Sumber : Google |
Sekali lagi blogger kontroversi –
Alvin Tan telah mencetuskan kontroversi baru dengan ‘membabikan’ pemimpin
negara dan menghina UMNO dengan cara mengeluarkan kenyataan ‘Fuck UMNO’ di
Facebooknya baru baru ini. Apa yang lucunya, dia melakukan kerja sia sia itu
ketika berada di luar negara. Jika dia seorang yang berani dan anak jantan,
buatlah perkara perkara bodoh seperti itu di Malaysia!
Terbaru Ketua Polis Negara telah
mengeluarkan kenyataan untuk memburu Alvin Tan sehingga ke lubang cacing.
Mengapa kita mesti menyusahkan diri untuk manusia yang tidak ada masa depan
seperti itu? Mengapa kita mesti buang masa, buang duit dan buang tenaga untuk
memburu pengkhianat seperti itu? Pada hemat saya, tindakan yang sewajarnya
dikenakan kepada Alvin
ialah melucutkan kewarganegaannya secepat mungkin! Biarkan sahaja dia tinggal
di Amerika seberapa lama yang dia mahu.
Saya betul betul tidak faham dengan
kerajaan. Jika orang bukan Melayu yang buat onar, tindakan yang diambil mesti
lambat tetapi jika orang Melayu yang melakukan kesilapan, cepat sahaja mereka
membuat tangkapan. Lihat sahaja kes yang melanda Kiki tidak lama dahulu. Tidak
sampai dua bulan Kiki telah ditahan. Namun, berapa banyak kes orang bukan
Melayu yang hina Islam, hina Melayu, hina negara, hina pemimpin masih
bermaharajalela di luar sana.
Banyak contoh yang saya boleh beri dan salah satunya adalah Namewee yang
menghina lagu Negaraku tetapi masih tidak dikenakan sebarang tindakan pun ke
atasnya.
Kes Alvin ini sebenarnya adalah setitis
daripada lautan kebobrokkan yang telah orang bukan Melayu lakukan di negara
ini. Wujud persoalan, mengapa Alvin
begitu berani? Kalau dahulu dia menghina umat Islam dengan cara berbuka puasa
dengan Bak Kut The (sup kaki babi) ketika bulan Ramadhan dan sekarang dia
menghina pemimpin pula. Esok lusa entah apa lagi yang akan dia hina.
Alvin
dan ramai lagi ultrakiasu ini menjadi berani kerana tiada undang undang yang
tegas untuk menghukum mereka. Hukuman yang diberikan pun sekadar menjadi ‘penggeli
ketiak’ sahaja kepada mereka. Mereka langsung tidak takut untuk melakukan lagi
dan lagi perkara yang sama. Soalan saya, apa yang kita takut sangat mahu
mengambil tindakan terhadap mereka ini? Takut kalah dalam pilihanraya? Jika
beginilah sikap pemimpin pemimpin kita, jangan menyesal sekiranya negara ini
akan bertukar menjadi Somalia
dan Syria
tidak lama lagi!
Kerajaan di bawah Najib tidak boleh
takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka mereka yang sengaja melanggar
kontrak sosial yang sudah terjalin sejak sekian lama. Jika kita takut, nescaya
mereka akan semakin berani untuk pijak kepala kita. Jika saya jadi Najib, sudah
lama saya lucutkan kerakyatan Alvin Tan itu. Biar sahaja dia tinggal di
Amerika. Apakah kita rugi jika kehilangan seorang manusia yang tidak ada masa
depan seperti itu? Apakah sumbangan besar Alvin
kepada negara ini? Adakah
menjadi blogger pornografi itu merupakan satu sumbangan besar kepada negara?
Ingatlah, sejauh mana si belut pergi,
pasti akan kembali ke lubuknya jua. Begitu juga dengan Alvin. Dia pasti akan kembali ke negara ini
apabila dia tua nanti. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Chin Peng dan
beberapa orang Cina yang menolak kerakyatan Malaysia tidak lama dahulu. Akhirnya
mereka mahu juga kembali di negara ini setelah mengalami kesukaran di negara
orang. Jadi, nasihat saya, tidak perlulah kerajaan bersusah payah memburu Alvin. Lucutkan sahaja
kerakyatannya di negara ini. Biarlah dia tinggal di Amerika seberapa lama yang
dia mahu kerana saya yakin dan percaya, dia akan kembali juga ke sini suatu
hari nanti.
saja bikin panas la diaorang ni....
BalasPadamtq atas kunjungan anda ke blog akak..
BalasPadamorang macam ni.. dia sebenarnya nak cari populariti.. nak buat sesuatu supaya dia dikenali ramai.. kesian kat dia ni.. ada masalah siko kot.. ki ki ki
Kalau mereka sentiasa bebas makin berani la mereka lakukan kesalahan...
BalasPadam