Sumber : Google |
Apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng
menggunakan bahasa Mandarin dalam sidang medianya, maka gegak gempitalah
seluruh negara. Ramai yang kecam tindakan Guan Eng itu dengan sebanyaknya.
Tindakan yang dibuat oleh Guan Eng itu tidak
wajar tentunya. Tindakan Guan Eng itu bukan sahaja disifatkan sebagai luar
biasa, malah dilihat cuba memprovokasi masyarakat Melayu yang ada di dalam
negara.
Sudah pastilah Guan Eng sebagai Menteri
Kewangan akan mempertahankan tindakannya. Tun Dr Mahathir selaku Perdana
Menteri pun mengatakan bahawa apa yang dibuat oleh Guan Eng itu sebagai
kesilapan kecil sahaja.
Oleh kerana Guan Eng dilihat cuba
memprovokasi, maka orang Melayu pastilah tidak akan berdiam diri. Mereka pun
pastilah akan melakukan provokasi. Lalu secara beramai-ramai mereka menulis di
media sosial milik mereka dengan menggunakan tulisan Jawi.
Amat jarang perkara sebegini boleh terjadi.
Apabila ada provokasi, barulah kita melihat
perkara sebegini dapat terjadi.
Apabila secara beramai-ramai orang Melayu yang
berasa diprovokasi itu menggunakan tulisan Jawi, maka saya melihat tulisan Jawi
boleh bangkit kembali.
Sejak sekian lama pemimpin UMNO-BN dahulu cuba
mematikan tulisan Jawi. Namun kita patut bersyukur kerana tulisan Jawi tidak
pernah mati. Masih ramai lagi orang Melayu yang boleh membaca dan menulis dalam
tulisan Jawi.
Tulisan Jawi dahulu dihapuskan kerana ingin
melihat bahasa Melayu boleh berkembang seantero dunia. Tulisan Jawi juga
dihapuskan adalah untuk memudahkan masyarakat bukan Melayu menggunakan bahasa
Melayu dengan sebaiknya.
Tindakan kerajaan terdahulu bukanlah suatu
tindakan yang bijaksana. Ramai orang melihat tindakan itu cuba membuang
identiti bangsa. Namun kerana pada masa itu ramai percaya bahawa bahasa Melayu
boleh menjadi agen penyatu kepada masyarakat berbilang kaum yang ada di dalam
negara, maka majoriti masyarakat Melayu bersetuju dengannya.
Meskipun tulisan Jawi itu sudah dicabut
daripada identiti orang Melayu, namun masih ramai lagi orang bukan Melayu yang
tidak suka akan bahasa Melayu. Jadi nasib bahasa Melayu jadilah seperti apa
yang Guan Eng lakukan itu.
Apa
yang dibuat oleh Guan Eng itu dari satu segi ada positifnya. Positifnya ialah
apabila orang Melayu mula menggunakan tulisan Jawi dengan sebanyaknya.
Sebelum ini orang Melayu menggunakan tulisan
rumi sahaja. Sekarang mereka secara beramai-ramai menggunakan tulisan Jawi
pula.
Tidak diketahui nasib tulisan Jawi pada masa
hadapan. Namun, melihat kepada perkembangan sekarang pastilah tulisan Jawi
tidak mudah hilang ditelan zaman.
Saya tidak fikir kerajaan sekarang berusaha
untuk mengembalikan kegemilangan tulisan Jawi seperti masa dahulu. Namun, kita bersyukur kerana tulisan Jawi
sudah mula disedari kepentingannya oleh ramai orang Melayu.
Tulisan Jawi pastilah tidak akan hilang ditelan
zaman walaupun ada usaha untuk mematikannya. Tulisan Jawi akan hilang bila
majoriti orang Melayu tidak menyedari kepentingannya.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.