Sumber : Google |
Ketika
saya menghadiri satu diskusi falsafah di kompleks PKNS tidak lama dahulu,
seorang peserta dalam diskusi itu ada melontarkan sesuatu. Dia mengatakan
bahawa pelajar sekolah rendah pada zaman ini tidak sama dengan pelajar sekolah
rendah pada zaman dahulu. Pelajar sekolah rendah pada zaman ini kadang kadang
boleh mengatasi pemikiran seorang guru.
Menurutnya,
pelajar sekolah rendah zaman dahulu, apabila belajar ilmu agama, mereka hanya
bertanya tentang perkara perkara asas tentang agama sahaja. Mereka bertanya
tentang bagaimana untuk solat, bagaimana untuk berwuduk, dan bagaimana untuk berpuasa.
Tetapi pelajar sekolah rendah zaman sekarang sudah begitu berbeza. Mereka mula
bertanya tentang perkara perkara yang luar biasa seperti mengapa manusia
dijadikan, benarkah Allah itu wujud, mengapa mesti Nabi Muhammad yang dilantik
menjadi Nabi dan lain lain lagi. Pendek kata, pemikiran pelajar sekolah rendah zaman
sekarang sudah menjadi lebih berani dan lebih tinggi.
Oleh
kerana pemikiran pelajar sekolah rendah sekarang semakin tinggi, itulah salah
satu cabaran untuk guru pada masa kini. Guru sudah tidak boleh berfikir seperti
guru sekolah rendah lagi. Mereka mesti berfikir dengan lebih jauh dan lebih
mendalam lagi.
Jika
pelajar sekolah rendah sudah mempunyai pemikiran yang semacam itu, bagaimana
pula dengan pelajar sekolah menengah dan pelajar di peringkat universiti?
Pemikiran mereka sudah pasti lebih tinggi. Ini semua berpunca daripada ledakan
teknologi maklumat yang berlaku pada zaman ini.
Mengajar
pelajar yang mempunyai fikiran yang lebih tinggi merupakan salah satu cabaran.
Menangani kerenah pelajar yang pelbagai lagi itu lebih memerlukan kesabaran.
Tugas guru pada masa sekarang begitu banyak dugaan. Tidak tahulah sama ada ini
satu perkembangan yang sihat ataupun bukan.
Tidak
lama dahulu, timbul isu pelajar yang datang lewat disuruh duduk di atas jalan tar
dan pelajar disuruh guru untuk memadam papan hitam daripada ibu bapa pelajar. Ibu
bapa mendakwa, sungguh tidak wajar pelajar disuruh duduk di atas jalan tar. Ibu
bapa mendakwa juga, pelajar bukan orang gaji untuk disuruh memadam papan hitam.
Isu ini secara tiba tiba menjadi polemik berpanjangan. Ada yang menyokong dan tidak
kurang juga yang menentang.
Isu merotan
pelajar juga pernah menjadi satu isu besar dahulu sehingga guru guru sudah
tidak boleh lagi merotan pelajar seperti selalu. Melihat kepada masalah ini,
kelihatan seperti ada yang tidak kena dengan masyarakat pada zaman ini.
Tidak
tahulah sama ada pelajar sekarang ini yang terlalu manja ataupun ibu bapa yang
mencetuskan isu ini dengan sengaja. Tetapi jika melihat perkara ini dengan
teliti, ia mampu untuk merosakkan masyarakat suatu hari nanti.
Apa
yang dilakukan oleh guru pada zaman sekarang semuanya salah di mata ibu bapa.
Guru guru zaman sekarang sudah tidak boleh mendidik lagi tetapi mereka hanya
boleh mengajar sahaja. Jika situasi ini dibiarkan tanpa dibuat apa apa, nescaya
suatu hari nanti akan lahir generasi yang lemah belaka. Dan dikhuatiri mereka
tidak boleh melakukan banyak perkara. Maka agama, bangsa, dan negara pun pasti
tidak akan terjaga.
Guru
merotan dan guru meminta pelajar untuk duduk di atas jalan tar pasti ada sebab-sebabnya.
Jarang ada guru yang gila untuk memaksa pelajar pelajarnya membuat perkara
perkara itu dengan sengaja. Jika tidak mahu dirotan, maka jangan melakukan
kesalahan. Jika tidak mahu duduk di atas jalan tar, janganlah sesekali datang
lambat ke sekolah.
Begitu
juga apabila guru meminta pelajar untuk memadam papan hitam. Guru bukan sengaja
untuk meminta tetapi lebih kepada memohon pertolongan sebenarnya. Bukankah
menolong guru dan menolong orang lain itu satu amalan yang mulia? Bukankah
dengan menolong orang itu kita boleh mendapat pahala? Masakan meminta pelajar
memadam papan hitam mahu jadi isu yang besar juga?
Walau
apa pun yang kita kata, itulah realiti yang telah berlaku pada masa kini.
Cabaran menjadi guru itu semakin bertambah tambah lagi. Bertabahlah kepada
sesiapa yang sudah pun bergelar seorang guru. Diharapkan mereka mendapat pahala
dengan pengorbanan yang telah mereka curah itu.
sabar ajelah jawabnya.
BalasPadamtak sabar pun, kena sabar gak.
apapun..kena sabar.
anggap aje ujian untuk kita.