Rabu, 6 April 2016

JIKA ARTIS K-POP HINA ALLAH DAN RASULULLAH

Sumber : Google

Ketika EXO (sebuah kumpulan K-Pop lelaki yang popular di Korea Selatan dan di seluruh dunia) datang ke Malaysia, beberapa rakyat Malaysia yang anti K-pop mula menghina kumpulan dari Korea Selatan itu dengan panggilan plastik dan sebagainya di laman sosial. Tidak cukup dengan itu, mereka juga mula mengecam rakyat Malaysia yang terlalu fanatik dengan kumpulan EXO itu sehingga sanggup bersesak sesak di lapangan terbang semata mata untuk melihat wajah kacak anggota kumpulan dari Korea tersebut.

Melihat kepada keadaan itu, maka bertempurlah kumpulan yang anti K-Pop dengan kumpulan yang menyokong K-Pop. Masing masing saling berbalas hujah dan bertikam lidah di laman sosial untuk menyatakan pendirian masing masing. Jika dilihat dengan mata kasar, kita boleh melihat seperti sebuah acara debat di laman sosial. Masing masing mahu menegakkan benang yang basah di atas satu perkara yang tidak menguntungkan diri, agama, bangsa, dan tanah air.

Saya tidak tahu apa sebab musabab sehingga terbentuknya kumpulan anti K-Pop ini tetapi saya tahu apa sebabnya kumpulan penyokong K-Pop ini muncul. Mereka suka dengan artis K-Pop bukan sahaja kerana muzik dan tariannya, tetapi juga kerana wajah kacak yang ada pada artis K-Pop itu.

Pertempuran antara kumpulan penyokong K-Pop dan kumpulan anti K-Pop ini bukan baru. Sudah beberapa kali yakni sejak saya melangkah ke alam diploma lagi, saya sudah tahu tentang pertempuran pertempuran seperti ini di mana sosial.


Saya tidak ikut campur dalam urusan pertempuran itu kerana saya bukanlah peminat nombor wahid kepada K-Pop. Dalam masa yang sama, saya juga tidaklah membenci K-Pop. Ada juga lagu, drama, dan rancangan dari negara Korea Selatan itu saya tonton dan dengar bagi memenuhi masa lapang saya.   

Jika diperhatikan, kita tidak boleh sesekali pun mengkritik artis artis K-Pop kerana peminat peminat mereka pasti akan bersatu untuk melawan dan menentang semula pengkritik tersebut. Saya bercakap ini bukan cakap kosong. Saya pernah dihentam beberapa kali oleh peminat K-Pop kerana mengkritik beberapa artis kegemaran mereka dalam blog ini.

Jika kita mengkritik artis artis K-Pop, peminat peminat K-Pop akan mempertahankan artis kegemaran mereka itu seperti mana mereka mempertahankan Allah dan Rasulullah (itu pun jika mereka pertahankan!). Pendek kata, peminat peminat K-Pop ini seperti bertuhan dan berasulkan artis artis K-Pop itu. (nauzubillaminzalik!)

Melihat kepada fenomena yang berlaku ini, saya tidaklah terlalu hairan. Ini kerana, kita sekarang sudah tiba di akhir zaman. Manusia akhir zaman lazimnya lebih suka ‘berguru’ dengan artis K-Pop daripada berguru dengan ulamak. Maka, ramailah nanti manusia akhir zaman yang hidup dalam kesesatan yang nyata kerana ulamak sudah jauh daripada diri mereka.

Saya tertanya tanya, seandainya sekalian artis K-Pop menghina Allah dan Rasulullah suatu hari nanti, adakah peminat peminat K-Pop ini masih akan tetap mempertahankan artis artis K-Pop kegemaran mereka? Jika ya, saya tidak tahu apa akan jadi dengan iman dan akidah peminat peminat K-Pop ini. Wallahualam.

    

2 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.