Sabtu, 24 Januari 2015

HINA MENGHINA BELUM DAPAT DIPISAHKAN DARI LAWAK ORANG KITA

Sumber : Google

Saya selalu juga menonton rancangan Maharaja Lawak Mega 2014. Setakat ini tiada kumpulan yang saya betul betul minat atau sokong. Saya menonton kerana mahu melihat isi kandungan lawak dan daya kreativiti pelawak pelawak kita dalam membuat persembahan. Saya tahu bukan mudah mahu buat lawak. Saya sendiri pun belum tentu dapat melakukannya seperti mereka.

Sebagai seorang peminat seni, saya melihat persembahan peserta Maharaja Lawak Mega kali ini mempunyai kadar turun naik yang agak tinggi. Jarang kita boleh melihat peserta yang benar benar istiqamah dalam persembahan mereka dari segi mutu lawak itu sendiri. Jika ada pun mungkin kumpulan Shiro dan Sepahtu. Yang lain saya belum jumpa lagi. Entahlah…mungkin penilaian saya salah dan bersifat berat sebelah.

Saya tidak terlalu kisah dengan peserta yang gagal dalam persembahan mereka kerana saya tahu bukan mudah mahu melawak. Apa yang saya kisahkan adalah peserta yang ternyata pandai melawak tetapi merapu di dalam lawak mereka sehingga sukar untuk saya fahami seperti yang dilakukan oleh kumpulan Virus yang dianggotai oleh Yus Jambu, Tauke Jambu dan Zizan Razak.


Mereka bukan pelawak picisan. Sepatutnya persembahan mereka akan menjadi sangat menakjubkan tetapi oleh kerana mereka lebih gemar merapu daripada membuat persembahan dengan bersungguh sungguh, saya melihat persembahan mereka agak menjengkelkan. Saya menyusun sepuluh jari kepada peminat kumpulan Virus jika anda terasa dengan tulisan saya ini. 

Apa yang paling saya tidak gemar di dalam lawak peserta peserta pertandingan ini adalah mereka suka menghina orang lain dalam persembahan lawak mereka. Menghina, memperlekeh, mengutuk, dan mengecilkan orang lain sudah seperti menjadi perkara wajib dalam persembahan mereka. Sukar bagi mereka untuk membuang tabiat itu. Bagi mereka, jika tidak menghina orang lain, lawak mereka tidak akan menjadi!

Kadang kala, penghinaan terhadap orang lain dalam lawak mereka langsung tidak mengambil cakna akan sensitiviti orang yang mereka hina itu. Mereka langsung tidak kisah akan perasaan orang yang mereka hina. Apa yang paling penting bagi mereka, penonton tertawa mendengar lawak lawak penghinaan mereka. 

Tidak salah sebenarnya untuk kita menyindir sesuatu isu untuk menyedarkan masyarakat. Contohnya seperti yang dilakukan oleh kumpulan Shiro. Mereka menyindir gadis gadis yang berpelukkan dengan artis lelaki Korea tidak lama dahulu dalam persembahan mereka. Itu satu perkara yang bagus dan itu saya puji. Namun kita perlu ingat, menyindir untuk menyedarkan masyarakat dengan menghina orang lain adalah dua perkara yang berlainan.

Di dalam dunia sastera sendiri memang ada cerpen atau novel yang menyindir sesuatu pihak untuk tujuan memberi kesedaran kepada pihak tersebut. Sama ada karya itu mengangkat kisah dalam masyarakat itu sendiri atau karya itu adalah karya satira (menyindir masyarakat dengan penulisan sastera dan diselitkan dengan unsur unsur humour). Antara penulis terkenal yang menulis karya satira adalah Shahnon Ahmad (Shit) dan Yahaya Ismail (Beruk Tua).   

Pada saya, tidak salah untuk memperkatakan tentang keburukan sesuatu pihak tetapi jangan dengan tujuan melawak (hina) sebaliknya menyindir (mendidik). Terdapat dua maksud yang bertentangan di situ yang kita perlu fahami.

Kesimpulannya, pelawak pelawak kita sepatutnya mentransformasikan minda mereka dengan menghasilkan satu persembahan lawak yang bebas dan unsur unsur menghina dan membuli. Alangkah bagusnya jika mereka boleh mendidik masyarakat di dalam persembahan lawak mereka itu. Diharapkan agar semua peserta akan terus istiqamah dalam melakukan persembahan terbaik.





14 ulasan:

  1. Saya pun minat sepahtu n shiro.
    Lawak mereka ada unsur kesedaran.
    Sambil menyelam minum air - sambil melawak sambil sentuh isu sosial,dsb.

    BalasPadam
  2. Dulu saya minta JoZan.
    Lepas tu bila Zizan single pun saya tetap minat.
    Tapi, bila kumpulan gandingan dengan Jambu lalu mewujudkan Virus...
    Memang lawak2 yang saya pernah tengok kali ni berlalu hambar.
    Memang lebih kepada merapu & kebudak-budakan.
    Ermmm...pendapat saya saja.

    BalasPadam
  3. kesian suib, selalu kena buli ngan jep.. Apa2 pyn, sy peminat zero. Mmg bukan mudah untuk melawak, tp juri pun kena dipilih dari golongan yg berpengalaman dalam bidang lawak agar dapat memberi komen dan tunjuk ajar atau tips untuk memajukan lawak kepada pelawak2 tersebut selain dari komen dgn kata2 "tak berapa lawak" atau "lawak gila" atau yg seangkatan dgn nya..

    BalasPadam
  4. setuju..virus macam merapu..tak lawak sedangkan dianggotai oleh pelawak yg mempunyai reputasi yang baik. Mereka bukanlah baru dalam arena komedi tanah air. Siap ada rancangan sendiri lagi. Kat mana silapnya?? Sebabnya mungkin terlalu tertekan dengan harapan tinggi menggunung peminat. Dan minta maaf bagi peminat Zizan..pendapat peribadi sejak mula dia muncul dalam industri seni tanah air..lawak ke si Zizan ni??kalau di amati gerak gaya dan perilaku serta percakapan beliau lebih kepada " Terhegeh-hegeh" ja tengok.Sekian.Terima kasih...eehh..eh dah macam buat entri kat blog sendiri plak mengomen..haha..sorry admin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe...haha...komen la banyak mana pun. Saya tak kisah. Nanti saya datang singgah blog anda pula ye. :)

      Padam
  5. sokong dgn kata-kata admin. lawak untuk memberi kesedaran sambil berhibur bukan mengutuk mengata tanpa hala tuju.

    BalasPadam
  6. zizan memang takleh join jambu...merapu makin ke laut

    BalasPadam
  7. lawak Virus memang agak merapu.persembahan pun macam tak berapa.bukan nak condemn,tapi itulah hakikatnya.mungkin Zizan tak sesuai kut.

    BalasPadam
  8. Sebab tulah SP tidak minat menonton maharaja lawak, raja lawak ke atau filem komedi Malaysia. Lawaknya menghina, lawaknya bodoh dan hampir tiada manfaat langsung. Berbeza dengan komedi atau filem komedi hollywood, hanya sepatah kata sudah mampu membuatkan kita tergelak. Adakalanya gaya bahasa tubuh sudah cukup membuatkan kita tidak kering gusi. Industri kita bukannya kekurangan dana tapi ketandusan bakat, samada pengarah mahupun pelakon..

    BalasPadam
  9. saya tak pernah menonton MLW nih... tapi saya akui, lawakdi negara kita banyak unsur hinaan dan lucah... kalau tak begitu susah nak jadi lawk... skrip yg sama dari drama barat yg boleh buat org dekah2 takkan menjadi kat sini... entah kenapa

    BalasPadam
  10. sindir kekadang kurang tepat.

    so..tak payah la menyindir kalau tak pandai.

    BalasPadam
  11. lawak yg diutarakan banyak guna penghinaan fizikal orang lain...pada sy...tidak sesuai....coz fizikal itu adalah anugerah dari Allah....rasanya banyak benda lain yang mungkin boleh dijadikan modal lawak yg lebih berkualiti

    BalasPadam
  12. setuju dengan kata MNH SASTERA MELAYU.... kumpulan virus kurang lawak... pelawak yang ekin nampak melawak dengan baik shiro, sepahtu n zero jah.... apa2 tahniah kepada dia orang cuba membuat laewak untuk orang terhibur...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.