Sabtu, 3 Disember 2016

SEGERA BANTU BANGSA ROHINGYA



Image result for rohingya
Sumber : Google


Sedih sekali apabila melihat nasib malang yang menimpa bangsa Rohingya. Mereka diseksa, dibunuh, dibakar, dan dipotong hampir setiap masa. Mereka ditindas dan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada sesiapa. Nasib mereka tidak ubah seperti nasib seekor tikus makmal yang dijadikan bahan ujikaji oleh penyelidik yang ‘bijaksana’.


Penindasan yang berlaku kepada bangsa Rohingya itu adalah disebabkan oleh dua perkara. Pertama adalah agama dan kedua adalah bangsa. Oleh kerana bangsa Rohingya dilahirkan sebagai bangsa dan agama minoriti di Myanmar, maka mereka mahu dihapuskan oleh kaum majoriti Buddist yang ada di sana. 


Pelik bin aneh apabila kita melihat isu ini. Entah mengapa orang orang kafir yang memerintah negara Myanmar itu boleh menjadi sejahat itu. Orang orang kafir yang tinggal di sebuah negara Islam boleh hidup dengan aman dan tenteram selalu. Tetapi orang orang Islam yang tinggal di negara kafir seperti Myanmar itu sering kali dibunuh dan diburu.   


Penindasan terhadap bangsa Rohingya perlu dihentikan dengan segera. Umat Islam di seluruh dunia perlu bersatu untuk menangani isu ini dengan saksama. Kita tidak boleh membiarkan saudara seagama kita ditindas dengan sebegitu rupa. Kita mesti menghulurkan pertolongan dengan apa jua cara. 


Apa yang berlaku terhadap bangsa Rohingya adalah satu pencabulan terhadap hak asasi manusia. Biasanya, apabila berlaku pencabulan hak asasi manusia dalam sesebuah negara – terutama di Malaysia – pejuang pejuang hak asasi manusia seperti pengikut gerakan Bersih misalnya, akan bangun memberontak di jalan raya. Tersembur air liur busuk mereka berbicara soal hak asasi manusia yang diragut oleh kerajaan Malaysia. Tetapi pencabulan hak asasi manusia yang terang-terangan berlaku di Myanmar sana, tidak pula diambil perhatian oleh mereka semua. Mereka terus menutup mata atas apa yang berlaku itu. Sedikit pun mereka tidak mahu berbahas apatah lagi bertindak berkenaan dengan soal itu. Jelaslah bahawa perjuangan hak asasi manusia mereka mempunyai agenda agenda tertentu.  


Bukan hanya pejuang hak asasi manusia di Malaysia sahaja, pejuang pejuang hak asasi manusia di seluruh dunia pun sama juga. Mereka hanya membisu melihat pembantaian besar besaran yang dilakukan oleh Buddist Myanmar terhadap bangsa Rohingya. Sedikit pun mereka tidak mahu membela nasib malang yang menimpa bangsa Rohingya.


Kita sedih melihat bangsa Rohingya yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Nasib malang yang menimpa rakyat Palestin, Gaza, dan Syria sering kali mendapat perhatian daripada kita semua. Tetapi nasib malang yang menimpa bangsa Rohingya – bangsa yang seagama dengan kita – kita seolah olah terlupa mengenainya.


Kita tidak boleh buat begitu. Bukankah umat Islam itu bersaudara selalu? Jika kita boleh bantu orang Palestin, Gaza, dan Syria, kita juga mesti bantu orang orang Rohingya. Mereka amat memerlukan bantuan daripada kita semua. 


Desakan sesetengah pihak agar Malaysia memboikot Piala Suzuki AFF yang berlangsung di Myanmar adalah suatu perkara yang perlu. Tetapi oleh sebab sebab tertentu, kerajaan Malaysia dilihat tidak bersedia untuk memboikot temasya sukan itu. Dan akhirnya pasuka bola sepak kita tewas kepada pasukan daripada negara itu. Mungkin itu satu petanda yang Allah murka dan tidak setuju.



Ada banyak sebab mengapa kerajaan tidak bersedia untuk memboikot temasya sukan yang akan berlangsung di Myanmar sana. Tetapi jika kerajaan bersungguh untuk membantu bangsa Rohingya yang tertindas itu, sebab sebab itu tidak boleh dijadikan alasan sebenarnya. Kerajaan sepatutnya perlu untuk memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar untuk menangani isu itu dengan segera. 


Usaha kecil atau besar bukanlah isunya. Yang penting adalah kerajaan usaha dahulu untuk menanganinya. Jika usaha pun tiada, bagaimana masalah yang menimpa bangsa Rohingya itu dapat diselesaikan dengan segera? 


Ingatlah, usaha besar atau kecil Allah tetap pandang juga. Jika tidak berusaha untuk membela nasib umat Islam yang tertindas pun Allah tetap akan kira. Terpulanglah kepada diri masing masing untuk menyelesaikan isu yang melanda. Dan terpulanglah kepada diri masing masing bagaimana untuk menjawab di depan Allah di Mahsyar sana. Moga moga usaha kita yang kecil untuk membela nasib umat Islam yang tertindas dapat menyelamatkan kita daripada siksaan api neraka.  


Kita yang berada di Malaysia tidak boleh berdiam diri sahaja. Ya, kita memang tidak boleh membantu mereka melalui tenaga dan senjata, tetapi kita masih boleh membantu mereka dengan wang atau harta yang kita ada. Jika tidak ada harta pun, berdoalah untuk mereka agar diberi perlindungan oleh Allah hendaknya. Janganlah kita menjadi makhluk Allah yang tidak mahu berusaha walaupun sebesar biji sawi untuk membela nasib umat Islam yang tertindas di seluruh dunia. Kelak tiada jawapan yang kita hendak beri apabila Allah tanya di akhirat sana.  

1 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.