Isnin, 16 Disember 2013

SAJAK : TETAMU SEBUAH PERPUSTAKAAN

Ku masuk sebuah perpustakaan,

Ku lihat penjaga kaunter sedang membuat tugasnya seperti biasa,

Pandangan ku beralih pada tetamu perpustakaan,

Yang mencipta pelbagai ragam kehidupan,

Di gedung ilmu itu.


Di perpustakaan itu,

Tempat orang menimba ilmu,

Bukan tempat yang penuh liku,

Dihambat kebisingan di setiap penjuru,

Oleh orang yang datang menjadi tetamu.


Mereka seakan lupa,

Di mana mereka berada,

Di sebuah tempat tersedia,

Pelbagai ilmu di dalamnya,

Tetapi sayang seribu kali sayang,

Mereka seperti orang gila,

Yang tiada dunia.


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.