Jumaat, 24 Oktober 2014

MENGAPA SPERMA LELAKI KURANG?


Sumber : Google

Rencana kesihatan yang saya akan tulis pada hari ini mungkin agak panjang sedikit berbanding biasa tetapi mesej saya tetap sama, mahu semua pembaca blog ini bukan sahaja sihat tetapi juga dapat menyelesaikan masalah kesihatan yang melanda diri dan keluarga di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Itulah sebenarnya tanggungjawab sebagai seorang pengedar Shaklee. Kami diajar bukan untuk mengejar keuntungan semata mata, tetapi juga memberi ilmu kepada masyarakat di samping berkongsi kebaikan produk keluaran Shaklee untuk kebaikan kita bersama.

Masalah ketidaksuburan kaum lelaki memang menjadi satu topik yang hangat dan tidak sudah sudah dibincangkan. Oleh sebab itu, ramai lelaki berusaha mencari cara bagaimana untuk meningkatkan daya seks apabila mereka berkahwin nanti dan pada masa yang sama juga berusaha memastikan agar mereka adalah seorang suami yang subur untuk mendapatkan zuriat bersama pasangan masing masing.


Pelbagai cara yang digunakan oleh mereka untuk memastikan agar mereka kekal subur dan bertenaga apabila mereka melakukan hubungan seks bersama pasangan masing masing. Tidak guna mempunyai wajah yang tampan, wang yang banyak, tubuh yang berotot, dan mempunyai kerjaya yang bagus jika anda tidak dapat memuaskan pasangan anda sendiri.

Selalu benar kita lihat iklan iklan yang terpapar di surat khabar, di tepi jalan dan di blog blog sendiri untuk memasarkan produk produk tentang masalah kesihatan dan kesuburan kaum lelaki. Pelbagai ‘ayat ayat manis’ yang mereka gunakan untuk menarik pelanggan agar membeli produk mereka tetapi hakikatnya produk produk seperti itu tidaklah sebagus mana.

Pernah terjadi kepada kawan ayah saya di mana dia mengambil ubat kuat sebelum ‘bersama’ dengan isterinya. Ya, dia mencapai kepuasan yang maksima selepas memakan produk itu tetapi menjadi satu masalah di mana alat kelaminnya sentiasa ‘keras’ sepanjang hari! Itu tidak memberi keselesaan kepada dirinya terutama apabila dia mahu bekerja. Cuba bayangkan jika kemaluan anda sentiasa ‘keras’ sepanjang hari, apa yang anda rasa?

Oleh itu, jika anda mahu mengambil sebarang produk kesuburan, pastikan produk itu benar benar diiktiraf keselamatannya oleh Jabatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaa agar anda tidak mengalami kesan sampingan apabila mengambil produk tersebut.

Masalah kesuburan bagi pasangan yang berkahwin sangat penting sebenarnya. Bagaimana anda mahu memuaskan pasangan anda dan mendapatkan zuriat jika anda sendiri tidak subur? Oleh itu, untuk rencana ini saya akan terangkan tentang masalah kesuburan yang sering melanda kaum lelaki dan apa jalan penyelesaiannya. Sila baca rencana ini sehingga tamat.

Mengapa sperma lelaki kurang?


Berbalik kepada pokok persoalan, mengapa sperma lelaki boleh berkurangan? Antara sebab musababnya adalah :
  • terdapat radang pada testis
  • terdapat masalah salur darah vena yang membengkak pada testis
  • testis yang tidak membentuk dengan normal
  • terdapat unsur genetik tidak normal
  • selalu minum minuman beralkohol, menghisap rokok dan mengambil dadah
  • pernah mengidap penyakit benguk
  • hormon yang tidak normal
  • terdedah kepada bahan kimia beracun
  • terdedah kepada radiasi secara berlebihan
  • salur testis tersumbat
  • memakai seluar yang terlalu ketat.

Punca punca lelaki kurang daya seks?

Antara punca daya seks seorang lelaki berkurangan adalah mati pucuk atau berlaku masalah lemah zakar. Antara punca kedua dua masalah ini adalah :
  • penyakit yang terkena pada bahagian kelamin seperti kelenjar prostat membengkak
  • penyalahgunaan ubat ubatan, alkohol, bius dan nikotin rokok.
  • Usia lanjut
  • Tekanan darah rendah dan mengidap penyakit kencing manis
  • Gaya hidup yang tidak sihat sejak lahir
  • Suka melancap atau beronani
  • Keletihan yang berpanjangan
  • Persetubuhan terputus

Vivix mempu menyelesaikan masalah ini.

Percaya atau tidak bahawa produk keluaran Shaklee, Vivix Liquid Dietary Supplement mampu untuk menyelesaikan masalah ketidaksuburan lelaki ini. Di dalam produk ini terdapat banyak bahan bahan yang berkhasiat yang mampu untuk menyelesaikan masalah ini antaranya adalah asid ellagik, carotenoids, phenolics, isocoumarins, sesquiterpenes dan banyak lagi.

Sebagai seorang pengedar Shaklee, saya sarankan anda supaya mencuba produk ini untuk menyelesaikan masalah kekurangan sperma dan kekurangan daya seks anda. Insha Allah, produk ini memang bagus untuk membantu anda menyelesaikan masalah ini. Jangan beli produk produk di luar sana yang belum tentu lagi keselamatannya dan belum tentu diiktiraf oleh badan badan bertauliah.

Shaklee sudah 50 tahun bertapak di dunia dan 20 tahun bertapak di Malaysia. Shaklee memang telah terbukti berkesan dalam membantu merawat dan mencegah pelbagai penyakit kerana bahan bahan yang digunakan adalah dari sumber semulajadi. Anda tidak perlu ragu untuk menggunakan produk ini kerana produk ini bukan sahaja halal malah selamat untuk dimakan serta terbukti berkesan.


Vivix mampu selesaikan masalah kesuburan lelaki


Jika anda mahu mendapatkan produk ini dengan saya, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14, Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.



















































3 ulasan:

  1. Hmm.. info yang bagus =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    BalasPadam
  2. info menarik..tambah lagi perku hati-hati jika suami merokok juga boleh menjejaskan kesihatan sperma ni..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.