Selasa, 30 September 2014

LUCUTKAN KERAKYATAN ALVIN TAN DENGAN SEGERA!


Sumber : Google

           
              Sekali lagi blogger kontroversi – Alvin Tan telah mencetuskan kontroversi baru dengan ‘membabikan’ pemimpin negara dan menghina UMNO dengan cara mengeluarkan kenyataan ‘Fuck UMNO’ di Facebooknya baru baru ini. Apa yang lucunya, dia melakukan kerja sia sia itu ketika berada di luar negara. Jika dia seorang yang berani dan anak jantan, buatlah perkara perkara bodoh seperti itu di Malaysia!

         Terbaru Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan untuk memburu Alvin Tan sehingga ke lubang cacing. Mengapa kita mesti menyusahkan diri untuk manusia yang tidak ada masa depan seperti itu? Mengapa kita mesti buang masa, buang duit dan buang tenaga untuk memburu pengkhianat seperti itu? Pada hemat saya, tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada Alvin ialah melucutkan kewarganegaannya secepat mungkin! Biarkan sahaja dia tinggal di Amerika seberapa lama yang dia mahu.

  
         Saya betul betul tidak faham dengan kerajaan. Jika orang bukan Melayu yang buat onar, tindakan yang diambil mesti lambat tetapi jika orang Melayu yang melakukan kesilapan, cepat sahaja mereka membuat tangkapan. Lihat sahaja kes yang melanda Kiki tidak lama dahulu. Tidak sampai dua bulan Kiki telah ditahan. Namun, berapa banyak kes orang bukan Melayu yang hina Islam, hina Melayu, hina negara, hina pemimpin masih bermaharajalela di luar sana. Banyak contoh yang saya boleh beri dan salah satunya adalah Namewee yang menghina lagu Negaraku tetapi masih tidak dikenakan sebarang tindakan pun ke atasnya.

       Kes Alvin ini sebenarnya adalah setitis daripada lautan kebobrokkan yang telah orang bukan Melayu lakukan di negara ini. Wujud persoalan, mengapa Alvin begitu berani? Kalau dahulu dia menghina umat Islam dengan cara berbuka puasa dengan Bak Kut The (sup kaki babi) ketika bulan Ramadhan dan sekarang dia menghina pemimpin pula. Esok lusa entah apa lagi yang akan dia hina.

        Alvin dan ramai lagi ultrakiasu ini menjadi berani kerana tiada undang undang yang tegas untuk menghukum mereka. Hukuman yang diberikan pun sekadar menjadi ‘penggeli ketiak’ sahaja kepada mereka. Mereka langsung tidak takut untuk melakukan lagi dan lagi perkara yang sama. Soalan saya, apa yang kita takut sangat mahu mengambil tindakan terhadap mereka ini? Takut kalah dalam pilihanraya? Jika beginilah sikap pemimpin pemimpin kita, jangan menyesal sekiranya negara ini akan bertukar menjadi Somalia dan Syria tidak lama lagi!

         Kerajaan di bawah Najib tidak boleh takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka mereka yang sengaja melanggar kontrak sosial yang sudah terjalin sejak sekian lama. Jika kita takut, nescaya mereka akan semakin berani untuk pijak kepala kita. Jika saya jadi Najib, sudah lama saya lucutkan kerakyatan Alvin Tan itu. Biar sahaja dia tinggal di Amerika. Apakah kita rugi jika kehilangan seorang manusia yang tidak ada masa depan seperti itu? Apakah sumbangan besar Alvin kepada negara ini? Adakah menjadi blogger pornografi itu merupakan satu sumbangan besar kepada negara?
  
         Ingatlah, sejauh mana si belut pergi, pasti akan kembali ke lubuknya jua. Begitu juga dengan Alvin. Dia pasti akan kembali ke negara ini apabila dia tua nanti. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Chin Peng dan beberapa orang Cina yang menolak kerakyatan Malaysia tidak lama dahulu. Akhirnya mereka mahu juga kembali di negara ini setelah mengalami kesukaran di negara orang. Jadi, nasihat saya, tidak perlulah kerajaan bersusah payah memburu Alvin. Lucutkan sahaja kerakyatannya di negara ini. Biarlah dia tinggal di Amerika seberapa lama yang dia mahu kerana saya yakin dan percaya, dia akan kembali juga ke sini suatu hari nanti.














3 ulasan:

  1. saja bikin panas la diaorang ni....

    BalasPadam
  2. tq atas kunjungan anda ke blog akak..
    orang macam ni.. dia sebenarnya nak cari populariti.. nak buat sesuatu supaya dia dikenali ramai.. kesian kat dia ni.. ada masalah siko kot.. ki ki ki

    BalasPadam
  3. Kalau mereka sentiasa bebas makin berani la mereka lakukan kesalahan...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.