Sumber |
Sebenarnya,
bukan ahli politik dan golongan selebriti sahaja yang dilanda kontrovesi.
Makanan pun boleh dilanda kontroversi kerana isu kebersihan dan kesahihan halal
yang melingkari sesuatu produk makanan tersebut. Berikut merupakan
makanan-makanan yang dilanda kontroversi pada tahun 2018 :
1. Sardin
Sardin merupakan lauk yang biasa dimasak
di kebanyakan rumah di Malaysia. Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan
jenama-jenama sardin tertentu yang mengandungi cacing. Antara jenama sardin
yang dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan yang mengandungi cacing ialah
Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.
2. Keropok
Udang
Keropok udang yang biasa dijual di
tempat Rehat dan Rawat (R&R) juga dilanda kontroversi apabila menggunakan
logo halal yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walau
bagaimanapun, bukan semua jenama keropok udang tersebut yang menggunakan logo
halal palsu. Hanya satu jenama sahaja dan kini keropok udang jenama tersebut
sudah tidak dijual lagi di pasaran. Maka para pembeli tidak perlu lagi berasa
khuatir untuk makan keropok udang sekiranya anda berhenti di hentian Rehat dan
Rawat (R&R).
3. Keropok
Tiger Potato Chips
Keropok ini banyak dijual di pasar raya
Speedmart. Keropok ini khusus untuk
golongan bukan Islam sahaja. Namun, oleh kerana keropok ini diletakkan di rak
yang sama dengan keropok halal yang lain, maka keropok ini telah mengundang
kontroversi. Ramai orang Islam khuatir kerana mereka tidak mahu terbeli keropok
ini. Memandangkan saya jarang ke Speedmart, maka saya tidak pernah menemui keropok
ini.
Sekarang
ini sangat banyak makanan yang tidak bersih dan tidak halal. Maka, pastikan
anda sentiasa membaca label untuk mengesan bahan yang digunakan dalam sesuatu
produk makanan dan untuk mengesan sijil halal yang digunakan. Pastikan anda
sentiasa bekerjasama dengan JAKIM dan KPDNKK bagi memastikan produk makanan
yang anda makan benar-benar selamat.
Artikel ini telah disunting dan disiarkan di laman portal Free Malaysia Today. Baca selanjutnya di sana.
Salam. Sememangnya yang nombor satu tu paling kontroversi kan. Rasanya saya tak akan makan sardin lagi sampai bila-bila. Sadis.
BalasPadam