Sumber : Google |
Saya tidak pasti apakah statistik
terkini jumlah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun
tetapi apa yang saya pasti jumlah tersebut telah meningkat. Walaupun jumlah
tersebut tidaklah dapat mengatasi jumlah buku yang dibaca oleh penduduk penduduk
di negara maju tetapi bolehlah dikata ia merupakan satu perkembangan yang
sihat. Berbanding dahulu, rakyat Malaysia dalam setahun hanya membaca dua buah
buku sahaja. Itu dikira baik juga daripada langsung tidak membaca apa apa!
Seperti yang telah saya sebut di atas
tadi, jumlah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia masih rendah lagi. Tidak
terlawan kita dengan jumlah buku yang dibaca oleh penduduk di negara maju.
Barangkali itulah sebabnya negara dan masyarakat kita lambat maju.
Banyak faedahnya jika kita banyak
membaca. Kita bukan sahaja dapat banyak pengetahuan malah pengalaman orang lain
pun kita boleh dapat juga. Selain itu, membaca dapat membentuk budaya fikir
dalam diri kita.
Bahan bacaan yang kita baca memainkan
peranan juga. Bacalah bahan bacaan yang boleh mencabar minda sentiasa. Pilih
juga bahan bacaan yang boleh membuat kita berfikir dengan kritis juga.
Janganlah asyik membaca karya karya fiksyen seperti komik dan novel cinta
semata-mata. Membaca buku buku bukan fiksyen pun kita perlu juga.
Dahulu, ketika di zaman sekolah
rendah dan menengah, saya amat gemar membaca novel novel cinta. Namun, setelah
menjejak kaki ke alam diploma, saya tidak lagi membaca novel novel cinta. Saya
mula membaca novel novel misteri/penyiasatan atau buku buku yang lebih berat
lagi. Membaca novel misteri atau buku buku yang berat dapat membentuk budaya
fikir dalam diri.
Bukanlah saya kata langsung tidak
boleh baca komik atau novel novel cinta. Boleh baca bahan bacaan itu semua tetapi pada
masa yang sama eloklah baca buku buku yang boleh mencabar minda juga. Barulah
minda kita boleh terbuka dengan seluas-luasnya.
Jika hanya membaca komik atau novel
novel cinta, minda kita langsung tidak tercabar apa apa. Yang terbentuk
hanyalah khayalan atau fantasi semata-mata. Maka banyaklah pengetahuan atau isu
isu semasa yang kita tidak tahu. Dan budaya fikir pun tidak wujud dalam diri
kita itu.
Mengapa saya begitu sibuk bercakap
tentang budaya fikir ini? Budaya fikir yang terbentuk di dalam diri sangat
penting sekali. Budaya fikir dapat mengelakkan kita daripada ditipu atau
menjadi dogmatis selalu. Budaya fikir juga penting untuk menjadikan diri kita
berfikir dengan kritis sentiasa. Barulah kita boleh berfikir secara rasional
tentang banyak perkara.
Banyak sebenarnya rahsia rahsia alam
yang tidak dirungkai. Banyak juga pembohongan dan masalah manusia yang tidak
dapat diselesai. Banyak juga ilmu yang belum lagi manusia terokai. Dengan
budaya fikirlah semua itu dapat kita kuasai. Tetapi bagaimana hendak menguasai
jika membaca bahan bacaan yang tidak mencabar akliah yang suci?
Penting sebenarnya kita banyak
membaca. Penting juga kita boleh membaca bahan bacaan yang boleh mencabar minda
kita. Semoga kita semua menjadi orang yang celik minda sentiasa.
Sedang cuba wujudkan minat membaca dalam diri. Saya akui memang sukar. Kalau baca bahan2 macam dekat blog okay la tak bosan sangat. btw satu artikel yang baik. saya follow blog ni ya :)
BalasPadamSalam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)
BalasPadam