Sumber : Google |
Ramai mahasiswa di universiti
merungut apabila Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) diberi lambat menyebabkan mereka
tidak boleh membeli buku teks yang mahal harganya untuk kegunaan mereka di universiti.
Ada di antara mereka yang menukar
baucer buku tersebut dengan wang ringgit bagi menampung keperluan mereka di universiti.
Namun begitu, tindakan tersebut adalah salah di sisi undang undang.
Kerajaan sepatutnya memberikan baucer
buku tersebut di awal semester supaya mahasiswa di universiti dapat
menggunakannya bagi membeli segala buku teks yang tebal tebal dan mahal
harganya. Jika diberi pada pertengahan semester, nescaya ramai mahasiswa tidak
tahu apakah fungsi baucer buku tersebut. Jadi, mereka menggunakan beucer buku itu
dengan membeli barang barang yang tidak betul.
Mahasiswa perlu faham sistem lambat
sebegitu adalah perkara biasa dalam segala sistem yang ada di Malaysia. Jadi,
apa yang mahasiswa boleh lakukan adalah terus menegur supaya sistem yang lambat
itu dapat dipercepatkan. Gunakan segala media sosial yang ada untuk membuat
teguran yang berhemah kepada kerajaan mengenai sistem yang lambat itu.
Penyelesaian bagi masalah baucer buku
yang diberi lambat itu adalah mahasiswa boleh membeli buku buku lain yang bukan
buku teks. Maksudnya, mahasiswa boleh membeli apa sahaja buku yang mahasiswa
minat sama ada novel, buku sejarah, buku motivasi, buku biografi, buku politik,
buku bacaan umum, dan segala macam buku yang ada di negara ini. Mahasiswa tidak
boleh menyempitkan pemikiran mereka dengan menggunakan baucer buku itu dengan
hanya membeli buku teks sahaja.
Ramai mahasiswa kita yang berotak ini
tidak pandai meluaskan pemikiran mereka dengan membeli buku lain selain buku
teks. Mereka boleh sahaja membeli buku lain yang bukan buku teks untuk dibaca
bagi meluaskan pengetahuan dan pembacaan mereka. Jika mahasiswa membeli buku
lain yang boleh menjana intelektual seperti buku biografi misalnya, saya yakin
dan percaya mahasiswa kita tidak mudah ditipu, tidak mudah percaya, mempunyai
pengetahuan, dan lekas sedar akan sesuatu isu yang berlaku di sekeliling
mereka.
Oleh kerana mahasiswa asyik membaca
buku teks sahaja (itu pun jika mereka baca) tanpa membaca buku buku lain yang
boleh menjana intelektual, fikiran mahasiswa kita bukan sahaja tidak
berkembang, malahan tidak kritis. Mereka terus tertipu dan terus hidup dalam
dunia ciptaan yang direka oleh orang yang menipu mereka (seperti politikus
misalnya).
Oleh kerana saya minat dan ketagih
pula membaca, jadi saya tidak berapa kisah jika baucer buku itu diberi lambat
atau cepat. Saya masih lagi boleh membeli buku yang saya minat tanpa
menggunakan satu sen pun duit saya. Khutub khanah saya di rumah dipenuhi dengan
buku buku yang saya minat dan saya beli pula dengan baucer buku yang diberi
lambat itu. Saya memikirkan alternatif lain untuk mengatasi masalah tersebut.
Terus merungut dengan keadaan masalah
baucer buku yang diberi lambat tidak mendatangkan apa apa hasil tetapi terus
menegur agar pemberian baucer buku itu dipercepatkan adalah perlu. Gunakanlah
baucer buku yang diberi lambat itu untuk menambahkan ilmu supaya mahasiswa
tidak mudah tertipu dan terus ditipu.
list kan ape nak beli siap2. gi survey harga, dapat jer baucer terus gi beli :-)
BalasPadamUntung pelajar skrg ada baucer nih. Time Fyna belajar dulu xde pun. Hehehe.
BalasPadamBetul juga tu, kalau dapat baucer lagi seminggu nak final exam nak study macam mana dah...
BalasPadam