Sumber : Google |
Ketika EXO (sebuah kumpulan K-Pop
lelaki yang popular di Korea Selatan dan di seluruh dunia) datang ke Malaysia,
beberapa rakyat Malaysia yang anti K-pop mula menghina kumpulan dari Korea
Selatan itu dengan panggilan plastik dan sebagainya di laman sosial. Tidak
cukup dengan itu, mereka juga mula mengecam rakyat Malaysia yang terlalu
fanatik dengan kumpulan EXO itu sehingga sanggup bersesak sesak di lapangan
terbang semata mata untuk melihat wajah kacak anggota kumpulan dari Korea
tersebut.
Melihat kepada keadaan itu, maka
bertempurlah kumpulan yang anti K-Pop dengan kumpulan yang menyokong K-Pop.
Masing masing saling berbalas hujah dan bertikam lidah di laman sosial untuk
menyatakan pendirian masing masing. Jika dilihat dengan mata kasar, kita boleh
melihat seperti sebuah acara debat di laman sosial. Masing masing mahu
menegakkan benang yang basah di atas satu perkara yang tidak menguntungkan
diri, agama, bangsa, dan tanah air.
Saya tidak tahu apa sebab musabab
sehingga terbentuknya kumpulan anti K-Pop ini tetapi saya tahu apa sebabnya
kumpulan penyokong K-Pop ini muncul. Mereka suka dengan artis K-Pop bukan
sahaja kerana muzik dan tariannya, tetapi juga kerana wajah kacak yang ada pada
artis K-Pop itu.
Pertempuran antara kumpulan penyokong
K-Pop dan kumpulan anti K-Pop ini bukan baru. Sudah beberapa kali yakni sejak
saya melangkah ke alam diploma lagi, saya sudah tahu tentang pertempuran
pertempuran seperti ini di mana sosial.
Saya tidak ikut campur dalam urusan
pertempuran itu kerana saya bukanlah peminat nombor wahid kepada K-Pop. Dalam
masa yang sama, saya juga tidaklah membenci K-Pop. Ada juga lagu, drama, dan
rancangan dari negara Korea Selatan itu saya tonton dan dengar bagi memenuhi masa
lapang saya.
Jika diperhatikan, kita tidak boleh
sesekali pun mengkritik artis artis K-Pop kerana peminat peminat mereka pasti
akan bersatu untuk melawan dan menentang semula pengkritik tersebut. Saya
bercakap ini bukan cakap kosong. Saya pernah dihentam beberapa kali oleh
peminat K-Pop kerana mengkritik beberapa artis kegemaran mereka dalam blog ini.
Jika kita mengkritik artis artis
K-Pop, peminat peminat K-Pop akan mempertahankan artis kegemaran mereka itu
seperti mana mereka mempertahankan Allah dan Rasulullah (itu pun jika mereka
pertahankan!). Pendek kata, peminat peminat K-Pop ini seperti bertuhan dan berasulkan
artis artis K-Pop itu. (nauzubillaminzalik!)
Melihat kepada fenomena yang berlaku
ini, saya tidaklah terlalu hairan. Ini kerana, kita sekarang sudah tiba di
akhir zaman. Manusia akhir zaman lazimnya lebih suka ‘berguru’ dengan artis
K-Pop daripada berguru dengan ulamak. Maka, ramailah nanti manusia akhir zaman
yang hidup dalam kesesatan yang nyata kerana ulamak sudah jauh daripada diri mereka.
Saya tertanya tanya, seandainya
sekalian artis K-Pop menghina Allah dan Rasulullah suatu hari nanti, adakah
peminat peminat K-Pop ini masih akan tetap mempertahankan artis artis K-Pop
kegemaran mereka? Jika ya, saya tidak tahu apa akan jadi dengan iman dan akidah
peminat peminat K-Pop ini. Wallahualam.
Ramai peminat Kpop kat Malaysia ni
BalasPadamGaduh sebab artis. Waste....!!! Singgah di sini..
BalasPadam