Jumaat, 29 Mei 2015

NAJIB MASIH TIDAK SEDAR DIRI

Sumber : Google

Kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO masih kukuh walaupun digoncang kuat oleh Tun Mahathir, rakyat, dan pemimpin pembangkang. Dengan segala isu yang menghambat dirinya, seperti GST, 1MDB, Altantuya, Rosmah dan sebagainya, Najib memang kukuh bertahan di singgahsana kuasanya namun lain pula yang terjadi kepada UMNO. UMNO pula yang terpaksa menerima bahana di atas segala kesalahan yang dilakukan oleh Najib dan kabilahnya.

Najib masih berfantasi atau masih tidak sedar diri dengan mengatakan bahawa partinya UMNO dan rakyat jelata masih menyokong beliau. Atas sebab itu, Najib tidak mahu meletak jawatan sehingga keluarlah cerita hebatnya sebagai orang Bugis yang kita semua sedia maklum satu suku yang berani, cekal, bijak dan tabah.

Saya tidak pasti mengapa Najib beranggapan rakyat masih menyokongnya. Saya percaya kebanyakkan orang UMNO masih menyokongnya kerana mereka akan mendapat habuan daripada sokongan itu cuma saya berasa pelik bagaimana Najib bisa tahu majoriti rakyat menyokongnya? Jika dilihat dalam keputusan PRU13, BN hanya mendapat 133 kerusi Parlimen dan sudah pasti majoriti dua per tiganya dinafikan di samping undi popularnya turun dengan begitu mendadak sekali.

Jika dilihat daripada keputusan itu, jelas menunjukkan sokongan rakyat kepada Najib begitu negatif. Jelas mejoriti rakyat tidak menyokong beliau. Beliau menjadi Perdana Menteri adalah kerana beliau adalah Presiden UMNO dan UMNO pula menang di kawasan luar bandar sahaja (kebanyakkannya) sehingga boleh membentuk kerajaan dalam PRU yang lalu.

Dengan pelaksanaan cukai GST yang bermula 1 April lalu, jelas sokongan rakyat kepada Najib tambah mengecil! Lebih memburukkan keadaan apabila isu 1MDB terbongkar dan Dr. Mahathir terus memperhebatkan serangan beliau kepada Najib. Faktor faktor ini akan dan telah membuatkan rakyat menjadi benci dan meluat pada diri Najib.   
   

Sebagai pemimpin, Najib tidak boleh bermimpi di siang hari, kerap berfantasi dan masih tidak sedar diri dengan berhujah bahawa majoriti rakyat menyokongnya menyebabkan beliau tidak mahu meletak jawatan walaupun imej beliau sebagai Perdana Menteri sudah calar balar sejak belakangan ini. Najib perlu menggunakan segala jentera kerajaan untuk mengetahui peratusan sokongan rakyat padanya sama ada tinggi ataupun rendah.

Jika Najib mendapati sokongan rakyat padanya semakin rendah, wajarlah beliau meletak jawatan bagi menyelamatkan UMNO, Islam, Melayu dan Malaysia.

Mungkin juga Najib tahu akan sokongan rakyat padanya semakin mengecil namun kerana sayangkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau mula ‘mengarang novel’ dengan mengatakan bahawa majoriti rakyat masih menyokongnya padahal hakikatnya tidaklah begitu. Majoriti rakyat sudah tidak sabar sabar lagi mahu Najib meletak jawatan.

Dalam kes yang menimpa Najib ini, sudah tidak ada jalan penyelesaian lain untuk menyelamatkannya. Imej Najib sebagai Perdana Menteri semakin teruk hari demi hari. Perkara ini akan mengancam UMNO secara keseluruhannya. Justeru itu, wajarlah Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri secepat mungkin bagi menyelamatkan partinya.

Kesimpulannya, tidak ada cara lain lagi yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan UMNO melainkan Najib perlu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Jika Najib masih berdegil, masih berfantasi, masih bermimpi di siang hari, dan masih tidak sedar diri, tunggulah kehancuran UMNO dan tunggulah juga kehancuran dirinya!  







1 ulasan:

  1. Najib dan pasukannya mula mensasarkan kelemahan terdahulu Tun M walhal isu kehilangan wang 1MDB sebanyak 27 bilion langsung tidak mampu dijawab. Kalau Tun M bersalah, tangkap dan kalau Najib didapati bersalah juga wajib ditangkap..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.