Rabu, 15 Februari 2017

KUIH YANG TERHINA


Image result for kuih
Sumber : Google


Kuih yang diberi di masjid sana,
Hasil membaca surah Yaasiin sekali sekala,
Oleh manusia yang dermawan sentiasa,
Terhina dan dihina di pertengahan tangga,
Kerana ia murah tidak berharga.

Kuih yang harganya murah itu,
Sangat disyukuri oleh penerima selalu,
Disyukuri kerana ia adalah rezeki,
Yang tuhan beri untuk dinikmati.

Kuih yang murah memang tiada nilainya,
Bagi manusia yang berduit dan kaya raya,
Tetapi ia bernilai bagi manusia yang tiada apa apa,
Untuk mengisi perut bagi menghadapi hari muka.

Memanglah kuih tidak setaraf nasi,
Baik harga mahupun kuantiti,
Tetapi jika duit tiada membeli nasi,
Kuih yang terhina menjadi galang pengganti.

Nasi yang sering dibangga-bangga,
Diuji tuhan jatuh ke tanah jua,
Kuih yang terhina tiba tiba dicari,
Untuk mengisi perut yang lapar sekali.     


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.