Dia yang sedang merangkak-rangkak
mencari bangsa,
Yang masih bersembunyi di balik tembok
kepalsuan dalam negara,
Bangsa yang dihinggapi oleh barah leka
dan penyakit lupa,
Adalah racun paling terbisa buat dirinya.
Negara yang kini menuju kemodenan dan
demokrasi,
Dia lantas dipinggirkan oleh anak
bangsanya sendiri,
Dia yang pernah gemilang suatu ketika
dahulu,
Akhirnya terpukul dan dipukul dengan
rasa malu yang melulu.
Telah banyak peringatan diberi oleh
para sasterawan,
Agar terus menjaga dan memelihara
bahasa warisan,
Namun semua itu tidak pernah sesekali diendahkan,
Kerana tidak mahu dikata kolot, jumud,
dan tiada kemajuan.
Sekarang dia berasa amat sakit sekali,
Setelah beberapa kali dia ditolak dan
dilanggar ke tepi,
Dia yang pernah terkenal di seantero
dunia,
Kini diludah dengan bangga oleh anak
bangsanya.
Dialah bahasa yang sekarang telah
beberapa kali diperkosa,
Oleh anak bangsa yang duduk di
singgahsana kuasa,
Juga anak bangsa yang tidak mengenal
erti pentingnya menjaga bahasa,
Agar tidak hilang ditelan pembangunan
dunia.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.