Sumber : Google |
Perkataan yang paling ditakuti oleh banyak pihak pada masa
kini ialah perkataan ‘Melayu’. Apabila disebut sahaja perkataan ‘Melayu’, akan
ramailah orang akan berada dalam keadaan tidak menentu. Saya tidak hairan
dengan ultrakiasu yang takut dengan perkataan ‘Melayu’. Namun, saya hairan
dengan manusia Melayu yang takut dengan perkataan ‘Melayu’.
Oleh sebab itulah, pada masa kini, segala perkataan yang
berunsur ‘Melayu’ itu tidak boleh disebut-sebut lagi. Sesiapa yang menyebut
perkataan ‘Melayu’ seperti kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu,
bangsa Melayu, Tanah Melayu, dan Raja-Raja Melayu akan dicemuh sebagai rasis
dengan begitu galak sekali.
Semua perkataan yang mempunyai unsur-unsur ‘Melayu’ sekarang ini
akan mengalami dua kemungkinan. Sama ada akan diminta tukar menjadi Malaysia
atau paling kejam sekali, dihapuskan!
Oleh yang demikian, bertukarlah Tanah Melayu menjadi Malaysia
dan bahasa Melayu pun bertukarlah menjadi bahasa Malaysia. Kedudukan istimewa
orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, oleh kerana mempunyai perkataan ‘Melayu’, diminta
hapus oleh Melayu apologetik dan ultrakiasu.
Apabila bercakap soal bahasa, ramai sekarang ini berada dalam
keadaan keliru sebenarnya. Mana satu yang betul agaknya? Bahasa Melayu atau
Bahasa Malaysia?
Dalam Perlembagaan negara, merujuk kepada Perkara 152, yang
disebut ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi Malaysia. Jadi,
bahasa Melayu ialah istilah yang paling tepat berbanding istilah bahasa
Malaysia.
Oleh sebab kerajaan lama mahu bahasa Melayu itu digunakan
oleh semua kaum di dalam negara, jadi ditukarkan bahasa Melayu tu menjadi
bahasa Malaysia. Apa yang kerajaan lama lakukan itu adalah mengikut cara
kerajaan Indonesia.
Negara Indonesia itu mempunyai pelbagai etnik di dalamnya
antaranya Jawa, Batak, Minangkabau, Mendeleng, Bugis, Melayu dan sebagainya.
Sebenarnya bahasa Indonesia itu pun bahasa Melayu. Namun,
oleh kerana etnik Melayu (terutama di Pulau Bentan dan Riau) hanya minoriti di Indonesia, jadi kerajaan
Indonesia tukarkan istilah bahasa Melayu itu menjadi istilah bahasa Indonesia.
Hal ini supaya, orang Jawa, Batak, Minang, Bugis, Mendeleng dan sebagainya itu mahu
bertutur dalam bahasa Indonesia. Jika kerajaan Indonesia mengekalkan istilah
bahasa kebangsaan Indonesia sebagai bahasa Melayu, jadi etnik-etnik lain pasti
tidak mahu bertutur dalam bahasa itu (oleh kerana mereka majoriti). Maka,
sukarlah Indonesia membentuk perpaduan dalam kalangan rakyatnya. Perpaduan
hanya akan dapat dicapai jika semua rakyatnya bertutur dalam bahasa yang sama.
Tidak ada bahasa di dunia ini dinamakan sempena nama negara.
Semua bahasa di dunia dinamakan sempena nama bangsa. Hanya Indonesia dan
Malaysia yang cuba menamakan nama bahasa sempena nama negara.
Jika ditanya kepada orang Amerika, bahasa apa yang mereka
guna, mereka tidak akan kata yang mereka menggunakan bahasa Amerika. Seperti
juga ditanya kepada orang Australia. Mereka tidak akan kata mereka menggunakan
bahasa Australia. Mereka pasti akan berkata yang mereka menggunakan bahasa
Inggeris (English). Bahasa Inggeris (English) itu ialah bahasa orang-orang English
(England). Hal ini kerana bahasa dinamakan sempena nama bangsa bukan nama
negara. Jadi lebih betullah bahasa Melayu berbanding bahasa Malaysia.
Memanglah kerajaan lama dahulu menukarkan istilah bahasa
Melayu kepada bahasa Malaysia kerana mahu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum boleh bertutur dalam bahasa yang sama (bahasa Melayu). Namun, usaha kerajaan
lama itu sia- sia belaka. Ramai ultrakiasu yang lahir dan membesar di sini
masih juga tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih. Ironinya, orang
Bangladesh yang baru tiga bulan datang ke Malaysia boleh pula bertutur dalam
bahasa Melayu dengan fasih.
Perpaduan kaum hanya boleh dicapai jika semua rakyatnya tanpa
mengira kaum bertutur dalam satu bahasa yang sama dengan sefasihnya. Dan perkara
ini hanya akan berjalan jika kita berada dalam satu aliran pendidikan yang sama
(sekolah kebangsaan). Itulah yang dilakukan di Thailand, Filipina, Indonesia
bahkan di Amerika. Ramai orang Cina yang tinggal di sana fasih bertutur bahasa
kebangsaan di negara tempat mereka berada. Mengapa? Hal ini kerana, kerajaan mereka
selalu ‘bertegas’ dengan dasar bahawa rakyatnya mesti bertutur dalam satu
bahasa yang sama. Dan sistem persekolahan pun hanya satu jenis sahaja yang
diterima. Sekolah vernakular memang sukar wujud di sana. Jika wujud pun, tidak
akan dibiayi oleh kerajaan mereka.
Kerajaan kita sama ada yang lama mahupun yang baru tidak
bertegas dalam soal bahasa. Oleh sebab itulah perpaduan kaum amat sukar
diwujudkan di dalam negara. Ultrakiasu sering mendesak supaya kaum dihapuskan
dan dikenali sebagai bangsa Malaysia. Ironinya, mereka sendiri gagal bertutur
dalam bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan negara Malaysia.
Tentulah Bahasa Melayu sebab bahasa ini dipertuturkan di banyak negara.
BalasPadamHapuskan kata Cina pada sekolah jenis kebangsaan Cina. Sebut dan tulis SJK sahaja. Begitu juga dengan SJK Tamil.
BalasPadamKalau nak banding Bahasa Malay zaman dulu dengan zaman modern..Banyak perkataan² telah pun ditukar oleh Dewan Bahasa dan pustaka.Bahasa Malaysia zaman modern lebih kepada petikan² perkataan²inggeris (English).Dengan menambah perkatan "si" dihujung perkataan² yang dipetik daripada bahasa inggeris (English).Lebih baik disebut sebagai Bahasa kebangsaan.Titik Tamat.
BalasPadam