Isnin, 24 Mac 2014

SUAMI, DEMOKRASI DAN PENGUNDI


    Tiba tiba sahaja pada pagi itu kawasan Pekan Wangi menjadi sibuk dengan kenderaan yang berpusu pusu untuk menuju ke destinasi masing masing atas pelbagai urusan. Ada yang mahu ke tempat kerja, ada yang mahu ke kolej dan universiti, ada yang mahu ke klinik dan tidak kurang juga ada yang mahu menghantar penumpang ke tempat yang diminta atas tugasnya sebagai seorang pemandu teksi.
     Pekan Wangi bukanlah sebuah bandar yang besar namun bandar itu yang lebih dikenali sebagai bandar pendidikan kerana begitu banyak universiti, kolej dan kolej universiti didirikan di situ. Tempat itu dikunjungi oleh mahasiswa dari seluruh negara untuk menimba ilmu di situ. Bandar itu juga merupakan bandar perindustrian kerana terdapat banyak kilang didirikan di kawasan itu sama ada dari dalam dan luar negara.
      Pagi yang datang seperti biasa itu tiba tiba dihambat keluarbiasaan kerana berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan itu yang sangat luar biasa sesaknya. Belum pernah lagi jalan jalan di kawasan Pekan Wangi itu mengalami kesesakan yang sebegitu rupa. Lebih parah lagi apabila pihak polis menutup beberapa buah jalan sehingga pengguna jalan raya terperangkap di dalam kesesakan itu hampir satu jam lamanya.
            Mereka tertanya tanya dan menjadi bingung mengapa perkara itu bisa berlaku? Sudah pasti ada perkara besar yang terjadi di kawasan itu sehingga jalan jalan di Pekan Wangi itu boleh sesak sebegitu rupa. Tambah menghairankan begitu banyak pihak polis yang berkeliaran di kawasan itu seperti lebah yang menjaga sarang. Rupa rupanya pada pagi itu hari penamaan calon untuk kawasan Kertas Kajang kerana pilihanraya kecil akan berlangsung di kawasan tersebut.
     Sepatutnya kawasan Kertas Kajang itu tidak perlu ada pilihanraya kecil kerana wakil rakyatnya bukan mati atau hilang kelayakkan sebagai seorang wakil rakyat tetapi wakil rakyat itu mahu memberi peluang kepada ketua partinya untuk bertanding di situ. Ketua Partinya itu dikatakan mahu menjadi Ketua Negeri Semput Air untuk menyingkirkan ketuanya sekarang yang dihinggapi begitu banyak masalah antaranya masalah air yang ‘semput’ di negeri itu.
      Oleh itu, sang Ketua Parti menyuruh wakil rakyat kawasan Kertas Kajang itu supaya meletak jawatan supaya dia boleh bertanding di kawasan itu seterusnya menjadi ketua Negeri Semput Air itu bagi menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam negeri itu.
     Jijah yang didalam perjalanan untuk ke tempat penamaan calon itu turut berada di dalam kesesakan di Pekan Wangi itu. Untung sahaja bukan dia yang memandu kereta kerana dia ada pemandu. Jika dia yang memandu kereta, sudah pasti kakinya bengkak kerana terlalu lama berada di dalam kereta itu. Di sebelahnya adalah sang Ketua Parti yang juga suaminya.
     Sepatutnya suaminya itulah yang akan bertanding di dalam pilihanraya kecil itu namun oleh kerana suaminya dihukum penjara selama lima tahun oleh mahkamah rayuan kerana meliwat pembantu peribadinya, maka suaminya telah hilang kelayakan untuk bertanding. Jijah memandang suaminya disebelah. Dia melihat suaminya mengukir sebuah senyuman yang paling manis buat Jijah.
     “Abang yakin Jijah boleh menang dalam pilihanraya ini. Kita akan berkempen habis habisan untuk menentang May Funny itu.” Kata sang Ketua Parti.   
      Jijah hanya diam seribu bahasa. Dia tidak membalas kata kata suaminya itu. Dia mengalihkan pandangannya di luar tingkap. Dia melihat barisan kereta yang terperangkap di dalam keseakan yang sangat dahsyat itu. Barisan kereta yang sekejap bergerak sekejap berhenti. Sama seperti barisan yang dihuni keretanya. Jijah sebenarnya tidaklah berada di dalam kegembiraan.
     Hatinya pilu dan hiba. Hati isteri mana yang tidak hiba apabila suaminya dituduh sebagai peliwat? Hati isteri mana yang tidak hiba apabila suaminya dihukum penjara buat kali kedua selama lima tahun? Hati isteri mana yang tidak sedih apabila orang menuduh suami yang dicintainya seorang homoseks? Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak perempuannya mahu bercerai setelah dikurniakan dua orang cahaya mata?
      Semua perkara itu menyesakkan otak dan pemikirannya. Sejak belakangan ini pelbagai masalah yang menimpa diri mereka sekeluarga. Lepas satu bencana datang lagi satu bencana campur malapetaka. Nasib mereka bagai jatuh ditimpa tangga dan sekarang dia perlu bertanding dalam pilihanraya kecil itu pula  atas arahan suaminya. Dia tidak tahu mengapa begitu banyak nasib malang yang menimpa diri mereka sekeluarga?
      Apakah dosa yang telah dia lakukan sehingga Allah menurunkan ujian yang begitu hebat kepada dirinya. Dulu hidupnya gembira ketika suaminya menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu. Mereka ada rumah besar, kereta mewah dan pakaian yang mahal. Kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Kenangan indah yang tidak mungkin dia akan kecapi lagi kecuali suaminya menjadi Perdana Menteri. Akan sampaikah cita cita besar suaminya itu? Dia tidak tahu. Hanya Allah yang Maha Tahu.
     Jijah telah sampai di tempat penamaan calon itu. Dia melihat begitu ramai penyokongnya sudah menunggu. Mereka bersorak dan menepuk tangan apabila melihat sahaja keretanya. Dia tersenyum bangga. Bukan mudah sebenanrnya untuk mendapat tepukan gemuruh seperti itu. Apabila dia turun sahaja dari kereta, dia terus mendapat tepukan dan sorakan sokongan dari penyokongnya. Tidak ketinggalan suaminya mendapat perkara yang sama.
     Dia terus ke tempat proses pendaftaran dan penamaan calon itu. Ternyata dalam pilihanraya kecil kali ini dia akan menentang seorang wanita hebat dari parti pemerintah bernama May Funny. Dia berazam untuk menentang wanita itu. Dia sangat berharap dia akan menang dalam pilihanraya kecil itu. Dia  yakin dia mampu menang dalam pilihanraya kecil itu.
       Ini berdasarkan beberapa faktor antaranya kelemahan yang ditonjolkan oleh parti pemerintah itu sendiri. Masalah kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang merupakan satu bonus untuknya bagi memenangi pilihanraya kecil itu. Namun dia  yakin, pihak pemerintah bukan bodoh atau tolol. Mereka pasti akan menyusun strategi untuk menang dalam pilihanraya kecil itu seterusnya menewaskan dirinya.
     Parti pemerintah pasti akan menggunakan masalah suaminya yang dituduh peliwat atau homoseks itu sebagai modal kempen.  Mereka juga akan menggerakkan semua jentera kerajaan untuk menang dalam pilihanraya itu.
     Selepas membuat pendaftaran dan diumumkan sebagai calon yang bertanding, May Funny dan Jijah lantas memulakan perang kempen untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Masing masing membuka keaiban diri masing masing tanpa rasa takut dan bersalah. Fitnah, umpat dan maki hamun dilemparkan kepada pihak lawan untuk menang dalam pilihanraya itu. Inilah pemikiran politik yang diasaskan oleh Machievali iaitu matlamat menghalalkan cara. Maksudnya menggunakan apa sahaja cara asalkan matlamat mereka tercapai walaupun melanggar etika, moral dan kadang kadang undang undang negara.
      Pada hari pengundian, semua penduduk Kertas Kajang keluar mengundi calon calon pilihan mereka. Tidak putus putus doa Jijah untuk menang dalam pilihan raya itu. Mana tahu, dengan kemenangan ini akan menjadi batu loncatan dirinya bagi menjadi Ketua Negeri Semput Air itu. Dapatlah rasanya dia duduk di kerusi empuk dengan memegang jawatan itu.
      Apabila keputusan diumumkan oleh Ahli Jawatankuasa Pilihan Raya kawasan Kertas Kajang, Jijah telah mendapat kemenangan yang agak besar. Bertempik soraklah suaminya yang dituduh sebagai gay itu atas kemenangan Jijah itu.
     May Funny yang tewas pula sekadar berpuas hati kerana dapat mengurangkan undi kaumnya dalam pilihanraya kecil itu. Dia juga berjaya mengurangkan majoriti pihak lawan.
      Jijah pulang pada malam itu ke rumah dengan menaiki kereta bersama suaminya itu tersenyum dengan gembira atas kemenangan itu namun jauh di sudut hatinya, bilakan suaminya akan berhenti dari buat perkara yang bukan bukan dan bilakah semua yang ditanggungnya ini akan berakhir? Dia berdoa agar ada sinar baharu untuk diri dan keluarganya pada esok hari.










0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.