Gambar diambil daripada abihulwa.blogspot.com |
Bagi sesiapa yang biasa singgah ke blog ini, pasti akan sedar bahawa blog MNH Sastera Melayu ini sudah berwajah baru. Saya telah membuat beberapa perubahan pada blog ini dari segi penggunaan warna, latar belakang dan susunan widget. Jika dahulu blog ini berwarna coklat keorenan, berlatarbelakangkan banyak buku dan susunan widgetnya agak caca marba tetapi kini semuanya sudah berubah.
Tentu anda bertanya mengapa saya membuat perubahan pada blog ini? Pertama, kerana saya memang sudah bosan apabila menggunakan warna dan latar belakang yang sama dalam blog ini dan kedua, kerana saya mahu susunan widget saya akan lebih teratur dengan menggunakan template yang anda lihat sekarang. Diharapkan semangat saya untuk berblog akan lebih membara selepas ini. Selain itu, perubahan yang saya buat ini juga sebenarnya sebagai satu persediaan untuk saya mencari rezeki yang halal melalui blog ini kerana saya akan berniaga tidak lama lagi seperti blogger MommyLizz. Diharapkan perniagaan atas talian saya akan berjaya suatu hari nanti. Doakan saya berjaya kawan kawan...
Cukup tentang isu perubahan wajah yang berlaku dalam blog ini dan sekarang saya mahu sentuh tentang isu bahasa baku pula. Semalam, semasa saya membuka Facebook, ada satu komen yang dihantar oleh seorang gadis di salah satu post saya di Kelab Blogger Ben Ashaari. Di dalam komen itu gadis itu ada bertanya, mengapa saya suka tulis di kebanyakkan entri saya menggunakan bahasa baku? Ini kerana dia mudah bosan apabila membaca entri entri saya yang menggunakan bahasa baku itu. Dia bertanya lagi, tidak bolehkah saya menulis dengan menggunakan bahasa percakapan biasa sahaja atau lebih tepat lagi dalam bahasa pasar?
Jujur saya katakan, saya boleh sahaja menulis sesuatu entri itu menggunakan bahasa pasar tetapi jika saya mengambil pendekatan itu, bagaimana saya mahu memartabat dan mendaulatkan Bahasa Melayu yang hidup segan mati tak mahu ini? Saya tidak menggunakan bahasa Melayu baku ketika saya bertutur sehari harian. Saya juga tidak menggunakan bahasa Melayu baku ketika saya menulis di WhatsApp, Wechat, dan Twitter, jadi bagaimana caranya saya mahu memelihara bahasa kebangsaan ini jika tidak dengan menggunakan medium blog dan Facebook?
Saya sedih sebenarnya apabila saya membuka laman laman sosial dan menonton televisyen melihat ramai orang Melayu yang lebih selesa bercakap di dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu. Apakah kita akan kelihatan kolot jika kita bercakap dalam Bahasa Melayu? Apakah kita sudah menjadi bangsa yang maju jika kita bertutur dalam Bahasa Inggeris? Kemajuan sesuatu bangsa dan negara itu bukan diukur melalui bahasa apa yang kita guna tetapi setinggi mana tahap minda dan pemikiran kita. Orang Jepun, Korea, Rusia, Jerman dan China tidak bertutur di dalam Bahasa Inggeris, tetapi mereka boleh menjadi bangsa dan negara yang maju. Mengapa kita yang selalu bertutur di dalam Bahasa Inggeris selama lebih 50 tahun tidak maju seperti mereka?
Ingatlah, jika kita - orang Melayu sendiri yang tidak memartabatkan dan mendaulatkan Bahasa Melayu, siapa lagi? Adakah kita mengharapkan bangsa lain untuk memartabatkan bahasa kita? Dahulu, ketika era Kesultanan Melayu Melaka Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca - bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat dunia. Mengapa tiba tiba Bahasa Inggeris pula yang mengambil alih?
Ada satu sahabat saya yang saya jumpa di dalam Instagram. Seorang doktor, ahli bina badan dan seorang model terkenal di Malaysia. Dengan bangganya dia menyatakan bahawa dia lebih suka bertutur dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu kerana sejak kecil lagi ibu bapanya mendidiknya dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Sedih saya melihat orang Melayu yang lupa asal usul seperti ini.
Di dalam Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu itu didasari oleh tiga perkara iaitu orang yang beragama Islam, orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan orang yang mengamalkan adat istiadat Melayu. Adakah kita yang tidak bertutur dalam Bahasa Melayu ini boleh dianggap sebagai Melayu? Sudahlah banyak perkataan Bahasa Inggeris kita Melayukan seperti transformasi, reformasi, transaksi dan banyak lagi. Tidak bolehkah kita sebut sahaja perkataan perkataan itu dalam Bahasa Melayu seperti perubahan, pembaharuan dan urusniaga? Saya khuatir jika kita sering sebut perkataan perkataan Inggeris yang dimelayukan, suatu hari nanti anak cucu kita akan lupa perkataan perkataan itu dalam Bahasa Melayu.
Sekarang Dewan Bahasa dan Pustaka meletakkan perkataan hashtag, tweet dan selfie di dalam Kamus Dewan, soalan saya apa peri pentingnya meletakkan perkataan perkataan itu di dalam Kamus Dewan? Perkataan itu adalah dari Bahasa Inggeris, dan sampai kiamat pun perkataan itu dari Bahasa Inggeris. Mengapa kita mesti Melayukan? Boleh matikah jika tidak Melayukan perkataan itu?
Ingatlah, ramai hari ini orang yang tidak pandai Bahasa Inggeris ternyata lebih berjaya berbanding dengan orang yang suka benar bertutur dalam Bahasa Inggeris. Lihat sahaja mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Genting Berhad. Beliau tidak bersekolah tinggi dan tidak pandai Bahasa Inggeris, tetapi mengapa beliau boleh menjadi kaya seperti itu? Ini bukan soal beliau berniaga judi ataupun tidak. Fikirlah, semasa mula mula berniaga, beliau tidak berniaga judi pun tetapi bagaimana beliau boleh menjadi bilionaire dengan tidak pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris? Baca buku biografi beliau yang bertajuk Cerita Saya. Begitu juga dengan seorang sasterawan dari Indonesia iaitu mendiang Pramoedya Ananta Toer. Beliau juga tidak pandai bertutur di dalam Bahasa Inggeris tetapi karya karya beliau dan beliau sendiri diiktiraf di persada antarabangsa dan sering diundang untuk menyampaikan buah fikiran beliau di negara negara Barat.
Sudah terang lagi bersuluh kejayaan itu datang bukan kerana bahasa tetapi kerana tekad dan usaha. Jangan terlalu mengagungkan bahasa orang sehingga kita melupakan bahasa kita sendiri. Saya sesekali tidak kata salah untuk menguasai Bahasa Inggeris kerana bahasa itu adalah bahasa antarabangsa dan bahasa ilmu. Sangat perlu sebenarnya semua orang menguasai bahasa itu tetapi janganlah sampai melupakan bahasa ibunda kita. Bahasa menunjukkan bangsa bukan?
Apabila saya membuka laman sosial Intagram saya dan membaca caption gambar gambar di sana, saya sedih kerana majoriti mereka menggunakan Bahasa Inggeris. Jarang benar yang mahu menggunakan Bahasa Melayu. Saya yakin seandainya perkara ini berterusan, Bahasa Melayu akan hilang suatu hari nanti. Sudahlah sekarang bahasa pasar lebih kerap digunakan, ditambah pula dengan begitu banyak perkataan Inggeris dimelayukan, tidak termasuk pengunaan bahasa bercampur campur antara Inggeris dan Melayu, saya yakin sekiranya perkara ini berterusan bahasa khazanah bangsa Melayu ini akan luput ditelan zaman suatu hari nanti.
Dalam soal ini, saya menyokong usaha Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah, Yahaya Ismail, Allahyarham Datuk Hassan Ahmad dan ramai lagi pejuang pejuang bahasa lain yang berusaha keras untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan. Mereka tidak jemu jemu memberi peringatan kepada kerajaan dan bangsa Melayu supaya menjaga bahasa yang indah ini dari luput ditelan zaman. Perjuangan mereka saya teruskan di dalam blog ini. Suatu hari nanti, mereka akan pergi meninggalkan dunia ini. Saya pun akan turut pergi menghadap Ilahi suatu hari nanti. Siapa lagi selepas kami yang akan terus berjuang untuk mempertahankan bahasa ibunda ini?
Selain guru dan ibu bapa, pemimpinlah orang yang layak untuk menanam rasa cinta kepada bahasa kebangsaan. Jika guru, ibu bapa dan pemimpin sendiri pun tidak sanggup mendaulatkan bahasa ini, bagaimana pula dengan anak anak, pelajar dan rakyat? Kita sudah ada enam orang Perdana Menteri. Sebut kepada saya berapa ramai Perdana Menteri kita, apabila dia berucap di luar negara dia akan berucap dalam Bahasa Melayu seperti mana yang dilakukan oleh Perdana Menteri China dan Perdana Menteri Jepun yang berucap dalam bahasa mereka sendiri? Saya yakin anda pasti ada jawapannya.
Semasa kita bersekolah dahulu, kita belajar bahasa Melayu bagai mahu 'gila' kerana mahu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan lebih lebih lagi untuk mendapat sijil SPM, kita mesti lulus dalam Bahasa Melayu. Mengapa pula selepas kita tidak lagi bersekolah, kita melupakan bahasa itu? Jijik sangatkah bahasa itu kepada kita? Saya pernah uji rakan rakan saya untuk membuat karangan pendek dalam Bahasa Melayu baru baru ini. Setelah karangan itu siap, saya menyemaknya satu demi satu. Ternyata telahan saya benar. Penggunaan kata dan tatabahasa mereka ternyata lintang pukang kerana mereka sudah lupa kepada Bahasa Melayu akibat terlalu biasa bertutur dalam Bahasa Inggeris di kolej walaupun baru tiga tahun meninggalkan alam persekolahan!
Oleh sebab itu, saya lebih selesa menggunakan bahasa baku di blog ini agar kemahiran berbahasa saya tidak hilang begitu sahaja. Saya juga gembira sebenarnya apabila ramai blogger yang saya jumpa masih lagi kekal menggunakan bahasa Melayu dan lebih mengagumkan apabila penggunaan tatabahasa mereka masih betul! Tahniah diucapkan!
Oleh itu, sebagai seorang pejuang bahasa, saya menyeru kepada anda yang membaca artikel ini agar berusaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Ingatlah, ke mana kita pergi pun kita tetap orang Melayu. Jangan fikir apabila kita bertutur dalam Bahasa Inggeris, kita sudah menjadi orang putih. Jangan takut dianggap kolot apabila bertutur di dalam Bahasa Melayu kerana orang yang sering melupakan asal usulnya adalah orang orang yang rugi. Tanamkanlah rasa cinta terhadap bahasa ibunda ini ke dalam diri anda dan anak anak anda. Jangan sampai bahasa ini hilang kerana kealpaan dan kesilapan anda.

Lihat juga : Teruknya video ni sampai mencetuskan... KLIK SINI
xrmai akan membaca penulisan yg panjang sprti ini, tapi aku salute apa yg cuba ko cuba lakukan. teruskan dengan perjuangan dan jadikan kritikan orang untuk menjadikan kita lebih kuat !
BalasPadamTerima kasih Encik Ji : )
BalasPadam