sumber : Google |
Serperti yang kami kongsikan kepada
anda sebelum ini recruiter biasanya akan mengambil masa beberapa saat
sahaja untuk menilai resume calon dalam email. Ini kerana terlalu ramai
calon-calon yang ingin memeohon jawatan yang sama, ditambah lagi jika
mohon di syarikat-syarikat gergasi seperti Google, Facebook, Apple,
Microsoft.
Anda rasa masa beberapa saat tu sempat ke majikan nak baca semua,
anda rasa mampu ke resume anda memukau majikan dalam tempoh yang singkat
itu. Sebenarnya ada! Resume daripada seorang gadis dari Havard yang
dikenali sebagai Jessica Pointing telah menampat hati syarikat-syarikat
seperti Google, Apple, Facebook, Microsoft, McKinsey, Bain, Goldman
Sachs, dan Morgan Stanley untuk menjalani latihan industri dengan mereka.
Wah! Bukan calang-calang syarikat tau, apa yang hebatnya resume dia
sampai semua syarikat ini beria-ia nak ambil dia ni? Kalau nak tahu, jom
lihat di bawah ini, rahsia yang kami sendiri pernah kongsikan tapi kali
ini ada 'sample' sekali.
1. Jelaskan Lebih Spesifik
Jelaskan bagaimana impak anda pada syarikat atau organisasi yang anda
kerja itu. Kebanyakan orang hanya menjelaskan kerja lama sahaja, tapi
tak ada penjelasan yang paling penting iaitu demonstrasi bagaimana
sumbangan anda.
2. Beri Tumpuan Pada Nombor Dalam Resume
Rasanya kami pernah kongsikan sebelum ini, nombor memainkan peranan
penting bagaimana mahu menambat hati majikan. Jangan hanya menjelaskan
pencapian semata-mata tapi berikan kuantiti pencapaian tersebut. Rujuk
contoh gambar diatas.
3. Ubah Kepada Kata Kerja
Daripada anda kata, ‘I made a new program that increased conversion
rate,’ ubah kepada ‘Initiated a new program that increased conversation
rate by 20%,’”
Tapi kena pastikanlah segala pencapaian itu semua betul, tak kisahlah
sikit mana pun sumbangan dan pencapaian yang biasa, tekankan bab nombor
dalam resume anda. Ia akan kelihatan gah! Itu sebab la bukan
calang-calang syarikat panggil gadis ini internsheep.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.