Gambar sekadar hiasa Sumber : Google |
Dia berwajah
cantik bagaikan seorang gundik,
Yang suatu
ketika dahulu menjadi kegemaran raja raja yang berselera pelik,
Dikurniakan pula
dengan secebis akal yang cerdik,
Dan diberi pula
perhatian yang bukan sedikit,
Oleh masyarakat
yang terpaksa menerima dengan pahit.
Dia dipuja
hampir setiap hari,
Oleh mereka
mereka yang tidak memahami,
Atau mereka yang
sengaja tidak mahu mengerti,
Untuk menjaga
rasa yang terbit di dalam hati,
Atau untuk
menyimpan rasa takut yang wujud di sanubari.
Kita faham
mengapa dia dipuji,
Kita mengerti
mengapa dia menjadi buruan ramai lelaki,
Kerana kecantikannya sungguh tidak terperi, |
Kerana otaknya
memang bertaraf seorang jauhari,
Walaupun tutur
bicaranya bisa menghiris hati,
Namun dilupakan
tanpa musabab yang diketahui.
Ya, mukanya
memang cantik bak bidadari syurga,
Tetapi sayangnya
dia mempunyai hati yang berwajah puaka,
Bercakap tanpa
menghiraukan sesiapa,
Menghiris hati
manusia dengan kata kata,
Bertakung nada
sombong, dengki, dan penuh hina,
Kepada siapa nukikan Haziq tujukan? Moga gadis itu sedar kekhilafannya sebelum terlambat.
BalasPadamSemoga terasa..:)
BalasPadam