Sebenarnya saya mahu menulis artikel ini dalam 'Suara Ahad' di
blog ini namun akibat tugas sebagai seorang pelajar tidak dapat
ditinggalkan maka saya menulis sahaja rencana ini pada hari ini. Saya
tidak mahu ketinggalan dalam membahaskan isu isu semasa yang berlaku di
sekeliling saya. Sebagai seorang penulis, menjadi kewajipan saya untuk
menyampaikan kebenaran walaupun dengan sepotong ayat sesuai dengan
seruan Nabi Muhammad s.a.w.
Penulisan novel saya
sendiri turut tergendala berbulan lamanya akibat daripada peperiksaan
akhir semester sudah bermula. Jadi saya perlu menghadkan masa saya
menulis semata mata untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran
yang menjadi kewajipan saya sebagai seorang pelajar. Namun bagitu,
asakan naluri seorang penulis itu begitu menyentak nyentak hati saya.
Seorang penulis akan sentiasa menulis. Jika tidak menulis rasa janggal
dan dangkal kerap menghantui hidup saya. Rasa ada sesuatu yang hilang
jika saya tidak memegang pena.
Sebaik sahaja
mendengar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
mengenai penemuan kapal terbang MH370 yang dikatakan kali terakhir
dijumpai di Lautan Hindi, begitu menggemparkan rakyat Malaysia dan
seluruh penduduk dunia. Kehilangan pesawat selama tujuh belas hari itu
akhirnya terbongkar apabila satelit Peranchis berjaya mengesan rangka
kapal itu yang berada di Lautan Hindi - antara lautan yang kurang
dilalui oleh manusia.
Walaubagaimanapun, kita
bersyukur kerana pesawat itu telah dijumpai tetapi pada masa yang sama
kita juga turut sedih atas berita yang menyayat hati itu. Kita sentiasa
berdoa dan berharap agar penumpang dan anak kapal yang berada di dalam
pesawat itu agar sentiasa berada dalam keadaan selamat. Namun, tidak ada
apa yang boleh dilakukan. Kuasa Allah mengatasi segala galanya. Tentu
ada hikmah disebalik semua ini.
Justeru itu,
tumpuan seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia sendiri adalah untuk
mencari bukti sahih benarkah kapal yang tenggelam itu adalah kapal
MH370? Sudah menjadi kewajipan pihak berkuasa kerajaan Malaysia untuk
menyiasat perkara ini. Bukan itu sahaja, ada seribu satu macam persoalan
dan misteri yang perlu dirungkai atas kehilangan pesawat ini dan ini
hanya dapat dilakukan jika kita berjaya menjumpai kotak hitam itu.
Namun, saya yakin untuk mencari kotak hitam itu bukanlah semudah dan
sesingkat yang kita fikirkan. Sudah tentu pencarian kotak hitam itu
mengambil masa yang lama dan perlu menempuh pengalaman yang sukat.
Tambahan pula, pesawat itu dikatakan terjatuh di kawasan Lautan Hindi
yang merupakan antara lautan yang paling dalam didunia. Tidak ada kapal
yang berani untuk lalu di situ kerana kawasan itu sentiasa mengalami
cuaca yang buruk dan selalu bergelombang.
Sebagai
orang Islam, sama samalah kita berdoa semoga pencarian kotak hitam itu
dipermudahkan. Ini semua harus dilakukan demi untuk merungkai misteri
kehilangan pesawat itu selama 14 hari yang membuatkan seluruh rakyat
Malaysia dan seluruh penduduk dunia berasa resah dan gelisah untuk
mencari jawapan disebalik misteri terhempasnya kapal terbang itu.
Menurut Yahaya Ismail, seorang penulis buku politik telah menulis di
dalam Facebook miliknya, ada beberapa persoalan yang perlu dicari
jawapan dengan segera untuk merungkai misteri yang telah menyelubungi
negara kita. Antara persoalannya adalah :
1. Mengapa
pihak imegresen tahu dua orang penumpang dalam pesawat itu memakai
pasport palsu tetapi pihak imegresen melepaskan mereka untuk menaiki
pesawat MH370 itu?
2. Mengapa MH370 berpusing balik dan akhirnya terhempas di Lautan Hindi?
3.
Jika ada kecemasan atau masalah kepada pesawat, mengapa juruterbang itu
tidak memberi isyarat kecemasan untuk meminta bantuan?
4. Mengapa transponder ditutup hingga tidak dapat menerima maklumat dari menara kawalan dari berbagai negara jiran?
5. Mengapa pesawat itu berpatah balik tetapi tidak mendarat di KLIA?
6. Mengapa pesawat itu menuju ke Lautan Hindi yang lautnya antara terdalam di dunia?
Inilah mengapa pihak kerajaan perlu segera menemui kotak hitam. Hanya
kotak hitam itu sahaja yang mampu memberi jawapan yang munasabah dan
betul untuk merungkai misteri dan teka teki ini.
Ada pendapat mengatakan bahawa pesawat ini telah dirampas oleh pihak
Amerika Syarikat. Ini adalah apa yang dikatakan oleh perisik Russia.
Saya tidak mahu untuk membicarakan soal ini dengan lebih lanjut kerana
ini hanya khabar khabar angin sahaja. Namun begitu, kemungkinan ini
tidak dapat ditolak. Jika Amerika Syarikat dan sekutu jahatnya - Israel
boleh membunuh rakyatnya sendiri dalam tragedi 9/11, tidak mustahil
perkara yang sama juga boleh mereka lakukan kepada pesawat MH370 ini.
Anda boleh membaca mengenai perkara ini yang banyak disiarkan di
beberapa buah blog di negara kita. Saya yakin anda akan mendapat
pencerahan mengenai isu Amerika merampas pesawat MH370 itu dan membunuh
semua penumpang serta anak kapalnya. Amerika Syarikat sebenarnya sangat
memusuhi Malaysia. Ini disebabkan oleh keberanian yang ditunjukkan oleh
Tun Dr. Mahathir dahulu kepada mereka di samping Malaysia merupakan
sebuah negara Islam yang kuat dan makmur.
Mereka
benci melihat sebuah negara Islam seperti negara kita ini boleh berada
dalam keadaan aman seperti sekarang. Mereka akan menggunakan segala cara
untuk memusnahkan negara kita ini seperti mana yang telah mereka
lakukan kepada Iraq, Afghanistan, dan banyak lagi negara negara Islam.
Kita jangan sesekali percaya atau terpedaya dengan lakonan dan topeng
Amerika dan Yahudi laknatullah ini. Kita sepatutnya berdoa agar kita
sentiasa bebas daripada dibelengu oleh mereka. Kita perlu berdoa agar
negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman seperti mana yang telah
kita kecapi hari ini.
Ingatlah! Amerika dan Yahudi
tidak pernah sukakan kita walaupun sekali bahkan sedikit. Mereka akan
mencari cara untuk menjahanamkan negara kita ini. Jika kita lalai dan
leka, sudah pasti jarum jarum dan tangan tangan ghaib mereka akan
berjaya untuk merosakkan negara yang kita sayangi ini.
Marilah bersama sama kita berdoa agar segala rahsia dan misteri di atas
kehilangan pesawat MH370 ini akan terbongkar. Ingatlah! hanya Allah
Yang Maha Mengetahui tiap tiap sesuatu. Tiada apa yang dapat terlepas
dari kekuasaannya termasuk Amerika yang angkuh dan Yahudi yang sombong
itu.
Marilah kita menadah tangan untuk sama sama
berdoa agar pesawat yang tenggelam di lautan Hindi itu akan segera
ditemui. Bukan itu sahaja, kotak hitam yang menyimpan seribu jawapan
dalam teka teki ini juga akan segera ditemui.
Tidak
dilupakan, marilah sama sama kita menghadiahkan surah Al Fatihah kepada
semua penumpang dan anak kapal termasuk juruterbang dan pemandu
juruterbang yang beragama Islam itu. Moga moga roh mereka dicucuri
rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah....
# Jika anda mahu membaca artikel berkaitan dengan kenyataan Rusia itu anda boleh klik laman web ini
http://master-copylekat.blogspot.com/2014/03/infosemasarussia-dakwa-mh370-dirampas.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.