Ahad, 1 Julai 2018

TULISAN JAWI BERPELUANG BANGKIT KEMBALI


Image result for tulisan jawi
Sumber : Google
 

Apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggunakan bahasa Mandarin dalam sidang medianya, maka gegak gempitalah seluruh negara. Ramai yang kecam tindakan Guan Eng itu dengan sebanyaknya. 

Tindakan yang dibuat oleh Guan Eng itu tidak wajar tentunya. Tindakan Guan Eng itu bukan sahaja disifatkan sebagai luar biasa, malah dilihat cuba memprovokasi masyarakat Melayu yang ada di dalam negara.

Sudah pastilah Guan Eng sebagai Menteri Kewangan akan mempertahankan tindakannya. Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pun mengatakan bahawa apa yang dibuat oleh Guan Eng itu sebagai kesilapan kecil sahaja. 

Oleh kerana Guan Eng dilihat cuba memprovokasi, maka orang Melayu pastilah tidak akan berdiam diri. Mereka pun pastilah akan melakukan provokasi. Lalu secara beramai-ramai mereka menulis di media sosial milik mereka dengan menggunakan tulisan Jawi.

Amat jarang perkara sebegini boleh terjadi. Apabila ada provokasi, barulah kita melihat  perkara sebegini dapat terjadi.

Apabila secara beramai-ramai orang Melayu yang berasa diprovokasi itu menggunakan tulisan Jawi, maka saya melihat tulisan Jawi boleh bangkit kembali.

Sejak sekian lama pemimpin UMNO-BN dahulu cuba mematikan tulisan Jawi. Namun kita patut bersyukur kerana tulisan Jawi tidak pernah mati. Masih ramai lagi orang Melayu yang boleh membaca dan menulis dalam tulisan Jawi.

Tulisan Jawi dahulu dihapuskan kerana ingin melihat bahasa Melayu boleh berkembang seantero dunia. Tulisan Jawi juga dihapuskan adalah untuk memudahkan masyarakat bukan Melayu menggunakan bahasa Melayu dengan sebaiknya.

Tindakan kerajaan terdahulu bukanlah suatu tindakan yang bijaksana. Ramai orang melihat tindakan itu cuba membuang identiti bangsa. Namun kerana pada masa itu ramai percaya bahawa bahasa Melayu boleh menjadi agen penyatu kepada masyarakat berbilang kaum yang ada di dalam negara, maka majoriti masyarakat Melayu bersetuju dengannya.

Meskipun tulisan Jawi itu sudah dicabut daripada identiti orang Melayu, namun masih ramai lagi orang bukan Melayu yang tidak suka akan bahasa Melayu. Jadi nasib bahasa Melayu jadilah seperti apa yang Guan Eng lakukan itu.

Apa yang dibuat oleh Guan Eng itu dari satu segi ada positifnya. Positifnya ialah apabila orang Melayu mula menggunakan tulisan Jawi dengan sebanyaknya. 

Sebelum ini orang Melayu menggunakan tulisan rumi sahaja. Sekarang mereka secara beramai-ramai menggunakan tulisan Jawi pula.

Tidak diketahui nasib tulisan Jawi pada masa hadapan. Namun, melihat kepada perkembangan sekarang pastilah tulisan Jawi tidak mudah hilang ditelan zaman. 

Saya tidak fikir kerajaan sekarang berusaha untuk mengembalikan kegemilangan tulisan Jawi seperti masa dahulu.  Namun, kita bersyukur kerana tulisan Jawi sudah mula disedari kepentingannya oleh ramai orang Melayu.

Tulisan Jawi pastilah tidak akan hilang ditelan zaman walaupun ada usaha untuk mematikannya. Tulisan Jawi akan hilang bila majoriti orang Melayu tidak menyedari kepentingannya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.