Sumber : Google |
Novel ini adalah sebuah novel lama. Sudah agak lama juga saya
mencarinya. Bapa saya ada menceritakan bahawa novel amat sedih apabila dibaca.
Ramai orang menangis gara-gara membacanya. Atas sebab itulah saya tertarik
untuk membacanya.
Saya menemui novel ini ketika saya sedang mencari buku di
perpustakaan universiti saya. Saya bersyukur kerana saya menemui novel ini di
sana.
Saya tidaklah menangis tatkala membaca novel ini. Cuma perasaan
sedih itu memang tidak dapat dinafi. Hal ini kerana, bukan sahaja novel imi memaparkan
kisah cinta yang tidak kesampaian, malah watak-watak utamanya juga yang menemui
kematian.
Novel ini menarik bagi saya kerana bahasa yang digunakan oleh
penulis amat indah dan puitis. Jarang saya membaca sebuah novel yang bahasanya
begitu indah dan puitis. Penulis seperti Aziz Afkar ini ialah penulis yang jarang-jarang
ditemui. Allahyarham adalah umpama sebatang jarum yang jatuh ke dalam timbunan
jerami.
Bahasa yang indah dan puitis itu dapat dilihat dengan ketara
dari sudut surat-surat yang dihantar antara watak-wataknya (misalnya surat Amli
kepada Hartini). Sungguhpun bahasa yang digunakan dalam surat itu adalah bahasa
yang biasa, namun cara penulis menulis surat itu sangat indah bahasanya.
Tema yang dibawa oleh novel ini memang agak biasa ditemui
yakni kisah cinta terhalang antara seorang pemuda miskin yang tidak berpelajaran
bernama Amli dengan seorang gadis yang bergelar guru (sudah tentu berpelajaran)
bernama Hartini.
Meskipun tema yang diketengahkan oleh penulis itu ialah tema yang
biasa ditemui, namun cara penulis menggarap novel ini amat berbeza sama sekali.
Meskipun Amli itu tidak berharta, namun Hartini tidaklah memandang hina
kepadanya. Sebaliknya Hartini terus membantu Amli untuk menjadi seorang penulis
yang berjaya. Dan ternyata dengan bantuan yang dihulurkan oleh Hartini itu
telah membuatkan Amli dapat menjadi seorang penulis yang terkemuka.
Amli itu seorang yang miskin tetapi berbakat sebagai penulis.
Dengan bantuan Hartini, Amli berjaya menjadi seorang penulis. Kisah Amli
sebagai penulis amatlah menarik minat saya untuk terus menhadam novel ini. Hal ini
kerana, kerjaya sebagai seorang penulis itu amat subur dalam jiwa saya sejak
dahulu lagi.
Meskipun novel ini menarik, namun jalan cerita novel ini
bergerak dengan amat perlahan. Saya terpaksa beberapa kali menangguhkan
pembacaan. Oleh sebab itulah untuk terus menghadam novel ini pembaca perlu
mempunyai kesabaran. Hal ini kerana, pembaca akan mudah berasa bosan.
Watak Amli ialah watak tipikal orang miskin dalam novel-novel
Melayu. Beliau digambarkan sebagai seorang yang amat merendah diri, suka
memperlihatkan dirinya sebagai manusia hina dihadapan orang lain dan seorang
yang amat pemalu.
Watak Hartini pula ialah watak tipikal wanita dalam
novel-novel Melayu. Hartini digambarkan sebagai seorang perempuan yang manja,
lemah, mudah menangis, selalu berserah pada nasib dan pemalu.
Masalah dalam kisah cinta antara Amli dan Hartini ini ialah
komunikasi dan keberanian. Jika mereka berdua atau salah seorang daripada
mereka berani untuk meluahkan perasaan, pasti mereka tidak akan mengalami
penderitaan. Barangkali juga Amli dan Hartini boleh hidup dalam kebahagiaan.
Oleh kerana mereka tidak mempunyai keberanian untuk
berkomunikasi, Amli bersetuju untuk bertunang dengan Azimah (kawan Hartini) meskipun
tiada perasaan cinta di hatinya. Amli memilih Azimah kerana berasa kasihan
memandangkan Azimah begitu bersungguh untuk mendapatkan dirinya.
Hartini pula, oleh kerana berasa sedih dengan pertunangan
Azimah dan Amli, terus berada dalam keadaan kecewa dan makan hati. Akhirnya dia
jatuh sakit sehingga mati. Amli sendiri pun akhirnya mati kerana sudah tiada
lagi Hartini di sisi.
Novel ini menjadi pengajaran, seandainya kita mencintai
seseorang, kita meski mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaan. Kita mesti
berani untuk menyatakan (baca : berkomunikasi) cinta kita kepada orang yang
kita cintai. Jika kita tidak berani berkomunikasi, kita sendiri yang akan makan
hati.
Aziz Afkar sebagai penulis amat bijak memainkan emosi pembaca
melalui novel ini. Perasaan sedih itu pasti menjalar dalam diri pembaca seusai
membaca novel ini.
Meskipun novel ini adalah sebuah novel yang bermutu tinggi,
tetapi novel ini bukanlah novel yang saya gemari. Novel sebegini tidak berjaya
membuat saya untuk mengulang bacanya berkali-kali.
Saya dapat bayangkan cerita novel ni melalui topik blog ni je. Watak-watak utama mati? Sedih.
BalasPadamNovel ini yang mencetuskan pertikaian mahkamah antara penerbit dan penulis...masa tu penulis tidak menyedari dia di bayar lump sump oleh penerbit..maafkan saya kalau tersilap
BalasPadamYe. Saya juga ada mendengar isu itu
PadamSaya membaca novel ini ketika di bangku sekolah 1996-1998.
BalasPadamMasih teringat kenangan...
ad xsape2 yg nk jual novel ni??sy nak
BalasPadamSaya pong nak jugak...
PadamSya pong nak jugak...
PadamSaya baca novel ni 20 tahun yang lalu...novel no 1 dalam hati saya sampai sekarang. Tak dapat nak kongsi pengalaman nie dengan anak2 sebab novel ni susah nak dapat sekarang.
BalasPadamBoleh Tak saya nak beli buku Ni dah lama saya mencari
BalasPadamSaya pernah ada novelnya.. Berapa kali ulanh pembacaanya. Setiap kali membacanya tidak pernah jemu.. Bahasa yg digunakan.. Jalan cerita yg digarap dengan sempurna.. Memang patut buku yg bertajuk HARTINI karya AZIZ AFKAR saya katakan sebuah buku yg berkauliti jalan ceritanya.. Tapi malam rezeki saya tak dapat memiliki buku ni utk di simpan sebagai koleksi saya.. Banjir 2014.. Memusnahkan segalanya. Sekarang ingin mencari kembali buku tersebut.. Tapi apakan daya..
BalasPadamTahun 1987 or 1988 saya baca novel ni berulang ulang...saya dapat tau yg si pengarangnya Aziz Afkar juga berkahwin dgn salah seorg peminat novel ini hingga ke akhir hayatnya. Pernah dijadikan filem utk hari raya lakonan Erma Fatima ...entah tahun bila saya lupa. Selepas baca novel ini barulah saya berminat terhadap novel2 lain seperti Saga,Hujan Pagi,Beruk....dsbnya.
BalasPadam