Rabu, 18 Julai 2018

MAKANAN YANG DILANDA KONTROVERSI TAHUN 2018

Image result for makanan
Sumber


Sebenarnya, bukan ahli politik dan golongan selebriti sahaja yang dilanda kontrovesi. Makanan pun boleh dilanda kontroversi kerana isu kebersihan dan kesahihan halal yang melingkari sesuatu produk makanan tersebut. Berikut merupakan makanan-makanan yang dilanda kontroversi pada tahun 2018 : 

1.     Sardin
Sardin merupakan lauk yang biasa dimasak di kebanyakan rumah di Malaysia. Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan jenama-jenama sardin tertentu yang mengandungi cacing. Antara jenama sardin yang dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan yang mengandungi cacing ialah Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy. 
 
2.     Keropok Udang
Keropok udang yang biasa dijual di tempat Rehat dan Rawat (R&R) juga dilanda kontroversi apabila menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walau bagaimanapun, bukan semua jenama keropok udang tersebut yang menggunakan logo halal palsu. Hanya satu jenama sahaja dan kini keropok udang jenama tersebut sudah tidak dijual lagi di pasaran. Maka para pembeli tidak perlu lagi berasa khuatir untuk makan keropok udang sekiranya anda berhenti di hentian Rehat dan Rawat (R&R). 
 
3.     Keropok Tiger Potato Chips
Keropok ini banyak dijual di pasar raya Speedmart.  Keropok ini khusus untuk golongan bukan Islam sahaja. Namun, oleh kerana keropok ini diletakkan di rak yang sama dengan keropok halal yang lain, maka keropok ini telah mengundang kontroversi. Ramai orang Islam khuatir kerana mereka tidak mahu terbeli keropok ini. Memandangkan saya jarang ke Speedmart, maka saya tidak pernah menemui keropok ini.  
 
Sekarang ini sangat banyak makanan yang tidak bersih dan tidak halal. Maka, pastikan anda sentiasa membaca label untuk mengesan bahan yang digunakan dalam sesuatu produk makanan dan untuk mengesan sijil halal yang digunakan. Pastikan anda sentiasa bekerjasama dengan JAKIM dan KPDNKK bagi memastikan produk makanan yang anda makan benar-benar selamat.

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di laman portal Free Malaysia Today. Baca selanjutnya di sana.

1 ulasan:

  1. Salam. Sememangnya yang nombor satu tu paling kontroversi kan. Rasanya saya tak akan makan sardin lagi sampai bila-bila. Sadis.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.