Ahad, 17 Januari 2016

PERKARA TERLARANG YANG ORANG PANDAI SELALU BUAT

Sumber : Google

Manusia ini sama sahaja sebenarnya. Tidak kira manusia itu tua, muda, miskin, kaya, pandai, bodoh, tinggi, atau rendah – mereka sama sahaja di sisi Tuhan yang Maha Esa. Asalkan nama mereka manusia biasa, mereka pasti tidak terlepas dari melakukan silap dan dosa walaupun mereka mempunyai sepuluh ijazah yang panjang berjela jela.

Apabila disebut tentang orang yang pandai, sudah pasti kita akan mudah percaya dengan kata kata mereka. Kita juga akan percaya yang orang pandai itu seorang yang baik. Sebab itu, orang yang pandai sangat berpengaruh dalam sesebuah masyarakat kerana mereka punya ilmu yang banyak. Ilmu tersebut dapat membantu sesebuah masyarakat itu menjadi masyarakat yang berjaya. Tanpa orang pandai dalam sesebuah masyarakat, masyarakat itu tidak akan ke mana mana. Justeru, orang pandai ini selalu menjadi ikutan dan idola anggota masyarakat.

Seperti yang saya sebut di atas tadi, masyarakat mudah untuk percaya dan patuh dengan kata kata orang yang pandai. Jika tidak patuh dengan kata kata orang pandai, masyarakat khuatir mereka akan ditimpa masalah. Oleh sebab itu, orang pandai selalu menggunakan kata kata mereka untuk menegur, menasihati, dan memberi tunjuk ajar kepada masyarakat. Mereka selalu mengajar perkara perkara yang baik kepada masyarakat supaya masyarakat itu menjadi baik.


Memang sangat beruntung sesebuah masyarakat itu jika ada orang pandai yang wujud bersama mereka. Dan orang yang pandai ini memang sentiasa disayangi oleh masyarakat kerana kepandaian mereka dan kerana kata kata hikmah yang keluar dari mulut mereka.

Walaubagaimanapun, umum mengetahui bahawa orang pandai ini tetap juga manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan khilaf dan dosa. Mereka selalu memberi nasihat yang baik kepada masyarakat tetapi malangnya, ada diantara mereka yang berkelakukan cakap tidak serupa bikin. Mereka selalu menasihati masyarakat supaya melakukan perkara perkara yang baik tetapi mereka pula tidak melakukan seperti apa yang mereka ucapkan.

Sebagai contoh, mereka menasihati masyarakat supaya jangan mengumpat, tetapi mereka juga suka mengumpat tentang keburukan orang lain walaupun mereka tahu yang dosa mengumpat itu adalah dosa yang besar. Tetapi oleh kerana mereka terlalu mengikut nafsu dan hati, mereka buat juga dosa yang mereka larang masyarakat buat.

Walaupun mereka pandai dan mempunyai banyak ilmu, tidak bermakna mereka sempurna serba serbi. Mereka juga melakukan dosa seperti kita cuma mereka berselindung di sebalik ilmu yang mereka miliki. Mereka selalu menunjukkan mereka pandai dengan mengajar dan menasihati masyarakat supaya menjauhi perkara perkara terlarang seperti mengumpat, mengutuk, dan memaki orang misalnya tetapi mereka juga melakukan perkara yang sama.

Jadi, tanggapan masyarakat bahawa semua orang pandai itu baik adalah silap sebenarnya. Masyarakat jangan sesekali percaya dengan kata kata orang yang pandai ini seratus peratus kerana khuatir mereka ini ada kepentingan kepentingan tertentu yang mereka perlu jaga. Jika nasihat itu baik dan wajar diikuti, maka ikutlah. Tetapi jika mereka menunjukkan sikap yang buruk, maka jauhi sikap itu supaya kita tidak berada di tempat yang sama dengan mereka.

Bila disebut tentang orang yang pandai, pasti kita akan fikir mereka ini pandai semua tetapi pada hakikatnya tidaklah begitu. Semakin tinggi mereka belajar, semakin kurang pandailah mereka. Masih banyak ilmu sebenarnya yang mereka tidak tahu. Tetapi oleh kerana mereka suka menunjukkan yang diri mereka itu pandai dan seolah olah tahu semua perkara, maka kita menjadi takut, patuh, hormat, dan percaya dengan mereka.  

Dalam kita berbahas tentang orang yang pandai, ada orang pandai yang kita boleh ikut sepenuhnya tetapi ada orang pandai yang kita boleh ikut sebahagiannya sahaja. Sebab itu jangan terkejut jika ada professor dalam bidang agama, mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa tidak salah menjadi lesbian asalkan dia seorang yang beriman! Inilah contoh contoh orang yang pandai yang kita jangan ikut kata katanya. Semoga Allah melindungi diri kita dari terjebak dengan orang orang yang pandai sebegitu rupa.    

    




2 ulasan:

  1. Moga kita semua tidak sperti mereka, cakap lain buat lain kan...

    BalasPadam
  2. Janganlah mengikut membabi buta, kita dikurniakan akal fikiran dan gunakanlah sebaiknya kan MNH..:)

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.