Sabtu, 29 Julai 2017

MALAYSIA PUN GANAS SEPERTI ISRAEL


Image result for palestine ditindas
sumber : Google


Sedih sekali melihat nasib umat Islam di Palestin yang ditindas tanpa henti. Ketika rencana ini ditulis, Masjid Al-Aqsa cuba dibuat kacau oleh tentera-tentera Yahudi. Ramai rakyat Palestin yang cedera dan tidak kurang juga ada yang mati. Semuanya gara-gara ingin mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada terus dicemari. 

Apa yang dilakukan oleh Israel itu adalah satu aktiviti keganasan. Israel melakukan keganasan dan kesannya adalah merosakkan kemanusiaan. Keganasan yang merosakkan itu sewajarnya kita semua elakkan.

Keganasan tidak berlaku hanya di Israel sahaja. Di Malaysia pun berlaku juga. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kerosakkan (vandalisme) yang berlaku di stesen Transit Aliran Massa atau singkatannya, MRT. Perkara semacam itu sepatutnya tidak terjadi. Lebih-lebih lagi kita percaya bahawa rakyat Malaysia mempunyai pemikiran yang berkelas tinggi.

Kerosakkan yang berlaku terhadap MRT itu adalah berpunca daripada keganasan. Kita sedih melihat ada rakyat Malaysia yang tidak tahu menghargai kemudahan. Kemudahan berbentuk pengangkutan awam sebegitu bagi sebilangan orang adalah satu keperluan. Apabila berlaku kerosakkan, maka ia sudah tidak boleh lagi digunakan. Seandainya masih boleh digunakan, fungsinya sudah tidak lagi mencapai takah kesempurnaan.

Keganasan yang dilakukan oleh Israel telah merosakkan kemanusiaan. Keganasan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia pula telah merosakkan kemudahan. Perhatikan, kedua-duanya melakukan keganasan. Dan kesannya adalah merosakkan. Cuma perkara yang dirosakkan itu sahaja yang memberi perbezaan. 

Seperti yang telah saya sebut di atas tadi, keganasan sewajarnya perlu dihindari. Hal ini kerana, keganasan itu akan mencetuskan kerosakkan pada akhirnya. Kerosakan adalah sesuatu yang tidak digemari oleh sesiapa sahaja.

Kerosakkan yang ditelurkan daripada keganasan Israel itu telah menyebabkan ramai orang kehilangan ahli keluarga. Kesedihan pun berlaku di mana-mana. Kerosakkan yang ditelurkan daripada keganasan rakyat Malaysia menyebabkan kerugian. Duit hasil cukai rakyat yang sepatutnya dibelanjakan pada perkara yang lebih memerlukan, terpaksa dibelanja untuk memperbaiki kemudahan.     

Sebagai manusia, Israel perlu belajar menghargai sifat belas ihsan sesama manusia. Tindakan mereka bukan sahaja menyebabkan ramai manusia hilang nyawa, malah kebahagian pun telah diragut juga. Anak-anak kehilangan ibu-bapa. Ramai isteri menjadi janda dan ramai suami menjadi duda.  

Sebagai manusia, rakyat Malaysia perlu belajar menghargai kemudahan pengangkutan awam yang sedia ada. Tindakan kita yang melakukan vandalisme bukan sahaja menyebabkan orang lain tidak dapat menikmati kemudahan yang sama, malah kerajaan juga terpaksa menanggung kerugian untuk memperbaiki kerosakkan dengan banyaknya. 

Kita sering mengecam Israel kerana melakukan keganasan. Tetapi tanpa sedar masyarakat kita juga banyak melakukan keganasan. Keganasan itu adalah sifat yang sewajarnya dihindarkan kerana ia boleh membawa kepada banyak kerosakkan. Jangan sampai rakyat Malaysia dan rakyat Israel dikatakan mempunyai banyak persamaan!

Nota : Perkembangan terbaru yang berlaku setakat ini adalah rakyat Palestin dibenarkan untuk memasuki semula Masjid Al-Aqsa setelah dihalang berbuat demikian selama dua minggu. 


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.