Gambar Hiasan |
Kenaikan
harga bahan bakar beberapa hari yang lalu telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.
Sekali lagi kerajaan di bawah pimpinan Najib mengurangkan subsidi sebanyak 20
sen mengakibatkan harga minyak kembali naik. Kenaikan kali pertama dan kali
kedua ini bukanlah dalam jangka masa waktu yang lama. Oleh itu, kebanyakkan
rakyat masih lagi terkejut dengan pengumuman pengurangan subsidi minyak itu.
Rata rata rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati
dengan kenaikan harga minyak itu. Oleh kerana kenaikan harga minyak, kos sara
hidup semakin tinggi. Jika sebelum ini mereka boleh bertahan selama seminggu
dengan mengisi minyak sebanyak RM40
tetapi kini dengan hanya mengisi sebanyak RM40, minyak di dalam tangki mereka
hanya dapat bertahan selama empat hari sahaja.
Bukan itu sahaja, akibat kenaikan
harga minyak, harga barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan
banyak lagi turut naik. Beban rakyat Malaysia semakin bertambah tambah
dari sehari ke sehari. Tahun 2015, cukai GST akan dikenakan. Bertambah
meranalah rakyat marhaen di luar sana.
Sudahlah gaji sedikit, terpaksa pula berhadapan dengan situasi yang memerlukan
mereka mengeluarkan perbelanjaan dengan lebih besar dari yang sepatutnya.
Penyokong penyokong kerajaan terus
membela kerajaan dengan mencipta pelbagai alasan untuk ‘menghalalkan’ tindakan
kerajaan itu. Penyokong penyokong pembangkang pula terus menanam rasa benci
kepada kerajaan kerana isu ini.
Apa yang penting sekarang adalah kerajaan perlu merasai denyut nadi rakyat. Kerajaan tidak boleh mengurangkan
subsidi minyak sesuka hati kerana tindakan itu pasti akan membebankan rakyat.
Kerajaan di bawah pimpinan Najib perlu mencari jalan lain untuk mengurangkan
perbelanjaan negara selain daripada memotong subsidi minyak itu.
Mengapa perbelanjaan kerajaan naik?
Kerana kerajaan sering membazirkan wang negara kepada perkara perkara yang
tidak sepatutnya. Isu kroni dan rasuah merupakan salah satu sebab mengapa wang
negara semakin berkurang. Memandangkan wang negara semakin kurang, kerajaan
mengambil tindakan secara terburu buru dengan memotong subsidi bahan api. Seandainya kerajaan berjaya menghapuskan
rasuah dan kroni, saya yakin wang kerajaan akan bertambah dari semasa ke semasa
kerana kerajaan tidak perlu menghabiskan wang mereka demi perkara yang
merugikan dan merosakkan itu.
Ingatlah, tindakan kerajaan ini semakin
menguatkan pihak pembangkang. Jangan menyesal sekiranya kerajaan di bawah
pimpinan Najib kalah kerana isu ini pada
PRU yang akan datang. Bukan sahaja rakyat marhaen, pimpinan UMNO juga ada yang
tidak bersetuju dengan tindakan Najib itu seperti Dr. Asyraf Wajdi Dususki.
Oleh itu, nasihat saya kepada Najib ialah kaji semula pengurangan subsidi ini.
Jangan terburu buru dalam melaksanakan pengurangan subsidi ini.
Kejap naik kejap turun.
BalasPadamTapi, sama je..
Kita rakyat ni tetap terbeban!