Sumber : Google |
Di sebuah dunia yang mati,
Ramai manusia bertukar menjadi zombie,
Berjalan ke sana dan ke mari,
Tanpa arah tujuan yang pasti,
Bagi memakan manusia yang masih ada
lagi,
Untuk memuaskan nafsu yang tidak
terperi.
Manusia yang masih ada hidup dalam
ketakutan,
Mencari cara untuk meneruskan
kehidupan,
Di samping menahan sedih akibat
melihat kematian,
Perasaan curiga dan waspada sentiasa
tumbuh di fikiran,
Gara gara mahu lari dari zombie yang
seperti syaitan.
Kemusnahan tumbuh merata-rata,
Bangunan runtuh dan musnah di mana
mana,
Kereta rosak bergelimpangan di sini
sana,
Makanan semakin kurang dan semakin
tiada,
Elektrik dan air semakin sukar
dicari,
Undang undang manusia tidak terpakai
lagi,
Semua manusia perlu hidup berdikari,
Secara berkumpulan atau bersendiri,
Ada manusia yang pentingkan diri,
Menunggu kiamat dunia yang bakal tiba tidak lama lagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.