Seorang lelaki yang kacak wajahnya,
Bekerja sebagai pelakon dan penyanyi
terkemuka,
Menetap di Korea Selatan sana (Seoul),
Mahu mencari ketenangan buat dirinya,
Yang diragut oleh populariti yang
dikejarnya.
Seorang perempuan yang berwajah
biasa,
Bekerja sebagai wartawan di akhbar
terkemuka,
Menetap di Malaysia (Kuala Lumpur),
Mahu mencari cinta buat dirinya,
Yang masih tidak kunjung tiba.
Artis lelaki korea itu,
Datang berkonsert di Malaysia,
Perempuan wartawan itu.
Menemuramah dirinya.
Artis lelaki Korea melihat peluang
untuk lari,
Untuk mencari ketenangan di hati,
Akibat dirampas oleh populariti,
Lalu dia bersembunyi dari pengurus
diri,
Kecoh sedunia yang dia tiada lagi,
Semua manusia terus mencari.
Perempuan wartawan pun turut mencari,
Baru dia sedar yang artis lelaki Korea
ada bersamanya di sini,
Dalam kereta yang sedang dipandunya
kini.
Artis lelaki korea memohon
pertolongan,
Supaya dia terus disembunyikan,
Perempuan wartawan memang hampir
pengsan,
Kerana terkejut yang bukan boleh
dibuat mainan.
Perempuan wartawan sedia memberi
pertolongan,
Kerana tertawan dengan wajah artis
lelaki Korea yang tampan,
Tambahan pula artis itu dia punya
lelaki idaman,
Dibawanya ke rumah untuk
disembunyikan,
Walau pada awalnya begitu tinggi kecurigaan.
Berbagai bagai kejadian yang berlaku,
Menguji ketabahan dan kesabaran
wanita dan lelaki itu,
Namun tuah sering menyebelahi
mereka,
Selalu terlepas apabila masalah
datang melanda.
Segala kesulitan mereka harungi
bersama,
Tambahan mereka tinggal serumah pula,
Lama kelamaan terbit rasa cinta.
Mulanya artis lelaki korea cuba
menafikan,
Dia tidak mahu bercinta dengan gadis
Malaysia,
Cintanya hanya pada gadis Korea
sahaja,
Tetapi cinta itu Allah yang punya,
Dia boleh campak di dalam hati
sesiapa sahaja.
Apabila dia sedar apabila wanita itu
tiada bersama,
Apabila dia risau apabila wanita itu
diserang cedera,
Akibat didabrak sebuah kereta,
Meringkuk di hospital dalam waktu
yang lama,
Barulah dia tahu bahawa dia tidak
boleh menolak cinta,
Dia ungkapkan kepada wanita itu rasa
cintanya.
Apabila wanita itu sembuh dari
sakitnya,
Mereka pun bercinta serta merta,
Tetapi mereka masih menjaga batas
batas agama,
Tinggal serumah mereka tidak pernah
berzina.
Agama,
Ya agama,
Agama menghalang cinta mereka,
Lelaki mahu kekal dalam agama asalnya
(Kristian),
Perempuan pun begitu juga (Islam),
Mereka berbalah tentang agama,
Siapa hendak ikut siapa.
Oleh kerana kecewa akibat penghalangnya
agama,
Lelaki kembali ke kehidupan asalnya,
Dia pulang ke Seoul dengan segera,
Dan dia menjadi artis terkenal
semula,
Walaupun ramai orang tertanya tanya,
Ke mana mana dia menghilang lama,
Dia menjawab liburan sebentar
cuma.
Tetapi jiwanya tidak tenang sentiasa,
Perempuan yang dia cinta sentiasa ada
di mindanya,
Segala yang dia lakukan serba tidak
kena,
Maka dia mengambil keputusan untuk
berjumpa dengan wanita yang dia cinta,
Dia tidak kisah untuk tukar agama,
Dia tidak kisah untuk hilang
segala-galanya,
Asalkan boleh bersama dengan wanita
yang dia cinta.
Keluarga lelaki menentang pada
awalnya,
Namun kerana sayang dan kasih mereka
boleh terima,
Syarikat pengurusan dan rakaman pun
begitu juga,
Tetapi lelaki sanggup hilang
populariti dan harta,
Lalu segera dia datang ke Malaysia.
Untuk bertemu dengan wanita yang dia
cinta.
Dia mencari wanita itu di sini sana,
Akhirnya mereka bertemu juga,
Saat mereka melintas jalan,
Sebuah kereta gila melanggar badan,
Milik lelaki yang si perempuan
sayangkan,
Matilah lelaki tanpa sempat mengucap
nama Tuhan.
Perempuan menangis kesedihan,
Mengalir air mata kesepian,
Cintanya sudah diambil Tuhan,
Hanya doa yang bisa dia titipkan,
Kepada lelaki yang berjaya membuat
hatinya tertawan.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.