Isnin, 18 Jun 2018

ULAS NOVEL : HARTINI KARYA AZIZ AFKAR

Image result for hartini novel
Sumber : Google


Novel ini adalah sebuah novel lama. Sudah agak lama juga saya mencarinya. Bapa saya ada menceritakan bahawa novel amat sedih apabila dibaca. Ramai orang menangis gara-gara membacanya. Atas sebab itulah saya tertarik untuk membacanya.

Saya menemui novel ini ketika saya sedang mencari buku di perpustakaan universiti saya. Saya bersyukur kerana saya menemui novel ini di sana.

Saya tidaklah menangis tatkala membaca novel ini. Cuma perasaan sedih itu memang tidak dapat dinafi. Hal ini kerana, bukan sahaja novel imi memaparkan kisah cinta yang tidak kesampaian, malah watak-watak utamanya juga yang menemui kematian.

Novel ini menarik bagi saya kerana bahasa yang digunakan oleh penulis amat indah dan puitis. Jarang saya membaca sebuah novel yang bahasanya begitu indah dan puitis. Penulis seperti Aziz Afkar ini ialah penulis yang jarang-jarang ditemui. Allahyarham adalah umpama sebatang jarum yang jatuh ke dalam timbunan jerami.  

Bahasa yang indah dan puitis itu dapat dilihat dengan ketara dari sudut surat-surat yang dihantar antara watak-wataknya (misalnya surat Amli kepada Hartini). Sungguhpun bahasa yang digunakan dalam surat itu adalah bahasa yang biasa, namun cara penulis menulis surat itu sangat indah bahasanya.

Tema yang dibawa oleh novel ini memang agak biasa ditemui yakni kisah cinta terhalang antara seorang pemuda miskin yang tidak berpelajaran bernama Amli dengan seorang gadis yang bergelar guru (sudah tentu berpelajaran) bernama Hartini.

Meskipun tema yang diketengahkan oleh penulis itu ialah tema yang biasa ditemui, namun cara penulis menggarap novel ini amat berbeza sama sekali. Meskipun Amli itu tidak berharta, namun Hartini tidaklah memandang hina kepadanya. Sebaliknya Hartini terus membantu Amli untuk menjadi seorang penulis yang berjaya. Dan ternyata dengan bantuan yang dihulurkan oleh Hartini itu telah membuatkan Amli dapat menjadi seorang penulis yang terkemuka.

Amli itu seorang yang miskin tetapi berbakat sebagai penulis. Dengan bantuan Hartini, Amli berjaya menjadi seorang penulis. Kisah Amli sebagai penulis amatlah menarik minat saya untuk terus menhadam novel ini. Hal ini kerana, kerjaya sebagai seorang penulis itu amat subur dalam jiwa saya sejak dahulu lagi.

Meskipun novel ini menarik, namun jalan cerita novel ini bergerak dengan amat perlahan. Saya terpaksa beberapa kali menangguhkan pembacaan. Oleh sebab itulah untuk terus menghadam novel ini pembaca perlu mempunyai kesabaran. Hal ini kerana, pembaca akan mudah berasa bosan.  

Watak Amli ialah watak tipikal orang miskin dalam novel-novel Melayu. Beliau digambarkan sebagai seorang yang amat merendah diri, suka memperlihatkan dirinya sebagai manusia hina dihadapan orang lain dan seorang yang amat pemalu.

Watak Hartini pula ialah watak tipikal wanita dalam novel-novel Melayu. Hartini digambarkan sebagai seorang perempuan yang manja, lemah, mudah menangis, selalu berserah pada nasib dan pemalu.

Masalah dalam kisah cinta antara Amli dan Hartini ini ialah komunikasi dan keberanian. Jika mereka berdua atau salah seorang daripada mereka berani untuk meluahkan perasaan, pasti mereka tidak akan mengalami penderitaan. Barangkali juga Amli dan Hartini boleh hidup dalam kebahagiaan.

Oleh kerana mereka tidak mempunyai keberanian untuk berkomunikasi, Amli bersetuju untuk bertunang dengan Azimah (kawan Hartini) meskipun tiada perasaan cinta di hatinya. Amli memilih Azimah kerana berasa kasihan memandangkan Azimah begitu bersungguh untuk mendapatkan dirinya.

Hartini pula, oleh kerana berasa sedih dengan pertunangan Azimah dan Amli, terus berada dalam keadaan kecewa dan makan hati. Akhirnya dia jatuh sakit sehingga mati. Amli sendiri pun akhirnya mati kerana sudah tiada lagi Hartini di sisi.   

Novel ini menjadi pengajaran, seandainya kita mencintai seseorang, kita meski mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaan. Kita mesti berani untuk menyatakan (baca : berkomunikasi) cinta kita kepada orang yang kita cintai. Jika kita tidak berani berkomunikasi, kita sendiri yang akan makan hati.

Aziz Afkar sebagai penulis amat bijak memainkan emosi pembaca melalui novel ini. Perasaan sedih itu pasti menjalar dalam diri pembaca seusai membaca novel ini.

Meskipun novel ini adalah sebuah novel yang bermutu tinggi, tetapi novel ini bukanlah novel yang saya gemari. Novel sebegini tidak berjaya membuat saya untuk mengulang bacanya berkali-kali.   

11 ulasan:

  1. Saya dapat bayangkan cerita novel ni melalui topik blog ni je. Watak-watak utama mati? Sedih.

    BalasPadam
  2. Novel ini yang mencetuskan pertikaian mahkamah antara penerbit dan penulis...masa tu penulis tidak menyedari dia di bayar lump sump oleh penerbit..maafkan saya kalau tersilap

    BalasPadam
  3. Saya membaca novel ini ketika di bangku sekolah 1996-1998.
    Masih teringat kenangan...

    BalasPadam
  4. ad xsape2 yg nk jual novel ni??sy nak

    BalasPadam
  5. Saya baca novel ni 20 tahun yang lalu...novel no 1 dalam hati saya sampai sekarang. Tak dapat nak kongsi pengalaman nie dengan anak2 sebab novel ni susah nak dapat sekarang.

    BalasPadam
  6. Boleh Tak saya nak beli buku Ni dah lama saya mencari

    BalasPadam
  7. Saya pernah ada novelnya.. Berapa kali ulanh pembacaanya. Setiap kali membacanya tidak pernah jemu.. Bahasa yg digunakan.. Jalan cerita yg digarap dengan sempurna.. Memang patut buku yg bertajuk HARTINI karya AZIZ AFKAR saya katakan sebuah buku yg berkauliti jalan ceritanya.. Tapi malam rezeki saya tak dapat memiliki buku ni utk di simpan sebagai koleksi saya.. Banjir 2014.. Memusnahkan segalanya. Sekarang ingin mencari kembali buku tersebut.. Tapi apakan daya..

    BalasPadam
  8. Tahun 1987 or 1988 saya baca novel ni berulang ulang...saya dapat tau yg si pengarangnya Aziz Afkar juga berkahwin dgn salah seorg peminat novel ini hingga ke akhir hayatnya. Pernah dijadikan filem utk hari raya lakonan Erma Fatima ...entah tahun bila saya lupa. Selepas baca novel ini barulah saya berminat terhadap novel2 lain seperti Saga,Hujan Pagi,Beruk....dsbnya.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.