Sejujurnya saya mendapat ilham
untuk menulis entri ini ketika saya membaca entri yang ditulis di dalam blog
abang Hasrul Hassan pagi tadi iaitu Jiwa Kental Seorang
Blogger yang membicarakan tentang perbalahan yang berlaku antara blogger.
Bukan niat saya menulis entri ini untuk membelasah atau bergaduh dengan blogger
Hasrul Hassan itu. Saya belum gila lagi untuk bergaduh dengan blogger otai dan
dianggap ‘sifu’ dalam dunia blogging itu. Tambahan pula, banyak ilmu
yang saya dapat dari blog dia dan dia
juga sering menjawab pertanyaan dan membantu saya dalam dunia blogging
ini. Tidak pantas rasanya blogger kecil seperti saya mahu berbalah dengan
blogger besar sepertinya.
Apa yang hendak saya lontarkan dalam
entri kali ini ialah tentang perbalahan yang berlaku antara blogger pada masa
kini. Seingat saya, sejak saya menulis puisi Blogger Yang Sombong
beberapa hari yang lepas, ramai blogger yang meluahkan rasa tidak puas hati
mereka kepada blogger yang lain. Terbaru blogger Suria Lekat Lekit
meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada seorang blogger popular yang tidak
mahu melayan pertanyaannya di dalam Facebook tentang menulis kerja amal di
blog.
Perasaan tidak puas hati, bergaduh, berperang dan berselisih pendapat ini adalah perkara biasa dalam hidup manusia. Bukan sahaja blogger, ulamak ulamak Islam sendiri pun ramai yang bercanggah pendapat tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, tidak lama dahulu berlaku perselisihan pendapat antara Presiden Persatuan Ulamak Sedunia, Dr. Sheikh Al – Qaradawi dengan Syeikh Universiti Al Azhar Mesir iaitu Allahyarham Dr. Syed Al – Tantawi berkenaan penutupan pintu sempadan Mesir – Palestin. Dr. Syed Al – Tantawi mengeluarkan fatwa supaya pintu sempadan Mesir – Pelestin itu ditutup untuk menjaga keselamatan Mesir menyebabkan rakyat Palestin tidak boleh masuk ke Mesir dan pandangan itu disanggah oleh Dr. Sheikh Al – Qaradawi.
Kaum kaum penulis di negara ini pun
sentiasa bercanggah pendapat antara satu sama lain. Sasterawan Negara Prof.
Shahnon Ahmad pernah berselisih pendapat dengan Yahaya Ismail
berkenaan isu teori kritikan sastera Timur dan Barat sehingga berlarutan dalam
jangka masa yang lama dalam majalah Dewan Sastera. Penulis buku politik nombor
satu Malaysia,
S. H. Alattas sendiri pun pernah bergaduh dengan Yahaya Ismail (penulis
buku politik popular) ketika tahun 80an dahulu semasa perpecahan UMNO kepada
Team A dan Team B sehingga membawa kepada penubuhan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku
Razaliegh Hamzah. S. H. Alattas menyokong UMNO Baru pimpinan Dr. Mahathir
manakala Yahaya Ismail menyokong Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaliegh
Hamzah.
Kita jangan berasa hairan melihat
blogger blogger ini ‘berperang’ kerana ulamak dan penulis besar besar pun
berselisih pendapat sesama mereka. Masing masing mempunyai ilmu dan pendapat
sendiri dan kita mesti meraikan perbezaan pendapat seperti kata orang putih : we
must agree to disagree (bersetuju untuk tidak bersetuju). Perbezaan
pendapat adalah baik sebenarnya kerana akan mencetuskan daya pemikiran dan
meningkatkan intelektual di kalangan blogger.
Pernah suatu ketika seorang Professor
dari Armenia
bertanya kepada Mark Zuckerberg : Bagaimana anda boleh terfikir untuk
menghasilkan Facebook? Tahu apa Zuckerberg jawab : freedom (kebebasan) and
debates (perdebatan)! Without freedom and debates, even one word, you
cannot think and you cannot imagine.
Oleh itu, kita mesti meraikan
perbezaan pendapat yang berlaku antara blogger. Walaubagaimanapun, perbezaan
pendapat tidak boleh disuburkan jika melibatkan caci maki, saling menjatuhkan,
memfitnah dan membalas entri penuh kemarahan. Masalah orang kita ialah, apabila
berlaku perselisihan pendapat, kita sering melakukan perkara itu. Kita
membongkar segala keaiban dan kejahatan orang tersebut sehingga mencetuskan
permusuhan di kalangan kita. Oleh sebab itulah, mengapa orang Islam di Malaysia
lebih suka bermusuhan akibat perbezaan ideologi politik walaupun mereka satu
bangsa dan satu agama.
Saya bukan menyuruh para blogger ini
bergaduh tetapi saya menggalakkan perbezaan pendapat tersebut tetapi mesti mengikut lunas lunas yang baik. Jangan kerana kita berbeza pendapat, kita bermusuhan
sehingga memutuskan silaturrahim sesama kita. Jangan kerana berbeza pendapat,
kita membongkarkan segala keaiban dan membuat serangan peribadi. Jangan kerana
berbeza pendapat juga, kita mendapat dosa fitnah dan caci maki sesama sendiri.
Nasihat saya, marilah kita meraikan perbezaan pendapat ini untuk meningkatkan
daya inteletual kita sebagai orang Islam yang maju dan berjaya.
ignore je blogger mcm tu.
BalasPadamscra peribadi sy dapati rmai blogger otai @ pernah menang 1 anugerah peringkat Malaysia, sudah x boleh dijentik.
kekadang, blogger lain x jentik pun, mereka cepat terasa dan mula upload entry yg kononnya untk reply entry blog kita bagi menaikkan tumpuan blogger kpd blog mereka. Apakah mereka ulul azmi, sampai x blh d jentik.
benda ni normal.
BalasPadamdari tahun 2003 dulu dah macam ni. Benda ni berulang aje setiap tahun.
betul tu...tak salah untuk menyuarakan pendapat..tetapi perlu lah ikut cara yang betul... :)
BalasPadamsusah untuk kita puaskan hati semua pihak.. so better abaikan kata-kata tin kosong yang langsung tak membantu kita untuk terus bertapak dan memajukan diri... InsyaAllah apa yang berlaku ada hikmahnya...
BalasPadamZumal pun sedang berperang nie. Tak tahu lagi siapa nak menang. Hehe ^_^
BalasPadamberperang melatih diri untuk lebih kreatif mungkin...abaikan negativity, spread the positivity! Peace :D
BalasPadammenyuarakan pendapat tak salah... moganya ada hikmah kebaikan setiap pekara yang berlaku
BalasPadamBegitulah asam garam kehidupan, blog hanya sebagai medium paling mudah meluahkan dan menyebar pendapat masing-masing..
BalasPadam