Sumber : Google Gambar sekadar hiasan |
Tidak seperti di negara negara Barat,
alumni di institut pengajian tinggi kita dilihat tidak menyumbang semula kepada
universiti selepas mereka menamatkan pengajian. Oleh sebab itu, kita melihat
universiti kita terus berada di takah yang sama tanpa mempunyai sebarang
perubahan.
Di negara negara Barat, alumni
universiti mereka telah menyumbang semula kepakaran, kekayaan, atau khidmat
bakti mereka dalam pelbagai bentuk kepada universiti. Justeru, kita boleh melihat
begitu banyak universiti di Barat bukan sahaja menjadi universiti yang terbaik
di dunia malah menjadi universiti yang kaya raya!
Semua ini terjadi kerana alumni
mereka telah menyumbang semula kelebihan dan kebolehan yang mereka ada kepada
universiti yang telah berjaya melahirkan mereka sebagai seorang manusia yang
hebat. Jika semua alumni universiti yang ada di negara kita boleh melakukan
perkara yang sama, tidak mustahil universiti kita juga boleh setaraf dengan
universiti yang ada di negara Barat.
Wujud persoalan mengapa alumni
universiti yang ada di negara kita ini tidak boleh menyumbang semula kepada
universiti seperti mana yang dilakukan oleh alumni universiti di negara Barat? Semua
ini terjadi kerana, tidak ada kesepaduan antara universiti dengan alumni
(mahasiswa) universiti yang ada di negara kita.
Kesepaduan di sini bermaksud sejauh
mana universiti boleh membimbing mahasiswanya untuk mengecapi kejayaan dalam
bidang pekerjaan dengan setinggi mungkin. Sebagai contoh, jika alumni itu
adalah graduan dalam bidang perfileman, kita mahu melihat sejauh mana sesebuah
universiti itu boleh membimbing para pelajarnya untuk menjadi seorang
pengarah/penulis skrip dan menghasilkan sebuah filem pecah panggung? Atau jika
alumni itu adalah graduan dalam bidang perniagaan, kita mahu melihat sejauh
mana sesebuah universiti itu boleh membimbing graduan tersebut untuk memiliki
sebuah syarikat sendiri seterusnya menjadi ahli perniagaan yang berjaya.
Jika sesebuah universiti itu berupaya
untuk melakukan seperti yang saya sebut di atas, saya sangat yakin bahawa semua
alumni universiti yang ada di negara kita boleh menyumbang semula kekayaan,
kepakaran, dan khidmat bakti mereka kepada universiti sehingga universiti itu
boleh menjadi sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa.
Bagi saya, universiti bukan sebuah
tempat yang hanya untuk belajar, mengajar, atau mengembangkan ilmu bahkan lebih
dari itu. Universiti juga adalah sebuah tempat untuk melahirkan cendekiawan,
ahli politik, ahli perniagaan, wartawan, bintang sukan, bintang filem dan
sebagainya. Tetapi, adakah semua universiti di negara kita boleh melakukan
semua perkara tersebut?
Selama ini kita silap anggap dengan
universiti. Kita menganggap universiti itu hanyalah sebuah tempat untuk belajar
kemudian menerima diploma/ijazah/PhD dan akhirnya melalui fasa konvokesyen.
Selepas itu, universiti sudah tidak mengambil tahu lagi apa yang terjadi kepada
alumninya. Oleh sebab itu, alumni tidak berasa sayang dengan universiti lalu
kesediaan mereka untuk menyumbang semula kepada universiti sudah tidak wujud
lagi.
Jika sesebuah universiti itu boleh
mengembangkan bakat dan kebolehan atau sekurang kurangnya mencari peluang
pekerjaan untuk semua alumninya, saya yakin pasti ramai alumni universiti akan
datang semula ke universiti untuk memberi sumbangan demi pembangunan dan
kemajuan universiti.
Jadi, bagi membolehkan semua alumni
boleh menyumbang semula kepada universiti untuk pembangunan universiti tersebut,
setiap universiti yang ada di negara ini perlu sentiasa keep in touch
dengan alumninya. Jika tidak, semua universiti yang ada di negara kita tidak
akan dapat menandingi universiti universiti yang ada di negara Barat sana.
saya pun alumni UM, dari engine fact, masih keep in touch dengan pensyarah master saya :-)
BalasPadam