sumber : Google |
Sedih
sekali melihat nasib umat Islam di Palestin yang ditindas tanpa henti. Ketika
rencana ini ditulis, Masjid Al-Aqsa cuba dibuat kacau oleh tentera-tentera
Yahudi. Ramai rakyat Palestin yang cedera dan tidak kurang juga ada yang mati.
Semuanya gara-gara ingin mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada terus dicemari.
Apa
yang dilakukan oleh Israel itu adalah satu aktiviti keganasan. Israel melakukan
keganasan dan kesannya adalah merosakkan kemanusiaan. Keganasan yang merosakkan
itu sewajarnya kita semua elakkan.
Keganasan
tidak berlaku hanya di Israel sahaja. Di Malaysia pun berlaku juga. Baru-baru
ini kita dikejutkan dengan kerosakkan (vandalisme) yang berlaku di stesen
Transit Aliran Massa atau singkatannya, MRT. Perkara semacam itu sepatutnya
tidak terjadi. Lebih-lebih lagi kita percaya bahawa rakyat Malaysia mempunyai
pemikiran yang berkelas tinggi.
Kerosakkan
yang berlaku terhadap MRT itu adalah berpunca daripada keganasan. Kita sedih
melihat ada rakyat Malaysia yang tidak tahu menghargai kemudahan. Kemudahan
berbentuk pengangkutan awam sebegitu bagi sebilangan orang adalah satu
keperluan. Apabila berlaku kerosakkan, maka ia sudah tidak boleh lagi
digunakan. Seandainya masih boleh digunakan, fungsinya sudah tidak lagi
mencapai takah kesempurnaan.
Keganasan
yang dilakukan oleh Israel telah merosakkan kemanusiaan. Keganasan yang
dilakukan oleh rakyat Malaysia pula telah merosakkan kemudahan. Perhatikan,
kedua-duanya melakukan keganasan. Dan kesannya adalah merosakkan. Cuma perkara
yang dirosakkan itu sahaja yang memberi perbezaan.
Seperti
yang telah saya sebut di atas tadi, keganasan sewajarnya perlu dihindari. Hal ini
kerana, keganasan itu akan mencetuskan kerosakkan pada akhirnya. Kerosakan
adalah sesuatu yang tidak digemari oleh sesiapa sahaja.
Kerosakkan
yang ditelurkan daripada keganasan Israel itu telah menyebabkan ramai orang kehilangan
ahli keluarga. Kesedihan pun berlaku di mana-mana. Kerosakkan yang ditelurkan
daripada keganasan rakyat Malaysia menyebabkan kerugian. Duit hasil cukai
rakyat yang sepatutnya dibelanjakan pada perkara yang lebih memerlukan,
terpaksa dibelanja untuk memperbaiki kemudahan.
Sebagai
manusia, Israel perlu belajar menghargai sifat belas ihsan sesama manusia.
Tindakan mereka bukan sahaja menyebabkan ramai manusia hilang nyawa, malah
kebahagian pun telah diragut juga. Anak-anak kehilangan ibu-bapa. Ramai isteri
menjadi janda dan ramai suami menjadi duda.
Sebagai
manusia, rakyat Malaysia perlu belajar menghargai kemudahan pengangkutan awam
yang sedia ada. Tindakan kita yang melakukan vandalisme bukan sahaja
menyebabkan orang lain tidak dapat menikmati kemudahan yang sama, malah
kerajaan juga terpaksa menanggung kerugian untuk memperbaiki kerosakkan dengan
banyaknya.
Kita
sering mengecam Israel kerana melakukan keganasan. Tetapi tanpa sedar
masyarakat kita juga banyak melakukan keganasan. Keganasan itu adalah sifat
yang sewajarnya dihindarkan kerana ia boleh membawa kepada banyak kerosakkan.
Jangan sampai rakyat Malaysia dan rakyat Israel dikatakan mempunyai banyak
persamaan!
Nota
: Perkembangan terbaru yang berlaku setakat ini adalah rakyat Palestin dibenarkan
untuk memasuki semula Masjid Al-Aqsa setelah dihalang berbuat demikian selama
dua minggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.