Apabila pihak SPR mengumumkan kemenangan calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di dalam pilihanraya kecil DUN Kajang, saya sudah tersenyum lebar. Ini bukan kerana saya gembira atas kemenangan itu sebaliknya tekaan saya sebelum ini sudah menjadi kenyataan bahawa isteri Ketua Pembangkang itu akan menjadi ADUN Kajang.
Kemenangan itu pada hemat saya mungkin kerana undi simpati yang diberikan oleh penduduk Kajang kepada beliau terutama pengundi Cina akibat masalah yang dihadapi oleh suami beliau. Saya tidak fikir faktor calon yang menjadi taruhan utama untuk kemenangan Wan Azizah itu. Wan Azizah adalah seorang doktor. Beliau bukan seorang ahli politik. Beliau langsung tidak kelihatan seperti seorang ahli politik. Beliau berpolitik atas desakan penyokong PKR sewaktu Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA dahulu.
Tambahan pula, pelbagai masalah yang dihadapi oleh Barisan Nasional (BN) untuk menang dalam pilihanraya itu antaranya adalah isu kenaikan harga minyak, isu kenaikan tarif elektrik, isu GST, isu rasuah dan seribu satu macam itu yang menjadi batu penghalang besar buat BN untuk merampas kerusi itu dari tangan PKR.
Kes liwat yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim sehingga beliau mungkin boleh terheret sekali lagi ke penjara juga merupakan satu faktor penting kemenangan Wan Azizah itu. Ramai rakyat Kajang yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Anwar itu sehingga mereka sanggup 'menderma' undi bagi memenangkan Wan Azizah di DUN itu.
Walau apa pun, undi masyarakat Cina merupakan faktor utama kepada kemenangan Wan Azizah itu. Chew Mei Fun gagal untuk memikat hati pengundi Cina untuk menyokong beliau. Masyarakat Cina yang sememangnya penyokong tegar kepada parti DAP, sanggup memberi undi kepada Wan Azizah itu. Ini disebabkan oleh DAP berada dalam Pakatan Rakyat yang dihuni bersama oleh PAS dan PKR.
Masyarakat Cina yang sememangnya sudah muak campur jelak dengan kepimpinan UMNO dan Melayu ini berusaha kerasa untuk memastikan bahawa suatu hari nanti mereka akan dapat memerintah bumi Malaysia ini. Ini dapat dilakukan dengan cara mengundi DAP yang berada dalam Pakatan Rakyat itu. Mereka mengundi PKR samalah seperti mereka mengundi DAP memandangkan PKR dan DAP adalah seiring dan sejalan buat masa ini.
Kemenangan Pakatan Rakyat sama ada di peringkat parlimen atau di peringkat negeri, itu bukan menjadi soal. Asalkan orang Cina atau orang yang sanggup memberi apa sahaja yang Cina minta akan menjadi satu calon yang amat disukai oleh orang orang Cina. Inilah kilat dan kilau politik masyarakat Cina yang ramai orang tidak tahu atau mungkin tahu tetapi buat buat tidak tahu demi menjaga kepentingan politik masing masing.
Apa pun tahniah kepada Wan Azizah kerana memenangi pilihanraya kecil DUN Kajang itu. Moga moga beliau mampu menjadi seorang wakil rakyat yang baik di kawasan itu. Tunaikanlah segala janji janji manis yang telah ditabur kepada penduduk Kajang dan janganlah meletak jawatan lagi seperti yang pernah beliau lakukan di Parlimen Permatang Pauh semata mata untuk memberi laluan suaminya bertanding.

0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.