Ahad, 15 Disember 2013

SAJAK : BICARA SEORANG MAHASISWA

Mahasiswa,

Kau diasak dengan buku dan nota,

Dengan pensyarah dan lambakan peraturan,

Hanya untuk mengejar satu perkara,

Yang dipanggil ilmu dan cita cita.


Mahasiswa,

Cekalnya hatimu,

Menghadapi cabaran penuh liku,

Hidup di sebuah kolej dan universiti,

Hanya untuk menagih ilmu,

Bagi bekalan di hari tua mu.


Mahasiswa,

Kau terus berdiri,

Menempuh onak dan duri,

Dalam pembelajaran mengenal diri sendiri,

Menghadapi peperiksaan, kuiz dan tugasan,

Yang banyak seolah olah tanpa penghabisan.


Sabarlah wahai mahasiswa,

Ini adalah setitis pancaroba,

Yang diuji dalam hidup kita,

Sebagai pegangan dan pengalaman,

Bagi menghadapi hari muka,

Yang pasti penuh dengan cabaran.


Ingatlah wahai mahasiswa,

Timbalah ilmu sebanyaknya,

Bantulah agama, bangsa dan negara,

Yang berada dalam kesusahan,

Supaya segala penindasan,

Dapat dihapuskan.


Mahasiswa! Mahasiswa! dan Mahasiswa!,

Jangan mudah berputus asa,

Jangan mudah rasa takut dan gentar,

Kehidupan mu di bumi universiti itu,

Hanya sementara,

Sebelum masuk ke alam pekerjaan,

Yang sangat merbahaya,

Lagi menyakitkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.