Sumber : Google |
Isu perangai artis yang berkelakukan
tidak senonoh, bertentangan dengan ajaran Islam, dan budaya Melayu bukanlah isu
baru. Isu ini sudah lapuk sebenarnya. Sudah banyak pihak terutama peminat dan
agamawan telah menegur artis artis kita yang sudah seperti orang orang Barat ketika
menjalani aktiviti aktiviti seni – berlakon, mengarah dan menyanyi namun
keadaan masih tidak berubah. Tegas pepatah, bagai menyiram air ke daun keladi.
Terbaru, pelakon dan penyanyi
terkemuka, Iffah Raziah telah mencetuskan kontroversi apabila beraksi ghairah
bersama pelakon Hisyam Hamid ketika persembahan di konsert akhir GegarVaganza
ketika beliau menyanyikan lagu Matahari. Perlakuan tersebut telah mengundang
kritikan daripada juri malam itu iaitu Rosyam Nor.
Saya tidak mahu mengulas komen Rosyam
kepada Iffah dan saya juga tidak mahu mengulas komen balas Iffah pada Rosyam.
Pada saya, kelakuan Iffah memang salah dari segi apa pun. Mengapa? Kerana
beliau orang Islam! Seorang perempuan Muslim adalah haram bersentuhan apatah
lagi berpelukkan dengan mana mana lelaki yang bukan mahram. Tidak kira sama
suami beliau memberi keizinan atau tidak, sama ada itu lakonan atau bukan dan
sama ada itu professional atau tidak.
Pokok pangkalnya, haram tetap haram.
Hukum di dalam Islam tidak boleh diatasi dengan keizinan suami, lakonan atau
professional. Jika kita telah melakukan dosa, kita sepatutnya bertaubat,
memohon keampunan kepada Allah dan bukannya berbangga atas dosa yang kita
lakukan serta mencari kesalahan orang lain untuk menutup dosa dosa yang telah
kita lakukan.
Dalam hal ini, Iffah, Hisyam dan
Astro tetap bersalah kerana melanggar hukum Tuhan. Saya tidak kata saya ini
maksum tetapi saya menegur kerana jelas perbuatan itu salah dan Iffah pula
seperti ‘menghalalkan’ perbuatan tersebut atas alasan mendapat keizinan suami
dan itu adalah salah satu cara penceritaan beliau ketika menyanyi.
Saya selalu menulis di dalam blog ini
supaya Islam perlu diresapkan di dalam seni hiburan kita. Islam agama yang baik
dan tidak menghalang untuk umatnya berhibur tetapi mesti mengikut hukum hakam
yang betul. Apa yang haram tetap haram dan tidak boleh dilakukan.
Saya pernah melemparkan cadangan
supaya ketika berlakon tidak perlu berpegangan tangan, berpelukkan, tidur
sekatil antara pelakon lelaki dan pelakon wanita yang bukan mahram. Jelas
perbuatan itu berdosa. Pengarah pun tidak sepatutnya mengarahkan pelakon untuk
melakukan babak babak seperti itu. Babak babak seperti itu hanya boleh
dilakukan oleh orang orang Barat kerana mereka bukan Islam.
Banyak keburukannya jika kita
memaparkan babak babak seperti itu sama ada di atas pentas atau di dalam
televisyen/wayang. Perbuatan tersebut bukan sahaja mengundang dosa kepada si
pelaku, malah penonton juga terutama remaja akan mengikuti perbuatan seperti
itu. Lama kelamaan, perbuatan semacam itu akan menjadi budaya lalu merosakkan
masyarakat kerana masyarakat sudah tidak kenal lagi yang mana halal dan yang
mana haram.
Pada saya, antara sebab mengapa
banyaknya masalah penzinaan di Malaysia ini adalah kerana perbuatan media
media kita yang acapkali memaparkan aksi aksi berahi di dalam televisyen. Oleh
sebab itu, saya menasihati kepada artis supaya menjaga agama ketika anda
berlakon, mengarah dan menyanyi.
Kesimpulannya, Iffah, Rosyam dan
Hisyam sama sama bersalah kerana telah bekerja secara melanggar hukum Islam
iaitu bersentuhan antara lelaki dan perempuan dengan yang bukan mahram. Jelas
perbuatan itu berdosa dan tidak ada alasan untuk menghalalkan perbuatan
tersebut. Nasihat saya kepada para artis, hati hati dalam berkarya. Jaga agama
dan maruah kita ketika kita berlakon, mengarah atau menyanyi. Jangan sampai
kita melanggar hukum Allah ketika kita mencari rezeki.
pedas dan bernas.saya sokong pendapat ni.
BalasPadamdunia akhir zaman.... manusia semakin jauh dr fahaman agama, apatah lagi pengamalannya
BalasPadamAtas alasan "itu kehendak pengarah", "sudah tertulis dalam skrip" dan banyak alasan lagi memang memualkan dunia artis dan hiburan di malaysia. Mutu filem dan drama yang teruk mungkin punca sentuhan2 dan aksi2 haram itu terpaksa dilakukan sebab tiada lagi daya penarik lain yang boleh dilakukan..
BalasPadamMereka nie kebanyakkannya hanya fikir tentang populariti, rating dan untung aje kan...
BalasPadamsebab tu lah bila anak gadis peluk artis Kpop kita melatah, tapi kita tak sedar, anak anak muda belajar dr apa yg mereka lihat di persekitaran mereka kan... contohnya yg ni lah...
BalasPadamkadang diorang selalu aggap arahan dari directo adalah yg mutlak..tp arahan dari Allah SWT jd sampingan jer....semoga Allah memberi hidayah kepada mereka
BalasPadamBetul, Ajik.
BalasPadamYang haram tetap haram.
Hukum tu hukum Allah.
Bukan oleh suami atau mana pihak media hiburan.
Kerana ingin hiburkan peminat, hukum Allah dipinggirkan & dipandang enteng.
Entah apalah nak jadi dengan manusia akhir zaman ni.
Mana tak turun bala berulangkali kat Malaysia ni. Tapi ramai yang masih x sedar. Tetap leka dengan hiburan dunia.