Khamis, 9 Februari 2017

PUNCA MELAYU SELALU MUFLIS DALAM BERNIAGA



Image result for orang berniaga
Sumber : Google



Sedih sekali apabila mendengar cerita seorang peniaga yang perniagaan restorannya menjadi rugi seketika. Pada awalnya, dia sendiri tidak tahu mengapa tidak ramai pelanggan yang datang ke restorannya. Apabila ada seorang ustaz beritahu bahawa restorannya itu disihir oleh pesaingnya, kemudian barulah dia tahu kenapa. Setelah ‘diubati’, barulah perniagaannya pulih semula. 


Itu adalah seribu satu kisah peniaga yang mengalami nasib seperti itu. Perniagaan mereka musnah apabila ada manusia yang dengki dengan mereka selalu. Ada manusia yang tidak boleh melihat orang lain melebihi dirinya. Maka dia pun menggunakan sihir supaya perniagaan saingannya musnah dengan sekelip mata. Manusia yang dengki dan gemar menyihir orang ini adalah manusia yang jahat sebenarnya. 


Saya sungguh tidak faham dengan sikap orang kita. Mereka bukan sahaja tidak pandai bersaing dalam perniagaan malah hati mereka sentiasa dipenuhi dengan hasad dengki yang tidak berkesudahan. Mereka sama sekali tidak boleh melihat pesaing mereka maju sedikit dalam perniagaan. Mereka pasti mahu bertemu dukun supaya perniagaan pesaing mereka itu dilingkupkan!


Manusia semacam ini bukan sahaja mendapat dosa kerana mendengki, dosa syirik kepada Allah pun mereka akan dapat sekali. Sikap sebegini sememangnya tidak wajar diikuti.


Persaingan memang biasa dalam segenap ruang kehidupan. Semua manusia bersaing dalam pembelajaran, pekerjaan, dan perniagaan. Persaingan sebenarnya adalah sesuatu yang sihat dalam kehidupan. Ia memberi suntikan motivasi untuk kita untuk terus maju ke hadapan. Bersainganlah secara sihat untuk mencapai apa sahaja kejayaan. Janganlah memusnahkan apa yang orang lain ada gara-gara hasad dengki yang sentiasa menghiasi pemikiran. 


Dalam perniagaan misalnya, jika pesaing kita mendapat ramai pelanggan, janganlah kita dengki dengan mereka. Kita perlu mengkaji segala strategi yang mereka guna sehingga mereka boleh berjaya. Kita perlu belajar strategi itu, membuat pengubahsuaian, seterusnya mengaplikasikan dalam perniagaan kita. Menyihir perniagaan pesaing kita tidak membawa kita ke mana mana. Ia hanya membawa kita ke neraka sahaja!


Sedih sekali melihat orang kita yang tidak pandai berniaga. Mereka bukan sahaja menjual perkara yang sama, konsepnya pun lebih kurang sama juga. Jika seorang peniaga membuka restoran menjual masakan berasaskan tom yam, peniaga yang lain pun turut mahu ikut menjual masakan berasaskan tom yam. Jika ada seorang peniaga membuka kedai menjual jamu, peniaga lain pun turut sama mahu menjual jamu. Langsung tidak ada sifat kreatif untuk menawarkan sesuatu yang berlainan dan baru. Bagaimana mahu mendapat keuntungan berlipat kali ganda jika sikap kita terus begitu?


Apabila semua orang berniaga perkara dan konsep yang sama, maka pesaingan pun akan menjadi sangat dahsyat. Apabila pesaingan dahsyat, ia akan jatuh pula kepada peniaga mana yang boleh menawarkan sesuatu yang lebih berkualiti dan hebat. Siapa yang dapat menawan hati pelanggan, peniaga itulah yang akan mendapat lebih banyak keuntungan. 


Cuba sekiranya jika kita berniaga sesuatu yang berbeza, pastilah kita akan menarik ramai pelanggan untuk singgah ke perniagaan kita. Lalu persaingan pun tidak banyak berlaku. Maka, perbuatan sihir menyihir pun boleh dielakkan selalu. 


Dalam perniagaan pasti ada turun naiknya. Maka kita perlu banyak belajar, perlu banyak berusaha, dan perlu pandai memilih strategi. Bukannya dengan menyihir orang berkali kali! Jika hanya pandai menyihir sahaja, bukan perniagaan orang lain sahaja yang binasa, diri kita pun akan rosak sama.


Bersainglah secara sihat dalam perniagaan. Janganlah ditanam hasad dengki yang tidak berkesudahan. Banyakkan usaha, belajar, dan mengaplikasikan strategi. Usahlah guna ilmu sihir menyihir lagi!


3 ulasan:

  1. Setuju. Semuanya dari mindset, sikap dan norm (budaya). Sekiranya benda ini dapat kita ubah, nescaya boleh berjaya.

    BalasPadam
  2. Tak kan di zaman ini kita masih percaya sihir menyihir lagi. Perbuatan khianat seperti memasukkan benda busuk kedalam tangki air gerai atau kedai sebelah tu ada dengar terjadi. Cuci saje lah. Kalau nak berniaga kita perlu tabah.

    BalasPadam
  3. Masalah utama biasanya adalah layanan yang teruk (customer service), makanan yang hampir tidak boleh dijamah langsung (tak sedap) dan mahal giler.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.