Rabu, 13 April 2016

MELAYU BUNTU SIAPA YANG HENDAK DISOKONG DALAM PRU


Sumber : Google


Keadaan politik negara yang kacau bilau lewat belakangan ini seolah olah memberi satu kebuntuan kepada umat Melayu yang menjadi warganegara majoriti di negara ini. Semua tahu peri pentingnya undi orang Melayu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang namun di saat keadaan politik negara yang tidak menentu ini, orang Melayu terus dihambat dengan kekeliruan dan kebuntuan.

Secara umumnya, rakyat Malaysia sekarang terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah kumpulan yang mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO manakala kumpulan yang kedua adalah kumpulan yang menentang Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

Kumpulan pertama yakni kumpulan yang mempertahankan Datuk Seri Najib dan UMNO ini adalah kumpulan yang sering dipanggil ‘pemakan dedak’ oleh kumpulan yang menentang Datuk Seri Najib dan UMNO tadi. Pada saya, kumpulan ini bukanlah semuanya terlalu obses dengan Datuk Seri Najib atau bukan juga mendapat apa apa habuan (dedak) daripada Perdana Menteri itu. Kumpulan ini tegar mempertahankan Datuk Seri Najib dan UMNO kerana mereka mahukan survival Melayu dan Islam itu kekal terpelihara sampai bila bila. Mereka tidak mahu DAP yang chauvinis itu memerintah negara ini kerana mereka khuatir entiti Melayu dan Islam itu akan terhapus.


Kumpulan kedua pula yakni kumpulan yang menentang Datuk Seri Najib dan UMNO atau lebih tepat lagi kumpulan yang diketuai oleh Dr. Mahathir ini mahukan Datuk Seri Najib turun daripada singgahsana kuasanya sebagai Perdana Menteri. Bagi mereka, seorang Perdana Menteri yang dihambat pelbagai isu dan skandal tidak boleh untuk menjadi Perdana Menteri. Oleh sebab itu, mereka bersungguh sungguh mahukan Datuk Seri Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, kumpulan ini dilihat tempang oleh sesetengah orang Melayu apabila Lim Kit Siang ada di dalam kumpulan ini.      

Apabila munculnya dua kumpulan ini, maka pengundi Melayu atas pagarlah yang menjadi semakin keliru. Siapakah yang hendak mereka sokong dalam PRU nanti apabila munculnya dua kumpulan ini?

Jika mereka sokong UMNO, maka mereka dianggap sebagai orang yang bersetuju dengan segala isu dan skandal yang menghinggapi Datuk Seri Najib. Jika mereka menentang UMNO, mereka perlu bersedia untuk hilang segala-galanya jikalau DAP yang memerintah negara. 

Kebuntuan ini dapat dipecahkan jika Datuk Seri Najib dapat menjawab, memberi bukti, dan membersihkan namanya dari segala persoalan, dakwaan, dan tuduhan yang dilemparkan oleh kumpulan kedua tadi. Jika Datuk Seri Najib terus selesa dengan keadaan seperti sekarang, maka orang Melayu terus kekal keliru dan buntu. Mereka tidak tahu siapa yang perlu mereka pilih sebagai pemimpin pada PRU akan datang.  

Saya tidak boleh membaca apa yang akan berlaku nanti selepas PRU 14 dijalankan cuma saya berharap agar apa apa keadaan pun yang terjadi, Melayu akan kekal selamat sampai bila bila

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.