower mereka mencecah 500 orang ke atas dan bilangan komen mereka
di setiap entri mereka tidak kurang dari sepuluh komen.
Bukan di blog saya sahaja, di blog
blog blogger lain pun mereka tetap melakukan perkara yang sama. Saya tidak tahu
bagaimana mereka boleh mempunyai kekuatan untuk singgah, baca dan meninggalkan
komen dengan ikhlas di blog blog yang mereka singgah. Saya sendiri pun begitu
malas mahu melakukan blogwalking tetapi tidak blogger yang saya sebutkan
ini.
Tambahan pula, mereka bukanlah
seorang blogger yang sombong dan sentiasa membina hubungan yang baik dengan
rakan rakan blogger mereka. Oleh itu, layaklah saya meletakkan mereka sebagai
dua belas orang blogger paling peramah di Malaysia. Jadi, kepada blogger
blogger baru yang ketandusan komen di blog anda, rajin rajinlah singgah di blog
yang saya sebutkan ini. Pasti mereka akan singgah di blog anda semula.
1. Cik Vitamin
Blogger ini adalah rakan
seangkatan saya di dalam perniagaan Shaklee. Beliau adalah seorang blogger yang
peramah dan baik. Blog beliau banyak menceritakan tentang kebaikan produk
Shaklee, resepi masakan, dan pelbagai perkara lagi. Pokok pangkalnya, untuk
mencari tentang info kesihatan, blog beliau adalah blog yang perlu anda
kunjungi.
2. Eny Abdullah
Blogger ini adalah
seorang blogger yang rajin memasak dan juga seorang blogger makanan. Mahu tahu
pelbagai resepi yang enak enak dan mudah? Mahu tahu tentang tempat makan yang
menarik? Jangan sesekali lupa untuk singgah di blog beliau. Untuk pengetahuan
anda, blogger ini agak berani untuk berterus terang. Jika dia tidak setuju
dengan entri anda, dia akan komen yang dia tidak setuju. Dia seorang blogger
yang ikhlas dalam memberikan komen.
3. Dunia Zumal
Blogger ini adalah
blogger yang paling peramah sekali. Jika saya komen dalam satu entri dia, dua
tiga entri dia akan beri komen di blog saya. Setiap kali saya blogwalking,
nama blogger ini pasti ada dalam senarai komen terbanyak. Saya tidak tahu ilmu
apa yang beliau pakai sehingga berupaya melakukan blogwalking di banyak
blog. Di blog blogger ini menceritakan tentang kehidupan beliau seharian.
Pelbagai kisah hidup beliau yang menarik boleh di baca di blog tersebut. Untuk
pengetahuan anda semua, dia juga adalah seorang blogger yang tidak kedekut
ilmu. Tanyalah apa sahaja, dia pasti akan menjawabnya. Blogger peramah pertama
yang saya kenal adalah beliau!
Jangan terkejut jika anda
tahu bahawa blogger ini adalah seorang doktor perempuan. Inilah contoh contoh anak Melayu yang berjaya menceburi bidang kedoktoran. Jika anda singgah di blog beliau, anda bukan
sahaja akan baca tentang kehidupan beliau sebagai seorang doktor, kehidupan
seharian beliau dan anak anak tetapi juga pelbagai perkara yang mendatangkan
ilmu yang boleh anda pelajari antaranya adalah ilmu kesihatan. Untuk
pengetahuan anda, nama anak beliau sama dengan nama saya iaitu Haziq! Dia juga
adalah seorang blogger yang peramah. Sekali singgah di blog saya, tidak kurang
lima entri sekali dia akan beri komen. Jika saya melakukan blogwalking,
nama beliau pasti akan ada di blog blog yang saya singgah tersebut. Beliau juga
seorang blogger yang ikhlas di dalam memberikan komen sama seperti blogger
Dunia Zumal dan blogger Eny Abdullah.
Blog ini adalah blog yang
paling banyak informasi di dalam senarai blogger peramah ini. Jika anda singgah
di blog beliau, pelbagai ilmu, cerita, dan maklumat yang akan anda pelajari. Perkara
perkara pelik yang anda tidak pernah dengar, jumpa dan tahu memang ada di dalam
blog beliau. Saya suka baca entrinya yang berkaitan dengan kisah kisah misteri.
Mahu tahu lebih lanjut, silalah lawat blog itu.
Jika anda ingin pergi
bercuti, blog ini adalah blog yang wajib anda kunjungi. Pelbagai kisah
percutian beliau ada di dalam blog ini. Pelbagai info dan tips tentang sesuatu
tempat yang beliau telah pergi anda akan dapat mengetahuinya jika anda singgah
di blog beliau. Sebenarnya saya baru kenal blogger ini tetapi sikap peramahnya (tidak jemu meninggalkan komen di blog saya) telah menyebabkan saya meletakkan beliau di dalam senarai ini.
7. Fadzi Razak
Jika baca pada nama, jika
lihat dari gaya penulisan dan rupa blog, sudah pasti anda akan fikir blogger
ini adalah blogger lelaki tetapi sebenarnya pemilik blog ini adalah perempuan!
Sudah ramai blogger tertipu dengan jantina beliau termasuklah diri saya
sendiri. Dia adalah seorang blogger yang peramah dan tidak kedekut ilmu. Jika
anda singgah di blog beliau, pelbagai perkara perkara menarik dan tips akan
anda jumpa di dalam blog beliau dengan gaya penulisan yang santai. Jangan sesekali
pandang rendah pada beliau kerana walaupun baru setahun menulis blog, sudah
pelbagai kejayaan yang beliau terima melalui blog beliau. Dia juga seorang blogger yang tidak culas
untuk mengikuti (follow) blog yang dia minati. Saya sangat tertarik
dengan sikap rendah diri beliau.
Jangan pernah tidak
percaya inilah blogger termuda dalam senarai ini. Baru berusia 16 tahun. Di
awal saya aktif menulis blog pada pertengahan tahun 2014, dialah yang selalu
datang singgah dan komen di blog saya. Beliau adalah seorang penulis cerpen di
blog yang sangat kreatif. Saya sendiri tidak mampu menandingi kehebatan beliau
dalam menulis cerpen. Beliau mampu menulis cerpen dalam pelbagai genre. Jika
anda penggemar cerpen bersiri, silalah melawat ke blog beliau.
Blogger ini juga seorang
blogger yang peramah. Jika anda singgah di blog beliau, beliau berkongsi
tentang kehidupan beliau seharian di dalam blog tersebut. Bukan itu sahaja, ada
pelbagai ilmu dan tips yang boleh anda dapati di blog beliau. Mahu tahu lebih
lanjut, rajin rajinlah singgah di blog beliau.
10. KAMEQ DEANNA
Blogger berasal dari
Malaysia Timur ini juga adalah blogger yang peramah. Selalu berkongsi tentang
kehidupan beliau seharian di dalam blog. Mengapa saya kata dia peramah? Kerana
setiap kali dia singgah di blog saya, tidak kurang tiga entri pasti dia akan
beri komen. Pelbagai kisah menarik tentang kehidupan beliau boleh dibaca di
dalam blog tersebut. Dia juga seorang blogger yang ikhlas dalam dunia blog. Tidak terlalu mengejar populariti dan pengikut. Saya suka akan sikap beliau itu.
Di sebalik kecantikan
wajahnya, blogger ini adalah seorang usahawan Shaklee yang berjaya. Beliau
adalah mentor saya di dalam perniagaan Shaklee selain blogger Ratu Vitamin.
Jika anda singgah di blog beliau, anda bukan sahaja akan dapat mengetahui
tentang kebaikkan produk Shaklee, tetapi juga anda akan dapat mengetahui
pelbagai tips kesihatan dan banyak lagi maklumat lain yang boleh anda perolehi.
Selain itu, beliau juga tidak lokek untuk singgah di blog anda. Rajin rajinlah
mengunjungi blog beliau.
Blogger ini juga rakan
seangkatan dengan saya dalam perniagaan Shaklee. Beliau tidak culas untuk
meninggalkan komen di blog saya setelah saya singgah dan komen di blog beliau.
Beliau sama seperti blog Cik Vitamin dan blog Permata Cintaku. Sama sama
menulis tentang kebaikan produk Shaklee dan berkongsi tips tips kesihatan yang
berguna buat pembaca blog mereka.
Inilah senarai 12 blogger paling
peramah di Malaysia. Selain sebagai entri penghargaan, entri ini juga turut
berperanan sebagai entri hebahan kepada blogger blogger baru yang ketandusan
komen di blog anda. Saya masih ingat lagi ketika saya mula mula aktif berblog,
tidak ada seorang blogger pun yang mahu komen di blog saya. Puas saya fikir
sebab musababnya dan akhirnya kini saya menemui caranya lalu blog saya pun
sudah ada blogger yang beri komen.
Komen di dalam sesuatu entri itu amat
bermakna sebenarnya buat diri seorang blogger. Jika ada yang memberi komen pada
entri kita, maksudnya entri tersebut ada orang yang membacanya. Kita akan
berasa sangat gembira jika entri kita dikomen oleh blogger lain.
Buat blogger yang tidak tersenarai, jangan berkecil hati atau boikot blog saya. Anda mungkin belum cukup peramah bagi saya tetapi cukup peramah bagi blogger lain. Mereka yang saya senaraikan ini begitu menepati naluri saya sebagai seorang blogger iaitu kerap singgah, kerap komen dan ikhlas untuk berkawan dengan saya. Mereka tidak pernah takut untuk beri komen walaupun blog saya berbicara soal politik semasa sedangkan ramai blogger takut untuk melakukan demikian. Mereka ini sangat istimewa bagi saya dan sebab itulah saya meletakkan mereka sebagai blogger paling peramah di Malaysia.
Di kesempatan ini, saya ingin menyusun
sepuluh jari jika 12 blogger yang disenaraikan tidak selesa dengan ulasan yang saya
berikan pada blog anda. Saya tidak punya wang ringgit mahupun hadiah untuk
diberi kepada anda sebaliknya mengulas blog anda secara tulus dan ikhlas adalah
salah satu cara saya berterima kasih kepada anda kerana sudi singgah, baca dan
komen di blog kecil saya. Ucapan saya, semoga anda semua bisa menjadi penulis
blog yang berjaya satu hari nanti.
Nota : susunan di dalam senarai ini
tidak dipengaruhi sebarang faktor antaranya siapa yang paling banyak
meninggalkan komen. Saya sekadar meletakkan sahaja mana mana blogger di atas
secara rawak.
12 blogger yang terbaik dan peramah :)
BalasPadamTq perkongsian, nak try sgah la jg blog2 mereka, saya pun blogger baru =)
BalasPadamDanishdamiadaris.blogspot.com
:)
BalasPadambelum masuk senarai bukan bermakna tidak peramah....mungkin peramahnya berada di blog lain...bagus entri ini tuan!
BalasPadamBetul betul betul ...
BalasPadamwaaaa... masuk list juga yer.. terima kasih terima kasih bebanyak... bukanlah peramah sangat tapi saya memang becok... kalau banyak idea tu janganlah stop kan saya bercakap... boleh tukar hijau sebab kalau org stopkan saya akan lupa... terima kasih atas penghargaan ini
BalasPadamsalam singgah
betul tu , hehee . terbaikk semua :)
BalasPadambetul! :)
BalasPadamMalu~~ *lari-lari anak tutup muka sampai terjatuh tangga*
BalasPadamHahahhaha
Maaflah akak ni kadang2 x sempat bw.. bukan tak peramah. even surirumah tp ada kerja jugak nak buat kadang2
BalasPadammemang rajin dan ramah tamah mereka semua tu..
BalasPadamterima kasih sebab ada jugak mak jemah tersenarai dalam list hehehe...marilah kita sama2 beramah tamah dengan berblogwalking mengenal sesama blogger..
BalasPadamHehe peramah yer... Zumal nie maybe peramah dalam blog aje tapi kat luar zumal agak pemalu... Zumal mengambil masa juga untuk ramah kalau kat dunia realiti nie. Thanks review blog zumal yer ^-^
BalasPadamAs-Salam tuan blog. Jutaan terima kasih kerana meletakkan blog SP diruangan ini. Sejujurnya SP tidak layak menjadi 12 blogger paling peramah. Ramai lagi blogger diluar sana yang memiliki kreteria yang melayakkan mereka disenarai 12 ni.. :)
BalasPadamNamun, SP juga ingin meletakkan blog ini sebagai diantara blog paling peramah yang pernah SP temui. Adminnya rajin blogwalking membalas komen dan membaca informasi.
Dan itulah sebenarnya tujuan kita berblog, untuk memberikan info kepada pembaca, tidak kiralah apa niche sekalipun.
Tidak salah meramaikan rakan blogger biarpun bicaranya mungkin kita tidak senangi tetapi adakalanya kita menjadi matang dan pemikiran kita berkembang dengan membaca perkara-perkara yang kita tidak setuju.
Apapun, selamat berblog kepada tuan dan rakan-rakan blogger yang dikenali mahupun belum lagi dikenali. Semoga kita semua ikhlas menyebarkan maklumat yang tepat dan berkualiti.
Selamat maju jaya buat semua..:)
wah terkejut pun ada ni.. tak sangka betul MNH sudi listkan akak dlm senarai blogger paling peramah hahahahaha.... terima kasih yaaaaaaa
BalasPadamwaahhh...mekasih MNH atas penghargaan ni....terharu tauuu...ihihihihi....sy suka komen dan singgah di blog yang rasa dekat di hati....mcm blog MNH ni...so keep it up yerr....sy setia menyokong anda....sorry tau lama xsinggah...emosi baru stabil...hihihihihi
BalasPadamok, saye xde... ok fine... hehehehe... anyway, entri yang bagus, boleh terjah diorang ni pulak... hehehe
BalasPadamSalam, Ajik.
BalasPadamSaya rasa saya jarang blogwalking dah sekarang ni.
Tapi, tak bermakna saya lupakan kalian yang tak pernah lupakan saya.
Thanx buat review ni.
Hehe..kalau nak kata peramah tu memang tak berapa tepat..hehe..gurau je.
Saya ni terlebih peramah.
In reality, kalau saya dah start bercakap mmg susah nak berenti sampai mulut nak cramp.
Cuma kalau saya pilih untuk senyap, memang susah nak keluar sepatah perkataan pun :)