Sumber : Google |
Pelbagai masalah telah melanda parti
UMNO sejak belakangan ini. Masalah masalah ini dilihat seperti tidak boleh
dimaafkan dan diterima oleh kebanyakkan rakyat. Mereka merasakan UMNO bukanlah
sebuah parti yang relevan pada masa kini. Aspirasi mereka jelas, mahu menukar
segera UMNO dengan parti pembangkang setelah duduk di bawah pemerintahan UMNO
sejak sekian lama.
Masalah masalah ini berlaku kerana
ketamakkan pemimpin dan penyokong UMNO terhadap populariti, harta dan kuasa!
Oleh sebab itulah, kebanyakkan pemimpin UMNO tidak melaksanakan agenda
pembangunan rakyat dan negara dengan sebaik mungkin kerana tujuan mereka
menyertai politik bukan untuk itu sebaliknya untuk tujuan yang lain.
Oleh kerana sikap ramai pemimpin UMNO
sebegitu, maka pelbagai masalah rakyat dan negara gagal diselesaikan. Mereka
bukan sahaja gagal, malah menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Oleh
sebab itu, rakyat semakin benci dan meluat pada UMNO. Keinginan mereka untuk
menumbangkan UMNO pada PRU yang akan datang sudah tidak dapat ditahan tahan
lagi.
Walaubagaimanapun, kita perlu faham
suatu perkara. Dalam setandan kelapa, bukan semuanya busuk. Dalam jemaah UMNO
itu, bukan semuanya jahat. Pasti ada pemimpin atau ahli UMNO yang baik, yang
benar benar berjuang untuk agama, bangsa dan negara bukannya mengejar popular,
pangkat dan harta.
Pemimpin dan ahli UMNO perlu berani
untuk membuat perubahan drastik terhadap parti itu. Mereka perlu segera
membuang mana mana ahli atau pemimpin UMNO yang menjadi liabiliti kepada UMNO.
Jika begitu banyak parasit di dalam UMNO, UMNO akan terus dirundung malang dan
akan menerima natijah buruk pada bila bila masa sahaja.
Jika ahli ahli UMNO masih sayangkan
parti itu, mereka perlu berani untuk menjatuhkan mana mana pemimpin dan ahli
yang banyak membawa masalah kepada parti itu. Sikap kaki bodek, kaki ampu, kaki
kipas, dan yesman perlu segera dibuang dan di hakis di dalam diri orang
orang UMNO. Jika mereka masih mahu mengekal keadaan dan situasi seperti
sekarang, mereka perlu bersedia dikuluhumkan pada PRU akan datang.
Pemilihan UMNO yang akan datang
adalah medan terbaik untuk melaksanakan segala agenda itu. Mana mana pemimpin
UMNO yang tidak betul jangan diundi untuk menduduki kerusi Presiden, Timbalan
Presiden, Naib Presiden, ahli majlis tertinggi, ketua pemuda, ketua wanita dan
ketua puteri. Pilih sahaja orang yang benar benar mahu mengangkat martabat
bangsa, agama dan negara untuk memimpin parti itu.
Jika ahli UMNO silap memilih
pemimpin, bukan sahaja parti akan rosak, malah agama, bangsa dan negara turut
jahanam sama. Kesilapan ahli ahli UMNO akan memberi kesan buruk kepada agama,
bangsa dan tanah air secara keseluruhannya.
Pemimpin pemimpin UMNO juga perlu
sedar diri bahawa mereka diangkat menjadi pemimpin bukan untuk berfoya foya
sebaliknya berkhidmat untuk rakyat sebaik mungkin. Jika ramai pemimpin UMNO
yang suka melakukan kerja yang karut marut, anda sebenarnya telah mengkhianati
amanah ahli UMNO amnya dan rakyat Malaysia khasnya.
Kesimpulannya, jika ahli UMNO masih
sayangkan parti, agama, bangsa dan negara mereka, mereka tidak boleh takut
untuk membuat perubahan dalam parti itu dengan cara membuang mana mana pemimpin
dan ahli yang banyak menimbulkan masalah dalam parti dan kerajaan sehingga
mencemar nama baik parti itu.
Klu pru14 nanti dinasti najib dan timbalannya rosmah masih berkuasa, umno bakal tumbang selamanya.
BalasPadamSbg pemimpin yg dilantik...tgjwb perlu dipikul...di akhirat nnti akan dpersoalkan tgjwb itu smada dlaksanakan dgn betul @ tidak
BalasPadam