Isnin, 24 Julai 2017

CARA MOHON JADI GURU GANTI DI SEKOLAH KERAJAAN

 Image result for guru


1. Sediakan dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, resume, sijil ijazah, sijil SPM, sijil kokurikulum.

2. Buat surat permohonan untuk menjadi guru ganti. 

3. Hantar kesemua dokumen di atas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). 

Nota : jika memohon menggunakan ijazah sarjana muda, gaji yang diberikan adalah RM100 sehari. Jika memohon menggunakan sijil SPM, gaji yang diberikan adalah RM50 sehari. 

Nota : kekosongan jawatan sebagai guru ganti adalah terhad. Kerajaan perlu melihat dahulu peruntukan untuk membayar gaji guru ganti. Dan perlu dilihat dahulu ada atau tidak guru bersalin atau menunaikan haji/umrah untuk membolehkan seseorang itu diambil sebagai guru ganti. 

Nota : Perlu ikut segala peraturan yang dikenakan oleh pihak sekolah. Contoh : jika pihak sekolah meminta semua guru untuk memakai baju batik pada setiap hari Rabu, maka semua guru termasuk guru ganti perlu mematuhinya. 

Nota : segala tugas guru yang diganti seperti seperti menulis rancangan mengajar dalam Buku Pandukan Mengajar perlu juga dilakukan selain daripada mengajar.     

Sumber 

1 ulasan:

  1. teringat pula cikgu ganti zaman sekolah rendah dulu. baik sangat dorg. rindu cikguuu. huhu.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.