Rabu, 26 Mac 2014

AKHIRNYA MH370 TELAH DIJUMPAI

      Sebenarnya saya mahu menulis artikel ini dalam 'Suara Ahad' di blog ini namun akibat tugas sebagai seorang pelajar tidak dapat ditinggalkan maka saya menulis sahaja rencana ini pada hari ini. Saya tidak mahu ketinggalan dalam membahaskan isu isu semasa yang berlaku di sekeliling saya. Sebagai seorang penulis, menjadi kewajipan saya untuk menyampaikan kebenaran walaupun dengan sepotong ayat sesuai dengan seruan Nabi Muhammad s.a.w.

     Penulisan novel saya sendiri turut tergendala berbulan lamanya akibat daripada peperiksaan akhir semester sudah bermula. Jadi saya perlu menghadkan masa saya menulis semata mata untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran yang menjadi kewajipan saya sebagai seorang pelajar. Namun bagitu, asakan naluri seorang penulis itu begitu menyentak nyentak hati saya. Seorang penulis akan sentiasa menulis. Jika tidak menulis rasa janggal dan dangkal kerap menghantui hidup saya. Rasa ada sesuatu yang hilang jika saya tidak memegang pena.

     Sebaik sahaja mendengar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai penemuan kapal terbang MH370 yang dikatakan kali terakhir dijumpai di Lautan Hindi, begitu menggemparkan rakyat Malaysia dan seluruh penduduk dunia. Kehilangan pesawat selama tujuh belas hari itu akhirnya terbongkar apabila satelit Peranchis berjaya mengesan rangka kapal itu yang berada di Lautan Hindi - antara lautan yang kurang dilalui oleh manusia.
 Walaubagaimanapun, kita bersyukur kerana pesawat itu telah dijumpai tetapi pada masa yang sama kita juga turut sedih atas berita yang menyayat hati itu. Kita sentiasa berdoa dan berharap agar penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat itu agar sentiasa berada dalam keadaan selamat. Namun, tidak ada apa yang boleh dilakukan. Kuasa Allah mengatasi segala galanya. Tentu ada hikmah disebalik semua ini.

     Justeru itu, tumpuan seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia sendiri adalah untuk mencari bukti sahih benarkah kapal yang tenggelam itu adalah kapal MH370? Sudah menjadi kewajipan pihak berkuasa kerajaan Malaysia untuk menyiasat perkara ini. Bukan itu sahaja, ada seribu satu macam persoalan dan misteri yang perlu dirungkai atas kehilangan pesawat ini dan ini hanya dapat dilakukan jika kita berjaya menjumpai kotak hitam itu.

     Namun, saya yakin untuk mencari kotak hitam itu bukanlah semudah dan sesingkat yang kita fikirkan. Sudah tentu pencarian kotak hitam itu mengambil masa yang lama dan perlu menempuh pengalaman yang sukat. Tambahan pula, pesawat itu dikatakan terjatuh di kawasan Lautan Hindi yang merupakan antara lautan yang paling dalam didunia. Tidak ada kapal yang berani untuk lalu di situ kerana kawasan itu sentiasa mengalami cuaca yang buruk dan selalu bergelombang.

     Sebagai orang Islam, sama samalah kita berdoa semoga pencarian kotak hitam itu dipermudahkan. Ini semua harus dilakukan demi untuk merungkai misteri kehilangan pesawat itu selama 14 hari yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia dan seluruh penduduk dunia berasa resah dan gelisah untuk mencari jawapan disebalik misteri terhempasnya kapal terbang itu.

     Menurut Yahaya Ismail, seorang penulis buku politik telah menulis di dalam Facebook miliknya, ada beberapa persoalan yang perlu dicari jawapan dengan segera untuk merungkai misteri yang telah menyelubungi negara kita. Antara persoalannya adalah :

1. Mengapa  pihak imegresen tahu dua orang penumpang dalam pesawat itu memakai pasport palsu tetapi pihak imegresen melepaskan mereka untuk menaiki pesawat MH370 itu?

2.  Mengapa MH370 berpusing balik dan akhirnya terhempas di Lautan Hindi?

3. Jika ada kecemasan atau masalah kepada pesawat, mengapa juruterbang itu tidak memberi isyarat kecemasan untuk meminta bantuan?

4. Mengapa transponder ditutup hingga tidak dapat menerima maklumat dari menara kawalan dari berbagai negara jiran?

5. Mengapa pesawat itu berpatah balik tetapi tidak mendarat di KLIA?

6. Mengapa pesawat itu menuju ke Lautan Hindi yang lautnya antara terdalam di dunia?

      Inilah mengapa pihak kerajaan perlu segera menemui kotak hitam. Hanya kotak hitam itu sahaja yang mampu memberi jawapan yang munasabah dan betul untuk merungkai misteri dan teka teki ini.

     Ada pendapat mengatakan bahawa pesawat ini telah dirampas oleh pihak Amerika Syarikat. Ini adalah apa yang dikatakan oleh perisik Russia. Saya tidak mahu untuk membicarakan soal ini dengan lebih lanjut kerana ini hanya khabar khabar angin sahaja. Namun begitu, kemungkinan ini tidak dapat ditolak. Jika Amerika Syarikat dan sekutu jahatnya - Israel boleh membunuh rakyatnya sendiri dalam tragedi 9/11, tidak mustahil perkara yang sama juga boleh mereka lakukan kepada pesawat MH370 ini.

     Anda boleh membaca mengenai perkara ini yang banyak disiarkan di beberapa buah blog di negara kita. Saya yakin anda akan mendapat pencerahan mengenai isu Amerika merampas pesawat MH370 itu dan membunuh semua penumpang serta anak kapalnya. Amerika Syarikat sebenarnya sangat memusuhi Malaysia. Ini disebabkan oleh keberanian yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir dahulu kepada mereka di samping Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang kuat dan makmur.

     Mereka benci melihat sebuah negara Islam seperti negara kita ini boleh berada dalam keadaan aman seperti sekarang. Mereka akan menggunakan segala cara untuk memusnahkan negara kita ini seperti mana yang telah mereka lakukan kepada Iraq, Afghanistan, dan banyak lagi negara negara Islam.

     Kita jangan sesekali percaya atau terpedaya dengan lakonan dan topeng Amerika dan Yahudi laknatullah ini. Kita sepatutnya berdoa agar kita sentiasa bebas daripada dibelengu oleh mereka. Kita perlu berdoa agar negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman seperti mana yang telah kita kecapi hari ini.

     Ingatlah! Amerika dan Yahudi tidak pernah sukakan kita walaupun sekali bahkan sedikit. Mereka akan mencari cara untuk menjahanamkan negara kita ini. Jika kita lalai dan leka, sudah pasti jarum jarum dan tangan tangan ghaib mereka akan berjaya untuk merosakkan negara yang kita sayangi ini.

     Marilah bersama sama kita berdoa agar segala rahsia dan misteri di atas kehilangan pesawat MH370 ini akan terbongkar. Ingatlah! hanya Allah Yang Maha Mengetahui tiap tiap sesuatu. Tiada apa yang dapat terlepas dari kekuasaannya termasuk Amerika yang angkuh dan Yahudi yang sombong itu.

      Marilah kita menadah tangan untuk sama sama berdoa agar pesawat yang tenggelam di lautan Hindi itu akan segera ditemui. Bukan itu sahaja, kotak hitam yang menyimpan seribu jawapan dalam teka teki ini juga akan segera ditemui.

    Tidak dilupakan, marilah sama sama kita menghadiahkan surah Al Fatihah kepada semua penumpang dan anak kapal termasuk juruterbang dan pemandu juruterbang yang beragama Islam itu. Moga moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah....


# Jika anda mahu membaca artikel berkaitan dengan kenyataan Rusia itu anda boleh klik laman web ini 

http://master-copylekat.blogspot.com/2014/03/infosemasarussia-dakwa-mh370-dirampas.html

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.