Sabtu, 7 Februari 2015

RESAH

Sumber : Google


Aku resah berada di rumah itu,
Kerana ada tugasan yang menanti diriku,
Kerana ada tugasan yang belum ku urus,
Dengan jitu.

Bagaimana untuk aku lakukan tugasan itu,
Di saat semua manusia ada disekelilingku,
Suasana bising sentiasa menghantui diriku,
Sedangkan untuk melakukan tugasan itu,
Aku memerlukan suasana yang sunyi,
Sunyi dari suara beribu ribu.


Aku mahu segera pulang,
Ke tempat asalku,
Agar aku bisa,
Melakukan tugasan yang tertangguh itu,
Supaya aku tiada masalah,
Di saat hari penentu.

Aku berharap,
Ada sinar baik buat diriku,
Pabila aku lakukan tugasan itu,
Di tempat asalku,
Supaya aku tidak beroleh masalah,
Tatkala aku mahu menyudahkannya.
Di hari penentu.  


Related Posts:

  • MELAYU Sumber : Google Wahai Melayu bangsa hebat, Engkaulah sendi dalam diriku, Telah lama kau menjadi layu, Di bumi tanah tempat lahirmu. Sun… Read More
  • SAHABAT Sumber : Google Dalam perjalanan hidup ini, Ku cuba mencari seorang sahabat sejati, Bagi menemani kehidupan ini, Namun sehingga waktu i… Read More
  • PEMUDA ISLAM Sumber : Google Engkau bagai lahar yang panas, Di dalam gunung berapi yang bisu, Biasanya keberanian itu terlihat, Dan ketakutan pun terl… Read More
  • CINTA DAN DARIHAL KEHIDUPAN Sumber : Google Wajah itu datang lagi, Dan cinta pun hadir bersemi, Tiap kali wajah itu muncul kembali, Tiap kali juga cinta itu tumbuh … Read More
  • JIKA KITA BERSATU PADU Sumber : Google Jika aku berbeza pendapat denganmu, Janganlah engkau berjauh hati, Jika aku berbeza politik denganmu, Janganlah kita saling … Read More

4 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.