Selasa, 29 November 2016

IMAGINASI HILANG SERI



Image result for imaginasi
Sumber : Google


Imaginasi yang sering datang semakin hilang seri,
Imaginasi yang acapkali bertandang semakin payah untuk dilayani,
Imaginasi yang seronok dahulu semakin pergi menjauhi,
Hanya sesekali ia datang ia menghiburkan hati,
Kemudian ia segera menghilang di hutan sepi,
Ia hanya singgah sebelum mata sempat berkelip sekali lagi.

Mengapa imaginasi itu semakin hilang seri,
Mengapa imaginasi itu sukar untuk dilayani,
Mengapa imaginasi itu tidak menyeronokkan lagi,
Adakah terdapat perkara lain yang datang untuk mengisi.

Imaginasi tetap datang seperti selalu,
Tetapi ini bukanlah imaginasi yang sama seperti dahulu,
Imaginasi kini sudah tiada beza dengan realiti,
Imaginasi yang semakin serius menghilangkan fantasi,
Imaginasi yang mungkin membangunkan masyarakat madani.

Imaginasi yang hilang itu tetap perlu dicari ganti,
Menulis di atas sehelai kertas yang dilakukan pada hari ini,
Untuk menggantikan imaginasi yang semakin hilang,
Supaya imaginasi lain akan terus datang bertandang.

Semua manusia memerlukan imaginasi,
Imaginasilah yang membangunkan dunia dan diri sendiri,
Tanpa imaginasi manusia akan mati,
Imaginasi kadang kadang membentuk realiti.

Related Posts:

  • SAJAK : CUKUP CUKUPLAH KAWAN Jangan hanya kerana sebuah tempat, Kita bergaduh bersama sama, Jangan kerana satu teguran, Kita mencetuskan api persengketaan. Kenapa kita mesti ber… Read More
  • APA GUNA? Gambar Hiasan Apa guna punya anak seribu, Jika seorang pun tidak bisa membantu, Apa guna punya banyak harta, Jika dibenci oleh sanak saudara, Wa… Read More
  • SAJAK : KALIAN SERING BEGITU Kalian sering begitu, Sering meninggalkanku, Meninggalkan aku kesepian, Meninggalkan aku bersendirian, Sedangkan kalian, Berseronok kegembiraan. … Read More
  • BUKAN AKU TIDAK MAHU IKUT KAMU Sumber : Google Jangan kau marah diriku, Kerana tidak bisa mengikutimu, Bukan kerana aku tidak suka, Bukan pula kerana aku tidak rela, Tetapi a… Read More
  • SAHABAT BLOGGER Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 st1\:*{behavior:url(#ieooui) } /* … Read More

1 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.